}

SEGMEN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN BERSAMA ADIN

.salam.


join segmen dari Adin Lala sempena ramadhan..amboi , tak sabar rasanya nak puase , then rayee! huhu 
soalan cepu emas oleh Adin :

target puase korang berapa hari : 
 secara jujurnya , saye target 22 hari la.. buleh? hee

Fevret makanan ketika berbuka : 
air buleh? dpt soya sejuk secawan mmg menawan.hee
 
kata-kata semangat utk blogger yg berpuasa : 
puasa thn nafsu , jgn puasa yang yok , pagi2 buke periok!!

hepi Ramadhan Almubarak!

pinjam telinga : gumbira gila! bertahun tak dapat sambut puasa sebulan kat rumah kott!

jangan kencing berdiri!

.salam.


hari ni hari jumaat kan. so , nak jadi baik cket.haha asal hari jumaat je baru nak jadi baik! haha ok lah tu. daripada takde hari langsung nak buat baik kann. sekurang-kurangnya , ada hari jumaat , ada jugak hari yang kita terasa nak buat baikk kann.. agaknye lah. nak tepek sikit cerita best! jom enjoy!

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang :
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud,

"Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 

tak sangka kann. perkara lazim yang selalu dibuat , yang mak kita marahkan time kecik-kecik dulu , ada betulnya. <-- jgn pandang remeh bebelan emak tau. ada jugak time kecik-kecik dulu , hafal soalan-soalan kubur , sebab takot tak boleh jawab. naifnya kita.. tak tahu , nasib kita dalam kubur ditentukan oleh perbuatan kita masa hidup nii. jom jadi baikk.hee

pinjam telinga : nak jadi baik! ==' 
diculik disini klik
bace lagi best klik

buaya darat dihukum bogel

.salam.


cerita ni saye terbaca kat surat khabar hari tu. seekor seorang buaya darat telah dihukum setimpal. nak tahu hukum ape? dia dihukum bogel. kemaluan dia juga nyaris-nyaris dipotong. gambar bogel dia pun turut dirakam. saye rase hukuman yang dibuat oleh waris-waris mangsa dia ni memang terbaek dan pasti dia serik nak jadi buaya darat lagi.

keluarga-keluarga mangsa ni bertekad nak cari dan hukum si buaya darat ni sendiri selepas susah mencari bukti untuk dakwa si buaya darat ni. selepas berusaha menjejaki si buaya , mereka telah terserempak dengannya berhampiran hotel di Cheras dan dibawa ke suatu tempat untuk disoal siasat.

semua barang lelaki tersebut diselongkar , termasuk 15 telefon bimbit yang penuh dengan gambar tak elok mangsanya dibuang. kemudian dia dibogelkan. pada mulanya kemaluan si buaya nak dipotong , tapi atas sifat logik dan belas kasihan , niat itu terbatal. selain tu , buaya tersebut pun dah berjanji nak bertaubat.

si buaya ni berusia lingkungan 30-an , sudah ada isteri dan anak dua. tapi masih juga nak menjerat gadis-gadis kat luar sane. dia cari mangsa-mangsa dia melalui facebook. <-- tengok , bahayanya facebook. pada mulanya si buaya ni akan kaburkan mangsa dia dengan wang bertimbun penuh bonet kereta. then , bila keluar dia akan ambil semua barang berharga pada si gadis ni termasuk maruah diri diorang.

dipercayai si buaya ni pun ada amalkan ilmu nak mengurat gadis. berdasarkan barang-barang yang ada dalam kereta dia. ape-ape pun , kita sebagai perempuan kena pandai jaga diri. sama ada kat luar sana , ataupun dalam dunia maya ni aicehh. semoga si buaya ni , bertaubat sebenar-benarnya dan jangan ada yang nak jadi buaya darat/komodo/tembaga atau sebagainya. faham? ^_^

nak bace berita penuh? klik

BEN ASHAARI CARI BLOG...CEPAT!

