}
Showing posts with label heart. Show all posts
Showing posts with label heart. Show all posts

cinta vitamin c!

.assalamualaikum.


entry sebelum sebelum ni, rahsia kecantikan Adira aku ada cerita tentang kebaikan vitamin c secara umum dan aku rasa ia menjawab serba sikit kenapa people being crazy with vitamin c supplement sekarang ni. hihiks. sekarang masa untuk kotakan janji, nak cerita pula sebab-sebab tambahan kenapa kita kena cinta pada vitamin c. :)

kebaikan vitamin c :

antioxidant

menghasilkan collagen

sistem imunisasi

melindungi jantung

kebaikan vitamin c yang utama, membantu menghasilkan collagen untuk kulit baru dah cover. sini. sekarang nak cerita serba sikit pasal kelebihan yang lain tu ok.

kebaikan vitamin c sebagai antioxidant berkaitan dengan kebolehan dia melindungi jantung. macam mana tu kann? haa. (monolog dalaman). dalam kehidupan kita seharian ni, untuk terus hidup badan kita menjalankan macam-macam process. salah satunya yang kita tak boleh lari, process oxidation.

dari process ni, akan terhasil lah free radical. free radical ni berbahaya, sifat dia reactive atau dalam bahasa pasar nya, nakal. haha dia boleh menyebabkan kerosakan tissue badan, boleh mempercepat process penuaan dan juga menyebabkan cancer. sound so evil kann.

 salur darah menyempit disebabkan plaque 

apa vitamin c buat bila jumpa free radical ni, dia akan bertindak sebagai reducing agent, sort of macam meneutralkan balik free radical menjadi less reactive dan kurang nakal. vitamin c juga menghalang process oxidation yang menyumbang kepada banyaknya free radical.

 macam mana pula dia berkait dengan melindungi jantung? macam yang aku mention sebelum ni, free radical boleh menyebabkan kerosakan tissue badan. kebiasaan tissue yang berisiko untuk rosak adalah salur darah jantung. sebab aliran darah yang deras dan dengan adanya free radical menyumbang kepada risiko rosaknya tissue disitu.


apabila berlaku tissue damage pada artery, menyebabkan terhasilnya plaque yang akan menyempitkan saluran darah. ini yang akan menyebabkan rasa sakit, dan akibat jangka masa panjang, dapat sakit jantung bila salur darah dah tersumbat disebabkan plaque. jantung juga kurang mendapat bekalan darah.

so, say no no pada free radical and yes yes pada vitamin c okeh. amalkan gaya hidup sihat! u are what u eat! :)

nota kaki : lama bebenor janjinyaa. maapleee.

riya' itu takbur , takbur itu ujub ke?


.salam.







riya' , ujub dan takbur.  well , sebelum ni yang kita biasa dengar , riya' dan takbur. ujub tu jarang-jarang lah kita dengar kann. dan bagi saye sendiri secara cincainye saye anggap riya' dan takbur tu same je , maksudnye membanggakan diri. dan orang yang membanggakan diri ni , bagi saye agak annoying lah. terutamanya kalau yang jenis menunjuk-nunjuk dan asek cerita pasal kelebihan diri sendiri jeh. kadang-kadang sampai ke tahap menipu supaya orang menganggap dia lebih baik dari orang lain.

“… maka sejahat-jahat oleh tempat ketetapan sekalian yang membesarkan diri, iaitu api neraka Jahannam” ( Az – Zumar :72 )

tapi sebenarnye , riya' , ujub dan takbur ni terdiri daripada tiga benda yang berbeza tau. takbur itu meninggi atas yang lain dengan bahawa melihat ia bagi dirinya kemuliaan atas orang yang lain. ok tak faham. dalam bahasa yang mudah faham nye , seseorang tu rase yang diri dia lebih baik dari orang lain. dari apa-apa segi lah. takbur tu wujud , cukup bila perasaan macam tuh ada dalam hati dia. even dia tak keji orang lain dan cakap dia lebih bagus pun , tapi dalam hati dia dah ada perasaan macam tu , dah dikira takbur. senang cerita , perasan bagoss lah.

