}
Showing posts with label mesti tahu. Show all posts
Showing posts with label mesti tahu. Show all posts

cinta vitamin c!

.assalamualaikum.


entry sebelum sebelum ni, rahsia kecantikan Adira aku ada cerita tentang kebaikan vitamin c secara umum dan aku rasa ia menjawab serba sikit kenapa people being crazy with vitamin c supplement sekarang ni. hihiks. sekarang masa untuk kotakan janji, nak cerita pula sebab-sebab tambahan kenapa kita kena cinta pada vitamin c. :)

kebaikan vitamin c :

antioxidant

menghasilkan collagen

sistem imunisasi

melindungi jantung

kebaikan vitamin c yang utama, membantu menghasilkan collagen untuk kulit baru dah cover. sini. sekarang nak cerita serba sikit pasal kelebihan yang lain tu ok.

kebaikan vitamin c sebagai antioxidant berkaitan dengan kebolehan dia melindungi jantung. macam mana tu kann? haa. (monolog dalaman). dalam kehidupan kita seharian ni, untuk terus hidup badan kita menjalankan macam-macam process. salah satunya yang kita tak boleh lari, process oxidation.

dari process ni, akan terhasil lah free radical. free radical ni berbahaya, sifat dia reactive atau dalam bahasa pasar nya, nakal. haha dia boleh menyebabkan kerosakan tissue badan, boleh mempercepat process penuaan dan juga menyebabkan cancer. sound so evil kann.

 salur darah menyempit disebabkan plaque 

apa vitamin c buat bila jumpa free radical ni, dia akan bertindak sebagai reducing agent, sort of macam meneutralkan balik free radical menjadi less reactive dan kurang nakal. vitamin c juga menghalang process oxidation yang menyumbang kepada banyaknya free radical.

 macam mana pula dia berkait dengan melindungi jantung? macam yang aku mention sebelum ni, free radical boleh menyebabkan kerosakan tissue badan. kebiasaan tissue yang berisiko untuk rosak adalah salur darah jantung. sebab aliran darah yang deras dan dengan adanya free radical menyumbang kepada risiko rosaknya tissue disitu.


apabila berlaku tissue damage pada artery, menyebabkan terhasilnya plaque yang akan menyempitkan saluran darah. ini yang akan menyebabkan rasa sakit, dan akibat jangka masa panjang, dapat sakit jantung bila salur darah dah tersumbat disebabkan plaque. jantung juga kurang mendapat bekalan darah.

so, say no no pada free radical and yes yes pada vitamin c okeh. amalkan gaya hidup sihat! u are what u eat! :)

nota kaki : lama bebenor janjinyaa. maapleee.

berus gigi sebenarnya dicipta oleh seorang banduan

assalamualaikum


Best greed as always :) hang percaya ka tak percaya ka berus gigi sebenarnya dicipta oleh seorang banduan yang bernama William Addis. tapi banduan ni bukanlah seorang penjenayah kejam tahap bunuh orang segala, tapi beliau ni dipenjarakan bawah akta hasutan. dalam bahasa senangnya, dia pi ajak orang buat rusuhan ramai-ramai. mungkin menyebabkan kekecohan, so dia ditangkap.

rasa macam tak logik kan, dalam jail bukan ada pape pun so macam mana dia boleh buat toothbrush. interestingly, dia buat toothbrush ni hanya daripada tulang, bulu khinzir dan juga wire. mula-mula dia ukir tulang tu untuk jadi pemegang brush tu. then dia buat lubang untuk masukkan bulu-bulu khinzir tu dan dikemaskan dengan wire. siaapp! bolehla cuba kalau tertinggal toothbrush lepas nih. bhahaha!

tapi kalau ikutkan sejarah, orang zaman dahulu dah lama memberus gigi. orang sekarang je malass.

EGYPTIANS
guna serbuk special dari kuku lembu dan kulit telur

ROMANIANS
menggunakan kayu

GREEKS
menggunakan kain kasar

CHINESE
menggunakan bulu yang dilekatkan pada buluh atau gading


selepas Addis keluar dari penjara dia mula menghasilkan berus gigi secara besar-besaran dan kemudian pada 1983, DuPont company memulakan pembuatan berus gigi menggunakan nylon macam yang ada sekarang. satu lagi info yang menarik, orang-orang eropah bermula kesedaran memberus gigi selepas perang dunia kedua. which is actually habit askar-askar mereka yang sentiasa mementingkan kebersihan gigi.

incik william addis

rasa-rasanya korang ada macam dapat idea bernas tak nak guna apa kalau-kalau toothbrush tertinggal? teheee

gila meroyan

assalamualaikum.