.salam.


okeyh ni gare-gare contest dari bro ben.hihi rase dah addict nk join segmen bro Ben.
first entry dalam blog nie pada september 2010 tajuk surat buat gadisku.huhu nak join cepat klik

hadiah perpisahan guru besar

.salam.



Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"

dicurik dari sini <---

siapa nak dudel free?

.salam.


saye memang suka gila dudel2 ni. comell kott. tapi malangnya tak de bakat nak buat dudel yg comel. jadi meminta dari cik cempaka ^_^. moga-moga bertuah.fuhhh! hehe sape nak klik sini <---

happy becoming bufday cik cempaka

jom join :
-meya
-needy

pinjam telinga: saye nak yg spring

oii! sangap ea?

.salam.


amboi amboi , sangap pula dia. aicehh. bukan sangap apa , tapi menguap ye. dalam dunia ni , sapa aje lah yang tak sangap kann. kucing , singa ,  lalat , dan even baby yg berumur 11 minggu pun dah pandai menguap tau. tapi kenapa kita menguap ye tak? kadang tengok member sebelah menguap time meeting pun , jiwa raga terpanggil-panggil nak menguap juga. kenapa ye?

perbuatan kita menguap ni adalah perbuatan diluar kawalan kita. kiranya secara otomatiklah tanpa rela , kita akan menguap. punca sebenar kita menguap ni , tiada sape pun yg tahu. ada yg kata kita menguap sebab badan tak cukup oksigen. salah! Robert Provine dari University of Maryland dah kasik oksigen due puloh kg pun , still tak halang bahan eksperimen dia dari menguap.

Rasulullah saw. : Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangan pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). (HR Muslim)

" Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci orang yang menguap. Menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya semampunya. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya." (HR Bukhari)

menguap itu datangnya dari syaitan. syaitan seronok benar tengok orang menguap. nak nak time solat. so , bila menguap tutuplah mulut , dan elak dari keluar bunyi-bunyi hodoh tu. if dalam solat termenguap , tahan semahu-mahunya. kalau terlepas juga , tutup mulut dengan tangan. kalau bace ayat last fatihah yg agak panjang tu , lagi dua patah kalimah da menguap , ulang balik satu ayat tu. supaya tak lari makna ayat tu okeyh.

sumber1, sumber2, sumber3,

pinjam telinga : da berapa kali menguap bace entry ni? hihi

mari cari kembar blogger!

.salam.

comel gila kalau jumpa kembar blogger nih. walaupon orang lain tak rase comel , tapi aku rasa comel jugak! hehe degil. ==' setakat ni , yang aku ingat , dua org jejaka dan seorang gegurl same bufday dengan aku. kalau jumpa lagi ramai , lagi cambest kann? segmen ni dari cik najihah <--- jom join!

okeyh bufday aku :
4th november 1991

sesape kembar aku , cepat angkat tangan! hee

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU?

.salam.


pada semua yang join segmen ni , saye alu-alukan mengkritik blog saye : ). saye terima seadanya dengan hati terbuka ala-ala mulut dinasour.hehe tapi  abg BEN kate , TIDAK SAMA SEKALI DIBENARKAN menggunakan bahasa kesat. ingat tau! sayekan pempuan , lembut hatinya. ^_^
senarai URL <----

scoliosis

.salam.


bahu rasa tinggi sebelah? kaki tak sama panjang? pinggul senget sebelah? kamu mungkin menghidapi scoliosis. scoliosis adalah bengkok pada tulang belakang yang boleh dilihat dari depan. tulang belakang membengkok ke kiri atau ke kanan membentuk huruf S atau C. sakit tulang belakang bengkok ni secara umum nya ada tiga. scoliosis : tulang membengkok ke sisi , kyphosis : tulang belakang membengkok ke depan dan lordosis : tulang belakang membengkok ke belakang.