ujub pulak , membilang besar ia akan dirinya atau satu kelakuan daripada segala kelakuannya, seperti ilmunya dan ibadahnya. means , dia membangga-bangga dengan perbuatannya. sebagai contoh ujub ,Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya. ujub ni kita tak sedar. biasanya berpunca dari dalam hati. seeloknya kita bersyukur dengan kelebihan yang telah Allah berikan ke kita.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

dan yang paling bahaya sekali ialah riya'.riya' ni merupakan syirik kecil. riya' itu menuntut pangkat didalam hati manusia dengan ibadah dan pekerjaan kebajikan , atau menghendaki oleh seseorang dengan ibadahnya akan manfaat riya’ seperti harta dan puji. maksudnye apa yang dilakukan tak ikhlas bahkan semata-mata nak kan ganjaran seperti pujian dari orang lain.

6 tanda riya' :

1).Riya’ dengan tubuh badan,seperti menzahirkan ia akan kurus dan pucat badannya supaya disangka akan dia mengerjakan ibadah pada malam dan puasa pada siang.

2).Riya’ dengan kelakuan,seperti menundukkan kepala dan memejamkan mata supaya disangka akan dia memikirkan kelakuan akhirat.

3).Riya’ dengan pakaian,seperti memakai ia akan kain yang keras-keras dan yang bertampung-tampung supaya disangka akan dia daripada ahli tasawwuf.

4).Riya’ dengan perkataan,seperti riya’ orang yang berpidato dan memberi nasihat dengan Al-Quran dan hadith, dan perkataan salaf serta sunyi hatinya daripada ikhlas dan benar.Dan seperti menggerakkan bibir dengan zikir di hadapan orang lain.

5).Riya’ dengan pekerjaan, seperti memanjangkan berdiri dan rukuk dan sujud di dalam sembahyang di hadapan orang lain.

6).Riya’ dengan banyak murid dan banyak berjumpa dengan guru-guru.
Maka sekalian yang demikian itu haram,bahkan dosa besar.

riya' yang lebih besar :

1).Riya’ munafik dengan menzahirkan iman pada ketika hatinya kafir.Maka ini lebih besar daripada syirik yang nyata.

2).Riya’ dengan ibadah yang wajib, seperti mereka yang sembahyang zohor ia dihadapan orang lain.Dan jika ia bersunyi seorang diri nescaya tiada ia sembahyang.

3).Iaitu yang lebih kecil bahawa tiada riya’ ia dengan fardu,bahkan riya’ ia dengan ibadah yang sunat.Dan apabila ada ia pada tempat yang sunyi nescaya tiada mengerjakan ia akan ibadah yang sunat itu.

jom same-same ikhlas dlm ibadah. dan BERSIH dari riya' , ujub dan takbur. ^_^

jom bace lagi <--- dan tambah ilmu <----

bunuh balas bunuh

.salam.


apa yang kamu , kamu dan kamu akan buat bila tiba-tiba sesuatu yang tak diingini berlaku terhadap diri korang? sebagai contoh , kamu meninggal salah seorang ahli keluarga kamu meninggal. ataupun kaki atau tangan patah? semestinya kamu redha kann dengan ketentuannya dan percaya pasti ada hikmah di sebaliknya. ya baguss. tapi macam mana pula kalau sesuatu yang terjadi tuh , disebabkan oleh orang lain. means , bukan berlaku secara natural seperti atuk meninggal disebabkan sakit tua.

