}

isteri aku satu , dua dan tiga..

 .bismillah.

setelah tiga hari aku cuti tanpe post ape-ape kat blog.akhirnya aku jumpa jugak sesuatu yang bersesuaian untuk tajuk ni. sebenarnye ni assignment dari cik meyo untuk aku.haha mula-mula curiga jugak nak buat pasal ni , tapi aku buat juga sebab aku sayangg kau lebih lahh.haha

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)

Dalam ayat kat atas , Allaah swt  membolehkan si suami untuk berkahwin lebih dari satu , tapi Allaah swt turut mengingatkan jika bimbang tidak dapat berlaku adil , maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. setelah itu , Allaah swt juga telah menurunkan ayat 129 , surah Annisa' yang telah mengingatkan diri kita yang sukar berlaku adil.

 "Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isteri, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung, sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

kalau diikutkan ,nabi Muhammad saw pon berkahwin lain setelah kewafatan Khadijah r.a , dan isteri-isteri nabi terdiri daripada janda-janda yang kehilangan suami di medan perang dan sebagainya. malah , ayat ala-ala karangan spm hanya seorang sahaja isteri nabi yang merupakan masih dara iaitu Aisyah r.a bukan macam kita lebih memilih pucuk muda yang muda sebagai isteri baru. sebagai contoh , Nabi berkahwin dengan Ummu Habibah r.a setelah suaminya murtad dan beliau keseorangan jauh dari keluarga kerana berhijrah.

Nabi Muhammad s.a.w  turut mengingatkan suami-suami supaya berlaku adil, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)

harap post kali ni tak nampak sangat macam aku anti-poligami lah ye. bukan macam tu , tapi  perempuan sebagai isteri sayangkan suami mereka dan tak nak para-para sakura suami dihukum gara-gara tidak berlaku adil. poligami memang banyak kelebihannya , seperti dapat bela wanita yang telah kehilangan suami , kurangkan andartu terlampau dan juga bagi memperoleh zuriat jika isteri ade sakit seperti mandul.

tapi mesti layan sama rata ye. hihi hakikatnya walaupun ade satu je isteri tapi kita dah ade empat isteri semasa hidup kita..

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
renung-renugkan dan selamat beramal! cewaaahh..

baca lagi sini dan sini <==

13 comments:

  1. yeah, camni laa. hehe. kiranya kan, kalau tambah lg 4 bini manusia, jadi 8! ish3

    ReplyDelete
  2. aku ade bace satu buku ni taw,die tulis,Allah izinkan berpoligami tp yg Allah lebih galakkan adalah satu isteri je cukup..sebagai contoh,kite ade 4 pinggan nasik.kite boleh je makan empat2 tu,tp yg digalakkan makan sepinggan je dah cukup mengenyangkan sebab kalau terlebih makan,mudharat plk jadiknye..so,poligami boleh tp yg lebih baik adalah kawen satu je sebab if ade lebih isteri,ade keburukannya jugak..tp mungkin masih ade manusia yg tak kenyang2 dgn sorang isteri je?renung-renugnkan dan selamat beramal..heee :)

    ReplyDelete
  3. @Cik Meyo
    hahaha.. cik meyo ni. blawok pulop dye.hehe

    ReplyDelete
  4. @SITI NUR KEMBANG
    wahh2..bagos cik kembang ni. thanx share ye. penah dgr ade laki tebuk pintu time dua2 isteri dy mati?

    ReplyDelete
  5. terus terang Zippo mmg x suke berpoligami

    ReplyDelete
  6. hehe,,wah,,,emm,,igatlah lelaki oi,,klu rse mampu cgt pon xyahla kawen smpi 4 klu niat xbaek,,nie ak ad sowg je nie pon sush nk jge oi,,,lg kan plak klu ad 4 bini,ntah klau sowg dah merayau smpi ke london pon xpasan agaknye,,haha,pape pon,,bini ak yg sowg nie tetap bini ak,,xd len,,btol yang???heheh

    ReplyDelete
  7. @luqman eshak
    kau dah kenape luqie, sekeh 10 kali nak? hehe :D

    ReplyDelete
  8. @CSI_wAnted
    haha..yela..btol lah tu yang. :D
    trsesat g london x pe jgn smpai uruguay..haha

    ReplyDelete
  9. pernah2!..denga dalam citer ayat2 cinta..heee :)

    ReplyDelete
  10. @SITI NUR KEMBANG
    ohh yeke?? asal aku x pasan ek.pnt aku crk ctew tuh.

    ReplyDelete

thankiuuuu ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...