rasa sakit otak kan dengar penyakit-penyakit pelik ni , tapi perkara ni sangat penting terutamanya untuk kita yang rajin on9. apa kaitannya? dalam kita sibuk update blog , BW , buat segmen , mesti da macam-macam pose kita posing kan? kalah amber chia! tersekali pose macam ni dan terasa selesa pulak kan..
well , pose macam ni bukan dose! tapi menyumbang kepada bengkoknya tulang belakang kita , lebih spesifik , scoliosis. posisi badan kita penting. terutamanya masa nak buat sesuatu dalam masa yang lama. seeloknya lepas duduk lebih kurang 45 minit , bangun , dan bawak-bawaklah berjalan. dan paling penting , elak pose macam kat atas tu.

actually punca scoliosis ni masih belum diketahui. ada yang kata disebabkan keturunan. tapi belum pasti lagi. tapi yang penting scoliosis kebanyakannya berlaku pada gurl/woman. nisbahnya ialah 9:1. kenapa? masih tiada siapa pun yang tahu.

scoliosis boleh menjadi lebih teruk :
-rosak paru-paru dan jantung : kalau tulang belakang bengkok lebih 70 degree , tulang rusuk akan tekan jantung dan paru-paru. so , akan sukar bernafas dan mudah penat. akan lebih terdedah pada pneumonia dan jangkitan paru-paru.
-sakit tulang belakang : jika tak dirawat akan sakit sendi. lebih teruk bila umur 50/60 tahun ke atas.
-imej tak menarik : bila makin teruk , posisi badan akan nampak pelik. mula rasa malu dan kurang yakin in public.
-kemurungan : mostly akan murung dan berasa sedih terlampau.

hakikatnya saye terkena dah penyakit ni dan baru tahu tadi time buat medical check up. tapi belum teruk lagi. saye tengok bahu ayah senget sebelah mungkin warisi ayah kott. <--- tak malu cakap ayah sendiri!! erk. so , beringatlah sebelum kena tau.

pinjam telinga : kadang nikmat datang , kadang ujian pula datang. yg penting redha. ye tak?

makanan pedas bunuh kanser oii!

.salam.

rasanya agak berapa purnama hari juga tak buat entry yang bisa buat otak sesak kann. he okeyh kali ni muncul dengan semangat baru aicehh nak beri oksigen buat sesiapa pembaca blog. sebagai wakil family yg peminat makanan pedas tegar , comform hari-hari makan lauk yg pedasan sahaja. rasa pedas ni actually bukan rasa. tapi suatu tindak balas yang disebabkan oleh capsaicin yg buat taste bud <---struktur pada lidah kita rasa sakit atau rasa terbakar. tapi secara fizikalnya , tidaklah buat taste bud luka ye.

yang menariknya , rasa pedas ni hanya boleh dirasa oleh mamalia saja. sebab tu lah burung boleh selamba je makan cili kann. then , jadi penyebar benih pulak tuh. ajaib betul. rasa pedas juga lebih terasa impaknya bila ada air atau mucus. tang tu yg bila minum air 20 gelas pon tak hilang juga pedasnya tuh. secara logiknya , sebab capsaicin dalam cili tuh adalah terdiri daripada lemak , lemak tak larut dalam air , tapi larut dalam bahan yg terdiri dari lemak juga. pernah dengar water-soluble n fat-soluble? capsaicin adalah fat-soluble.

kebanyakan orang telah kata tidak pada makanan pedas kan , mostly tak biasa makan pedas dan tak tahan pedas. ada juga yang cakap nanti boleh sakit perut dan menyakitkan taste bud dan sel-sel lain juga. well , tu semua memang betul. tak salah pun. tapi cili atau rasa pedas ni ada juga kebaikannya dan yg paling penting boleh membunuh sel kanser. capsaicin yg ada dalam cili boleh menyerang mitochondria <---sumber tenaga pada sel kanser tanpa mencederakan sel sehat yang lain bagoss kan?

lain-lain kebagusan capsaicin pula :
-mencairkan mucus apabila hidung tersumbat
-mengelakkan darah tersumbat dalam urat. darah tersumbat boleh buat tekanan darah tinggi dan sakit jantung
-menambah nafsu makan. capsaicin bantu penghasilan endorphin <--- hormon untuk rasa nikmat dan happy
-ubat perut kembung
-bakar kalori sehingga 25%

dengan itu , jangan takut makan pedas , dan sediakanlah susu atau yogurt di sebelah ketika makan makanan pedas , ia yang boleh melarutkan capsaicin.