situasi macam ni selalu berlaku time eksiden lah secara amnya. kamu terlibat dalam eksiden , dan kamu cedera patah sane sini , or ditakdirkan lumpuh or yang lebih teruk , hilang nyawa. keadaan semasa tu mesti sangat pilu lah. tapi yang penting , jangan putus asa. hidup mesti diteruskan. kemudian kamu bercadang untuk mendapatkan hak kamu , lawan siti situ sane sini , turun naik mahkamah. then , seseorang terbisik kat telinga kamu. "buat pe nak lawan kes sane sini , maafkan je lah. sedangkan nabi ampunkan umat. "

err. saye rase betullah apa yang si dia katakan tuh. tapi , kita ada hak untuk berlawan untuk diri sendiri. jom tengok hukum kisas cket.klik sini <---

kesalahan yang terlibat dengan kisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja. namun , cantiknya islam masih ada kelonggaran terhadap kesalahan seperti ini yang membolehkan diat jika diampuni oleh waris mangsa. tapi dalam situasi eksiden , mestilah orang tu tak sengaja kan. tak kan dia sesaje nak langgar orang.huhu so , dalam kes ni , dia termasuk dalam kes tidak sengaja.

kalau seseorang tu membunuh dengan sengaja , hukum diatnye membayar 100 ekor unta tanpa tangguh. tapi kalau separuh sengaja dan tidak sengaja juga bayar 100 ekor unta tapi boleh ditangguh 3 tahun. jika mencederakan pulak macam kat bawah ni :


-100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.

-50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.

-33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)

-33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)

-25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.

-10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)

-15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
-10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.

-5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)

100 ekor unta tuh pulak bukan bermakna kita kena pergi arab saudi borong unta banyak-banyak pula ye.hihi tapi boleh diganti dengan harta yang senilai dengannya. sebagai contoh , 100 ekor unta bersamaan 200 ekor lembu. kalau harga lembu sekarang seekor 2000++ , so 200 ekor lembu lebih kurang 400 000++ jugak lah ye. yang lain-lain tuh pandai-pandailah kire ye sayang.he

kesimpulannya ,

“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya” (Surah al-Maidah ayat 45)

sekiranya kita memaafkan , sudah menjadi penebus dosa bagi kita. tapi si pesalah haruslah membayar diat. jadi tak salah nak naik mahkamah untuk lawan kes sane sini. hakikatnya , si pesalah memang perlu membayar diat pon. hee

happy bufday super meyo!

salam

amelya azreena  ^__^  same pulak pendahuluan.he
pakcik makcik cik amelya azreena nie a.k.a meya or meyo adalah my bestie time kat Kolej Matrikulasi Melaka dulu.what is so special is dia clasmate saye time di jurusan fizik dan juga hayat! special kan..kan..he means, time fizik, same kelas then bila da tukar je jurusan hayat pon same kelas jugak.he kelass gitu.

Betape baiknye saye dan meyo sehinggalah pegi kelas same-same, datang lambat same-same, partner makmal same-same, semuanya samelah! he kalau di cari perumpamaan yang sesuai, da macam belangkas! he tapi x pe. saye suke!

ape yang paling saye suke tentang meyo sebab dy sempoi! pada saye, dia memahami perasaan orang lain dan paling sempoi untuk kite kongsi masalah pape or rahsia.hehe  meya juge humble and manje. sempoi tapi manje! hehe sweetest moment, time my super meyo jage saye time saye sakit kat hospital dulu. thankiu mankiu meya meyo :') x tawu nak balas macam mane. yang teroknye time meyo teman saye 2 hari 1 malam tuh, saye demam pulak! saje je bdn ni nak manje dengan meyo! tapi meyo jage saye dengan baik! saye da pulih pon esoknye.. suprisenye, kawan-kawan kelas and lecturer pon dtg melawat! syoknyee rayeee raseee! terharu tawu takkk!!

maaf meya saye tinggalkan awak sorang-sorang di matrik melaka! saye x sengaja :'(
7 jun bufday meya cpt wish dye!
-semoga success and ceria selalu lovely meya meyo!   <==
baju kuning mcm jagung


lovely h5p5

sweet kn..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...