Bila orang-orang bercerita pasal gila meroyan, saya sebenarnya macam kurang percaya and saya fikir gila meroyan tu takde kena mengena pun dengan orang yang baru bersalin. then, bila nampak iklan cerita primadona kat astro, where diorang bercerita pasal gila meroyan ni, so saya mula lah rasa nak tahu. does it really happen kan.

so saya jumpa sedikit info pasal gila meroyan ni  dalam majalah isihat ogos 2010, gila meroyan or postpartum psychosis dalam bahasa perubatan, memang betul-betul berlaku. Malahan, 85 peratus wanita selepas bersalin mengalami gangguan perasaan ni semasa berpantang. tapi kebanyakannya tidak membahayakan dan hanya pada tahap ringan.

basically gila meroyan ni berkaitan dengan gangguan perasaan dan selalunya disebabkan keadaan hormon yang tidak stabil dan ibu keletihan jaga baby yang baru sahaja lahir. mestilah kan, badan pun still tak sihat untuk ganti balik darah hilang time delivery, ditambah lagi perlu jaga baby kecik yang perlu jagaan yang teliti. mesti letihh kann.

so, nasihat dari Sharizen kassim, pengarah urusan ambar kenanga health marketing, ibu bersalin perlu menjaga dan mengelakkan diri daripada berasa risau atau terperanjat. sebab emosi masih lemah. dan jangan juga dengar lagu-lagu sedih atau tengok cerita sedih.ia boleh meruntun jiwa. katanya..

apa yang bahayanya, mereka yang mengalami sakit gila meroyan ni boleh membuat perkara yang boleh mencederakan dirinya, baby dan orang sekeliling. so, kene beri perhatian pada mereka. gila meroyan is really happening. so, nasihat-nasihat orang tua-tua tu janganlah diabaikan. semua yang diorang nasihat tu ada benarnya. mereka kan lebih banyak makan garamm :)

kad raye oh kad raye

.salam.

pejam celik , pejam tak celik-celik , lebih kurang 5 hari lagi nak raye dah. adala jugaks saye tunggu abg-abg posmen dtg rumah. mane tahu pakwe lame nak kasik kad raye kann. tapi hampeh. kecewa hati terseksa je..

tapi ape yang menarik , bila sekarang da zaman berteknologi canggih nih. orang kan da ciput je yang beli kad raye , so sekarang ni ada keluar kad raya dua dalam satu. kad raya tuh disertakan dengan kisah-kisah nabi.  memang terbaiklah. takdelah rase pembaziran amalan syaitan sangat kann kalau terhingin nak beli kad raya..

kalau nak beri pada jejiran pun , rasa kad tuh boleh digunakan selamanya. takdelah habis raya nanti duduk dalam tong sampah.. selain tuh , bolehla letak atas meja buat hiasan. agak-agak tetamu yang datang letih tunggu air tak sampai-sampai , boleh jugak menimba ilmu kejap.hee

nak tengok pic kad raya yang disebut-sebutkan tuh? tekan sini

bisik-bisik : sempat lagi ke kalau nak beli kad raya nih..?

tanda-tanda kematian

.salam.

hari tu saye ada buat post tentang perlu ke nak fikir positif? tapi basically , bukan tentang fikir positif atau negatif.tapi cara kita berfikir bila keadaan memaksa kita berfikir secara negatif.

sebagai contoh , bila seseorang yang kita kenal ada menunjukkan sebarang tanda yang dia akan pergi , apa yang patut kita lakukan. sama ada nak sedapkan hati kita dan cakap yang nothing bad will happen ataupun sebaliknya , memikirkan persediaan diri nak menghadapi pemergian orang tu.

hasil nasihat dari kakak saya , sis ainaa ^_^. tanda-tanda kematian yang disebut dalam post tu diragui lah puncanya. mungkin benar , dan mungkin juga tidak benar. wallhua'alam. saye cuba juga cari sawang-sawang lain yang ada tunjukkan tanda-tanda tu beserta dalilnya. tapi bagai melepaskan batuk di depan skrin komputer , tak jumpa.

jadi  bagi mengelakkan kemusykilan pada masa kini dan selamanya , jom layan tanda-tanda kematian daripada ustaz Zawawi Jusoh. zassss!


antara tanda-tanda yang dapat saye tangkap dari ustaz :


 TANDA-TANDA UMUM

 1- beruban
 2- mempunyai penyakit
 3- kurang deria pendengaran
 4- kurang deria perlihatan
 5- uban berterabur
 6- kulit mengendur
 7- gigi gugur/patah
 8- bila baring , tangan tak boleh melepasi ruang antara badan dan lantai


ENAM TANDA AKHIR

--> telapak kaki sudah terbujur. tidak berdiri seperti biasa. (semasa baring)

--> terbuka tapak tangan

--> hidung jatuh / lembik

--> kulit muka tegang

--> seperti menurun diantara mata dan telinga

--> terhenti nafas dan nadi

jangan hembus..

