}

scoliosis

.salam.


bahu rasa tinggi sebelah? kaki tak sama panjang? pinggul senget sebelah? kamu mungkin menghidapi scoliosis. scoliosis adalah bengkok pada tulang belakang yang boleh dilihat dari depan. tulang belakang membengkok ke kiri atau ke kanan membentuk huruf S atau C. sakit tulang belakang bengkok ni secara umum nya ada tiga. scoliosis : tulang membengkok ke sisi , kyphosis : tulang belakang membengkok ke depan dan lordosis : tulang belakang membengkok ke belakang.

rasa sakit otak kan dengar penyakit-penyakit pelik ni , tapi perkara ni sangat penting terutamanya untuk kita yang rajin on9. apa kaitannya? dalam kita sibuk update blog , BW , buat segmen , mesti da macam-macam pose kita posing kan? kalah amber chia! tersekali pose macam ni dan terasa selesa pulak kan..
well , pose macam ni bukan dose! tapi menyumbang kepada bengkoknya tulang belakang kita , lebih spesifik , scoliosis. posisi badan kita penting. terutamanya masa nak buat sesuatu dalam masa yang lama. seeloknya lepas duduk lebih kurang 45 minit , bangun , dan bawak-bawaklah berjalan. dan paling penting , elak pose macam kat atas tu.

actually punca scoliosis ni masih belum diketahui. ada yang kata disebabkan keturunan. tapi belum pasti lagi. tapi yang penting scoliosis kebanyakannya berlaku pada gurl/woman. nisbahnya ialah 9:1. kenapa? masih tiada siapa pun yang tahu.

scoliosis boleh menjadi lebih teruk :
-rosak paru-paru dan jantung : kalau tulang belakang bengkok lebih 70 degree , tulang rusuk akan tekan jantung dan paru-paru. so , akan sukar bernafas dan mudah penat. akan lebih terdedah pada pneumonia dan jangkitan paru-paru.
-sakit tulang belakang : jika tak dirawat akan sakit sendi. lebih teruk bila umur 50/60 tahun ke atas.
-imej tak menarik : bila makin teruk , posisi badan akan nampak pelik. mula rasa malu dan kurang yakin in public.
-kemurungan : mostly akan murung dan berasa sedih terlampau.

hakikatnya saye terkena dah penyakit ni dan baru tahu tadi time buat medical check up. tapi belum teruk lagi. saye tengok bahu ayah senget sebelah mungkin warisi ayah kott. <--- tak malu cakap ayah sendiri!! erk. so , beringatlah sebelum kena tau.

pinjam telinga : kadang nikmat datang , kadang ujian pula datang. yg penting redha. ye tak?

13 comments:

  1. bahaya.. slalu buat pose di atas.. haha

    ReplyDelete
  2. @aiman
    aiman slalu buat ke? mmg bahayee :)

    ReplyDelete
  3. tq untuk ini....jap nak bangun jap...dah due jam duduk

    ReplyDelete
  4. takutnye. dah la slalu menghadap laptop je.. huhu

    ReplyDelete
  5. @nana jasmine
    samelah kite nana.. k.jac tobat dah pas ni.he

    ReplyDelete
  6. sy juga menghidap penyakit ni.mula2 xsakitkan.sy dapat tau mase nak wt check-up utk plkn.doc ckp.lepas 40 dgree disarankan wat operation.

    ReplyDelete
  7. @Anonymous
    hem..betul.x skt pape pun. cume brharap x makin teruk. skrg saye cube urut. tp x twulah.

    ReplyDelete
  8. this about my scoliosis story..dh 1 bulan lebih post-oprt..
    http://afida91.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. salam..
    saya pernah buat medical check up,
    tapi keputusannya, menunjukkan bahawa saya tidak mengidap peyakit ini, tapi bahu saya still senget sebelah, kdg2 saya rasa cm semput gak.. tp saya x ada asma.. cm ne ni?

    ReplyDelete
  10. -setahu saya, diagnosis scoliosis yg lbh tepat ialah dgn x-ray. so bila da buat x-ray, xde abnormallity pada backbone, so automatic kita -ve utk scoliosis.
    -tapi awak perasan kan bahu awak senget, ini mgkn disebabkn habit badan kita yg kita x blh kawal. sama juga dgn org yg bongkok. diaorg x blh kwl kebongkokan bahu diorg kn..
    -jadi seelok-eloknya kita cuba kawal habit kita yg x tegakkan bdn elok2 tu.. so that, kita dpt hindar dr dpt scoliosis.
    -mcm sy, sy selalu letak bantal kecil bila sy ddk lama atas kerusi so that lebih selesa dan blh kawal badan supaya tegak.he trylaa awak, better cegah sblm kene kann ^_^

    ReplyDelete
  11. sorry.. missed pasal asthma tu.
    -emm sy bukan medical dr, tp since belajar pasal penyakit2 so sedikit sebanyak sy blh bg pndpt je k..
    -kita mgkn ada asthma bila kita rasa breathless yg melampau. if mcm breathless tu brlaku dlm masa yg sekejap je n then releife balik, ia mngkn sbb tindak bls bdn kita.
    -cth kalau bdn kita ada too much co2 sbb exercise, kita automatik akn tingktkan pernafasan so kdg kita rasa mcm semput sikit.. tp if x brlaku dlm masa yg lama, ia still normal.. awak think positif k.. ^_^

    ReplyDelete
  12. come join us: kelab skoliosis malaysia - pemilik tulang unik

    ReplyDelete

thankiuuuu ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...