banyak lagi info disini 

aku dan baju kurung

.salam.


contest aku dan baju kurung ni ditaja oleh deeeya. okeyh aku pilih gambar yg ni sebab banyak-banyak pic , aku paling suka pic ni sebab muke aku nampak baik haha pic ni diambil time aku kat KMM. disebabkan aku sayangkan KMM , banyak gila kenangan kat sanee. plus , pic ni diambil oleh cik meyo. yang tag aku pon si meyo jugak.he tangan tu pulak tangan si nana <--- bakal dokter nihh.

 sekarang aku tag :
-yasmin
-cik needy

-cik kembang jelita

CERITA LAWAK: BANDUAN YANG PINTAR

.salam.





Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang ada dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka).

Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?"

Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.


Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya setelah si bapak terima surat, datang satu peleton tentara dari kota Medan.

Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya.

"Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"

Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan udah dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin terima kasih sama mereka."

Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pingsan.



pinjam telinga : kelebihan orang panjang akal : )

sumber

hutang sampai mati!

.salam.


hello. kejap celik kejam celik , dah 18hb sya'ban. 11 or 12 hari lagi bulan puasa pun sampai. oh em gee. baju raye dah borong ke belum? aishh. silap pulak , dah ganti puasa ke belom? haa.. baru betol.hehe kalau tak sempat bayar tahun ni , alamatnya fidyah lah nanti plus kena ganti jugak kann. dah berganda nanti.. even if kita dah tak de nanti pun , waris-waris kena bayar fidyah for "hutang" yang kita inggalkan ni taw. jangan ingat boleh lepass tangan je.. masa dah time ni! cepat-cepat , masih belum terlambat nihh.

Membayar fidyah ertinya memberi orang miskin makanan sebanyak satu mud untuk satu hari tidak berpuasa pada bulan Ramadhan. Jika tidak berpuasa sehari, fidyahnya satu mud. Jika dua hari, fidyahnya dua mud, dan seterusnya.




Mud adalah ukuran isipadu (bukan berat) yang setara dengan isipadu 544 gram gandum (al-qamhu). [Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 62].

fidyah ni biasanya dibayar mengikut makanan asasi sesuatu tempat tu lah. kalau macam kita nih , beras ok? tapi biasanya kita bayar dalam bentuk duit pada pusat zakat la ehh. then , nanti diorang akan sampaikan dalam bentuk beras. jangan risau.

tapi dalam syok berpuasa , biasalah mane tahu ada yang nak puasa sunat pulak dalam sya'ban ni. oopps! no no no.. after nisfu sya'ban tak sah puasa sunat taw. tapi ada beberapa pengecualian :
- puasa qadha`.
- puasa kaffarah.
- puasa nazar.
- puasa yang sudah menjadi wirid atau adat atau kebiasaan.
- puasa sunat yang disambungkan atau dihubungkan dengan hari di nisfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'ban.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa." (Hadis riwayat Abu Daud. Dihasankan oleh Albani )

so , if kita memang dari awal sya'ban da berniat nak puasa sebulan tuh , kira ok la ehh. lulus! tapi kalau sesaje tiba-tiba terajin macam semut nak puasa pula , x lulus!

saye dari universiti kebangsaan Malaysia

.salam.

saye join segmen dari rakan seperjuangan di KMJ suhazli muhamad @ hez : ). bagai pucuk dicita ulam mendatang , baru je jenguk-jenguk blog encik hez , terus ternampak segmen saye dari universiti.. bagos join segmen nih , boleh kenal kengkawan baru nanti.. thankiuu hez ^_^


saye jawab soalan-soalan disitu :
name saye : sakura_sue
name universiti : university kebangsaan malaysia name kolej saye x ingat :)
kos : dentistry




pinjam telinge ; anybody can join segmen ni , senior-senior pon dialukan membantu kami si junior to be. jom ramai-ramai join! encik hez , jgn lupe listkan saye taw!