.salam.


beberapa jam lagi nak buka , amboi! tak sabarnye. kann..kann? kalau yang sabar tuh , alhamdulillah. haa..manisnya kurma itu. jangan hembus saja. faham? kalau tak tahu pun , jangan hembus saja. kalau tak tahu pun , jangan malu untuk bertanya. adoyai banyak nye pun kalaunye..

almaklumlah , bila kita disajikan dengan air milo/teh/kopi panas sepanas-panasnye tuh , mestilah kita tiup dulu biar air tu sejuk sikit. nanti tak leh terbakor~ lidah dan segala taste bud tercinta kann. tapi seeloknya kita elak lah tiup air tu , apa kata kita buat teh tarik jap biar dia sejuk dengan semula jadinya.

rasanya mak nenek kita pun selalu pesan , jangan hembus air minum tu. ade tak? benda-benda yang dilarang ni , mesti ada hikmahnya. termasuklah jugak dalam kategori hembus hembusan nih. fyi , ala-ala eropah giteww kan. bila kita bernafas , yang disedut itu oksigen dan yang dilepaskan itu carbon dioxide.

jadi bila kita tiup atau hembus air minum kita tuh , co2 lah yang akan dikeluarkan dan bercampur dengan air minum kita , h20. kemudian , jadilah h2co3 yang lebih berasid. jadi air minum kita tu akan jadi lebih berasid. jadi elaklah perkara makruh , menghembus air minuman kita. juga tak lupa elak bernafas dalam bekas minuman. ^_^ selamat berbuka!

oh bulan!

.salam.

hari ni agak teruja nak update berikutan idea muncul mlm td.hee senyum puas. setelah 24 jam beberapa jam menelaah aicehh masa untuk pos pon tiba.

“Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah” – (Al-Quranul Karim. Al-Qamar: 1)

pada suatu masa dahulu sebelum nabi saw berhijrah ke madinah , beberapa orang musyrikin telah memperlekehkan nabi saw dengan meminta nabi saw membelah bulan bagi membuktikan kerasulan baginda. lalu nabi saw berdoa kepada Allah supaya membantu baginda. lalu Allah mengarahkan nabi menunjukkan telunjuknya kearah bulan , lalu bulan pun terbelah. kemudian sebahagian daripada mereka telah beriman. baca kisah penuh.

bulan dah terbelah , dah lama tertulis dalam AlQuran , namun pada 1969 manusia dapat tahu tentangnya. itupun selepas NASA membelanjakan 100 juta dollar untuk urusan ke bulan. satu garisan panjang yang beratus kilometer di sekeliling bulan ditemui.

garisan tu dipanggil rilles. rilles kelihatan seperti sungai yang dah kering. mungkin terbentuk selepas gempa bumi di bulan. atau patut pggl gempa bulan? lava yang dipanggil maria dah menutupi 'sungai' itu seperti air sungai yang mengalir. dan terbentuklah seperti gambar ini --->

perkara-perkara macam ni penting untuk iman kita kann ^_^ .bila bulan pun sudah terbelah , kiamat pun dah dekat. bila lah kita nak berubah..

ini kisah menarik , sila tekan.
sumber boleh tekan juga

pembohong , jage kau!!

.salam.

semalam komplen pasal sedu, then hari ni saye nak nyatakan ketidakpuashati-an kepada LIERS! bukan lion atau codomolion tak sure ejaan die , tapi LIERS!. disebabkan since form one lagi da stay hostel , macam-macam dah kenal orang , yang suka korek hidung time makan hade , yang suka kentut ala-ala speaker funfair pon hade dan tak kurang juga kaki pembo-Ong!

well , time sekolah dulu memang ada member yang memang dah ngetop sebagai kaki pembohong nihh. yang peliknya , walaupun semua orang dah tahu dia kaki tgn suka bohong , tapi asek je tipah tertipu terkena dgn bohongan dia nihhh. rasanya untuk berhadapan dengan orang macam nih , kita kena prepare siap-siap ilmu nak detect pembohong.

benda pertama ,
perhatikan keadaan badan dia , kebiasaanya pesalah ceitt badan atau muka dia akan nampak tegang sebab rasa pressure takut pembohongan terkantoi. mungkin juga dia akan menggigil sedikit atau berpeluh , muka sedikit pucat.

