}

Denda rm50 sebab maki polis?

salam

denda rm50 sebab maki polis? aik jgn slh paham plk ye. bukan saye! haha citer nye mcm nie. semalam dok tgk berita kat tb3, tibe-tibe keluar lah berita gadis didenda rm50 kerana memaki polis.hah! kejadian ni berlaku di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU - Gara-gara memanggil seorang anggota polis bodoh, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dikenakan denda RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir  didakwa mengeluarkan perkataan ”polis bodo” terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 1 petang, 28 Mei lepas di kawasan LTSM dan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1957 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju kurung berwarna biru, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Adila Abd Latif. - Bernama

haha.. itulah kisahnye ye. moralnye disini jgn lh sesuka hati dan limpa memaki pihak berkuasa mahupun sesiapa sahaja. last-last kamu jugak yang malu! siap kuar berite tv3 lagi! malu wehh! da elok dok pakai baju kurung dan tudung. ayu gituhh! tapi tersilap, termaki pulak. mak aihhh!


0 conteng-conteng:

Post a Comment

thankiuuuu ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...