pil gemuk VS pil kurus

.salam.




orang selalu komplen , nak kurus lah. nak gemok lah. akhbar  BERITA MINGGU 17 julai 2011 , yang bertajuk pil gemuk rm5 bawa maut. seorang ibu tunggal lumpuh seluruh badan , dan mengalami pendarahan melalui duburnya , gara-gara telan pil gemuk. wanita tersebut , pada mulanya sakit perut dan suhu badannya makin panas. kira-kira jam 2 pagi , badannya mula lumpuh dan mengaku perut , dada dan tulang belakangnya sakit. kira-kira setengah jam kemudian , si dia telah meninggal dunia. yang menghairankan keluarganya , darah banyak keluar melalui duburnya sehingga terpaksa dipakaikan lampin pakai buang.

pil gemuk mahupun pil kurus banyak membawa kesan negative pada badan kita. walaupun pil gemuk jarang-jarang kita dengar keburukannya , tapi kesah dari Sungai Petani ni salah satu sebab kenapa kita perlu katakan tidak pada pil-pil ini. kalau kita nak tampak segak bergaya dan disukai ramai , kenapa tidak pilih cara yang lebih sehat. kalau nak nampak lebih berisi , kenapa tidak ambil vitamin dan supplement yang boleh menggantikan vitamin-vitamin yang kurang dalam badan kita. barulah sehat namanya..

lagi , kalau nak nampak lebih kurus ala-ala model terkemuka nasha aziz , kenapa tidak kita amalkan gaya sehatt aizat dengan tips kurusnya. selain tu , ada juga alternatif lain seperti membuat pembedahan memasukkan belon silikon dalam perut. teknik ini membantu mengurangkan jumlah makanan yang kita ambil. kalau kurang berminat juga , boleh membuat gastrik banding. proses ni membuatkan kita cepat rasa kenyang kerana laluan perut telah disempitkan. jadi kesan automatiknya , kita akan makan sikit saje.

Jenis ubat kurus dan kesan sampingan




* Diethylpropion

Meningkatkan tekanan darah dan denyut jantung, sukar tidur dan pening.

* Phentermine

Meningkatkan tekanan darah dan denyut jantung, sukar tidur dan pening.

* Orlistat

Kejang pada usus, banyak angin.

* Sibutramine

Meningkatkan kadar tekanan darah, denyut jantung.

Sumber: Institut Diabetes, Pencernaan dan Masalah Ginjal Kebangsaaan, Amerika 2010.

kesimpulannya , jom kita bersyukur dengan seadanya kita , dengan itu kita akan lebih bahagia. ^_^

moreinfo <----

my 100 follower!

.salam.

macam ni lah rupenya selepas jumaat , sabtu , ahad melanda , ada saja aktiviti menarik yang berlaku. kemudian , monday blues melanda. erk. last-last , hari selasa baru jengah blog. dan kali ni gembiree. usia dah mencecah 101 follower. dan saya nak review sikit for my 100 follower , monolog 25 . okeyh blog ni lebih otai dari saya. tapi saya nak review jugak, bak kate encik zippo , tahniah da lepas level pertama berblogging. 





okeyh. blog monolog 25 ni. bagi saya , kemas dan ringkas. loading pon laju. bersesuaian dengan saya sebagai pengguna berukband. saye sukee. entry-entry dekat dengan hati tuan punye blog <---- ampun kalau salah. tuan punye blog ini pula dari kemaman terengganu. oklah oklah.. tanpe membuang mase jom jenguk my 100 follower <---- ni ok?

riya' itu takbur , takbur itu ujub ke?


