}

berat badan naik bila umur meningkat?

salam

setiap hari umur makin meningkat. tik tok tik tok no more TEENS! ohh.. takpee. maknenya semakin dewasa. selalu dikaitkan makin meningkat umur, semakin naik berat badan. kononnya disebabkan hormon dan segala bagai. so let us talk about BERAT BADAN DAN CARA TERBAIK KURANGKAN BERAT BADAN huhu mula bersemangat? bagus!

Tahukah kamu dan kamu , bila umur meningkat , kadar metabolisme badan makin menurun dalam masa yang sama kadar penghasilan hormon juga berkurang. Oleh itu , pengumpulan lemak juga akan beroperasi secara bombastiknya.justeru , marilah bersama-sama mengamalkan gaya hidup sehat! yeaayy..!

apa yang lebih merungsingkan ialah lemak tepu yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit lain termasuk pembunuh utama rakyat Malaysia iaitu SAKIT JANTUNG. lemak yang membahayakan bukan merupakan spare-spare tayar yang berada di bawah perut tetapi lemak tepu yang bersembunyi di atas perut tau nama fofularnye ialah buncet. ini kerana lemak tepu ini lebih berkuasa untuk menekan salur darah dan seterusnya membuat jantung kita cedera a.k.a sakit jantung.

selain itu, jika ukur lilit peha + betis lebih kecil daripada ukuran perut , maka anda berisiko tinggi untuk mendapat hipertensi dan juga sakit jantung. maka , balik rumah , dan cepat-cepatlah ukur ya. jangan runsing dan jangan risau ada 3 pesanan penaja iaitu : berlari atau berjoging. senaman kardio memang lebih berkesan. bangkit tubi , sebenarnye tidak mengempiskan perut sebaliknya meregangkan otot perut. katanyaa.

pesanan kedua : bersenamlah ketika cuaca sejuk. ramai yang berfikir atau terfikir , semasa waktu panas paling sesuai kita bersenam. lagi banyak peluh lagi sehat! anda salah! bersenam pada waktu panas membuatkan badan dehydrasi dan itu tidak baik. sebaliknya bersenamlah pada waktu sejuk seperti waktu pagi kerana badan akan membakar lebih banyak lemak untuk memanaskan badan. logik bukan?

Pesanan ketiga : ambil lebih banyak kalsium. kalsium bukan hanya untuk warga emas atau pesakit patah tulang sahaja. kalsium bagus untuk tulang dan membuatkan lemak ditarik oleh tulang. bagus bukan? jadi lemak tidak akan terkumpul. kalsium juga lebih baik diambil dalam bentuk makanan atau minuman berbanding pil. jadi , yang tak suka susu mulalah berjinak-jinak ya..sekian. sumber dari rancangan di KBSW tapi tak tahu ape tajuk dia. : )


0 conteng-conteng:

Post a Comment

thankiuuuu ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...