}

bunuh balas bunuh

.salam.


apa yang kamu , kamu dan kamu akan buat bila tiba-tiba sesuatu yang tak diingini berlaku terhadap diri korang? sebagai contoh , kamu meninggal salah seorang ahli keluarga kamu meninggal. ataupun kaki atau tangan patah? semestinya kamu redha kann dengan ketentuannya dan percaya pasti ada hikmah di sebaliknya. ya baguss. tapi macam mana pula kalau sesuatu yang terjadi tuh , disebabkan oleh orang lain. means , bukan berlaku secara natural seperti atuk meninggal disebabkan sakit tua.

situasi macam ni selalu berlaku time eksiden lah secara amnya. kamu terlibat dalam eksiden , dan kamu cedera patah sane sini , or ditakdirkan lumpuh or yang lebih teruk , hilang nyawa. keadaan semasa tu mesti sangat pilu lah. tapi yang penting , jangan putus asa. hidup mesti diteruskan. kemudian kamu bercadang untuk mendapatkan hak kamu , lawan siti situ sane sini , turun naik mahkamah. then , seseorang terbisik kat telinga kamu. "buat pe nak lawan kes sane sini , maafkan je lah. sedangkan nabi ampunkan umat. "

err. saye rase betullah apa yang si dia katakan tuh. tapi , kita ada hak untuk berlawan untuk diri sendiri. jom tengok hukum kisas cket.klik sini <---

kesalahan yang terlibat dengan kisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja. namun , cantiknya islam masih ada kelonggaran terhadap kesalahan seperti ini yang membolehkan diat jika diampuni oleh waris mangsa. tapi dalam situasi eksiden , mestilah orang tu tak sengaja kan. tak kan dia sesaje nak langgar orang.huhu so , dalam kes ni , dia termasuk dalam kes tidak sengaja.

kalau seseorang tu membunuh dengan sengaja , hukum diatnye membayar 100 ekor unta tanpa tangguh. tapi kalau separuh sengaja dan tidak sengaja juga bayar 100 ekor unta tapi boleh ditangguh 3 tahun. jika mencederakan pulak macam kat bawah ni :


-100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.

-50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.

-33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)

-33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)

-25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.

-10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)

-15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
-10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.

-5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)

100 ekor unta tuh pulak bukan bermakna kita kena pergi arab saudi borong unta banyak-banyak pula ye.hihi tapi boleh diganti dengan harta yang senilai dengannya. sebagai contoh , 100 ekor unta bersamaan 200 ekor lembu. kalau harga lembu sekarang seekor 2000++ , so 200 ekor lembu lebih kurang 400 000++ jugak lah ye. yang lain-lain tuh pandai-pandailah kire ye sayang.he

kesimpulannya ,

“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya” (Surah al-Maidah ayat 45)

sekiranya kita memaafkan , sudah menjadi penebus dosa bagi kita. tapi si pesalah haruslah membayar diat. jadi tak salah nak naik mahkamah untuk lawan kes sane sini. hakikatnya , si pesalah memang perlu membayar diat pon. hee

4 comments:

  1. woow....menarik betul la fikiran anda ....mane dapat idea nak wat entri cam gini? Zippo kagum

    ReplyDelete
  2. @ZIPPO MILLER
    huhu thanx.. biase je lahh. em, dari pengalaman kott.tett.he

    ReplyDelete

thankiuuuu ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...