.salam.







riya' , ujub dan takbur.  well , sebelum ni yang kita biasa dengar , riya' dan takbur. ujub tu jarang-jarang lah kita dengar kann. dan bagi saye sendiri secara cincainye saye anggap riya' dan takbur tu same je , maksudnye membanggakan diri. dan orang yang membanggakan diri ni , bagi saye agak annoying lah. terutamanya kalau yang jenis menunjuk-nunjuk dan asek cerita pasal kelebihan diri sendiri jeh. kadang-kadang sampai ke tahap menipu supaya orang menganggap dia lebih baik dari orang lain.

“… maka sejahat-jahat oleh tempat ketetapan sekalian yang membesarkan diri, iaitu api neraka Jahannam” ( Az – Zumar :72 )

tapi sebenarnye , riya' , ujub dan takbur ni terdiri daripada tiga benda yang berbeza tau. takbur itu meninggi atas yang lain dengan bahawa melihat ia bagi dirinya kemuliaan atas orang yang lain. ok tak faham. dalam bahasa yang mudah faham nye , seseorang tu rase yang diri dia lebih baik dari orang lain. dari apa-apa segi lah. takbur tu wujud , cukup bila perasaan macam tuh ada dalam hati dia. even dia tak keji orang lain dan cakap dia lebih bagus pun , tapi dalam hati dia dah ada perasaan macam tu , dah dikira takbur. senang cerita , perasan bagoss lah.

ujub pulak , membilang besar ia akan dirinya atau satu kelakuan daripada segala kelakuannya, seperti ilmunya dan ibadahnya. means , dia membangga-bangga dengan perbuatannya. sebagai contoh ujub ,Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya. ujub ni kita tak sedar. biasanya berpunca dari dalam hati. seeloknya kita bersyukur dengan kelebihan yang telah Allah berikan ke kita.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

dan yang paling bahaya sekali ialah riya'.riya' ni merupakan syirik kecil. riya' itu menuntut pangkat didalam hati manusia dengan ibadah dan pekerjaan kebajikan , atau menghendaki oleh seseorang dengan ibadahnya akan manfaat riya’ seperti harta dan puji. maksudnye apa yang dilakukan tak ikhlas bahkan semata-mata nak kan ganjaran seperti pujian dari orang lain.

6 tanda riya' :

1).Riya’ dengan tubuh badan,seperti menzahirkan ia akan kurus dan pucat badannya supaya disangka akan dia mengerjakan ibadah pada malam dan puasa pada siang.

2).Riya’ dengan kelakuan,seperti menundukkan kepala dan memejamkan mata supaya disangka akan dia memikirkan kelakuan akhirat.

3).Riya’ dengan pakaian,seperti memakai ia akan kain yang keras-keras dan yang bertampung-tampung supaya disangka akan dia daripada ahli tasawwuf.

4).Riya’ dengan perkataan,seperti riya’ orang yang berpidato dan memberi nasihat dengan Al-Quran dan hadith, dan perkataan salaf serta sunyi hatinya daripada ikhlas dan benar.Dan seperti menggerakkan bibir dengan zikir di hadapan orang lain.

5).Riya’ dengan pekerjaan, seperti memanjangkan berdiri dan rukuk dan sujud di dalam sembahyang di hadapan orang lain.

6).Riya’ dengan banyak murid dan banyak berjumpa dengan guru-guru.
Maka sekalian yang demikian itu haram,bahkan dosa besar.

riya' yang lebih besar :

1).Riya’ munafik dengan menzahirkan iman pada ketika hatinya kafir.Maka ini lebih besar daripada syirik yang nyata.

2).Riya’ dengan ibadah yang wajib, seperti mereka yang sembahyang zohor ia dihadapan orang lain.Dan jika ia bersunyi seorang diri nescaya tiada ia sembahyang.

3).Iaitu yang lebih kecil bahawa tiada riya’ ia dengan fardu,bahkan riya’ ia dengan ibadah yang sunat.Dan apabila ada ia pada tempat yang sunyi nescaya tiada mengerjakan ia akan ibadah yang sunat itu.

jom same-same ikhlas dlm ibadah. dan BERSIH dari riya' , ujub dan takbur. ^_^

jom bace lagi <--- dan tambah ilmu <----

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...