benda kedua ,
perhati gerak-gerak khas geri dia. kadang-kadang seseorang yang tengah bohong , pergerakan dia agak cliche. haha seperti berselang seli silang kaki dan buka kaki. membetul-betulkan baju atau apa-apa barang di badannya. sentuh-sentuh muka dengan tangan , atau gosok hidung , garu belakang badan atau belakang telinga.

benda ketiga ,
cara bercakap. semasa bercakap , dia sering putar belit cerita dia , banyak merapu dari straight to the point. kadang - kadang selit dengan lawak bodoh dan bila kita tanya soalan , dia ambil masa nak jawab soalan tu.

benda keempat ,
tenug mata. seseorang yang tengah berbohong tak berani tenung mata si tipah kena bohong lama-lama. bila kita tengok mata dia , dia akan cuba alih arah tengok tempat lain atau sesuatu benda untuk lebih fokus menghasilkan bohongan yang bagus.

gagagaga.. taktik pembohong sudah kantoi , maka seeloknya kita praktikkan ilmu detect pembohong nih , supaya kita tak jadi tipah dalam cerita ali setan tuhh.

bisik bisik petang : orang suka bohong ni , low self-esteem agaknya.

adohai sedu kau tak faham bahasa ke?

.salam.

disiang hari selasa yang selesa nih , ditambah lagi di bulan puasa  nafsu diseksa , aku tersedu lagi di bulan puasa. arghh tensen. aku bukan baby lagi asek nak tersedu lagi. walaupun aku dah amalkan teknik berkesan yang diragui ramai nihh. klik. dan ternyata dalam 30 saat sedu yang menyeksa aku hilang , tapi aku tetap tak puas hati jugak.

kenapa aku selalu diserang makhluk tak berdosa bernama sedu nihh. what actually yang menyebabkan sedu ni menyerang? nafsu bulan puasa ku meronta nakk kan jawapan. lantas sepantas kilat aku menyelongkar jaringan sesawang mencari penyebab musuh dalam selimut aku ni. jom tengok ape aku jumpa --->

sedu sebenarnya disebabkan oleh diaphragm. kita beri name panggilan dia. sejenis alat elastik dalam badan membantu pernafasan. bila kita sedut nafas , dia akan merata. bila hembus nafas , dia akan melengkung ke atas. pada keadaan normal , dia lancar dan sesenyap tikus menyorok , tapi bila dalam keadaan dia merajok atau rasa terseksa , dia mula buat perangai.

  
dia akan menyedut nafas dengan rakus , dan merata. udara bergegas masuk ke dalam , dalam keadaan kotak suara tidak bersedia. kotak suara terbuka dan tertutup dengan spontannya. so , akan mengeluarkan bunyi hiccups! nahh. itulah dia sebenarnya. antara sebab dia akan merajok , makan terlalu cepat atau banyak , rensa di perut atau tekak , atau mungkin juga sebab terlalu nervous atau eksaited.

tak sangka disebabkan aku jugalah aku diserang sedu. tu lah , jangan asyik nak salahkan orang lain sahaja. =='

dikerat 15 , organ disumbat dalam tandas

.salam.

nak share berita yg menyayat hati , berlaku petang semalam. 

AMPANG: Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri tanpa penghuni di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, sejak Sabtu lalu seminggu! terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas unit itu, petang semalam.

Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.

Penghuni yang menginap selang sebuah rumah dari unit terbiar itu, Shahril Abdul Rahman, 30, berkata sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 5.30 petang, dia bersama beberapa kakitangan pihak pengurusan bangunan memasuki unit berkenaan bagi menyiasat punca bau busuk itu.

“Saya terkejut apabila menemui satu kaki manusia dikerat dari paras pinggang sebelum pihak pengurusan menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang berada di tempat kejadian, berkata anggota badan yang ditemui itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat.

Identiti dan jantina mangsa belum dipastikan dan anggota terbabit sudah dihantar ke PPUM bagi tindakan lanjut.
“Anggota badan itu ditemui dibuang di merata-rata tempat dalam unit berkenaan yang lebih kurang 10 tahun tidak dihuni,” katanya.

Menurut Amirrudin, siasatan lanjutan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mangsa serta kejadian sebenar di sebalik penemuan mayat yang dikerat itu.

nauzubillah. doa supaya dapat meninggal dalam keadaan baik :

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
 "Allaahummakhtim lanaa bihusnil khotimah wa laa takhtim a'alainaa bisuuil khotimah"
ya Allaah , akhirilah hidup kami dengan akhir yang baik , dan jangan kau akhiri hidup kami dengan akhir yang buruk.
pinjam telinga :jangan malu berdoa

ubat sedu time puasa

.salam.


haha. sedu atau sedan dalam bahasa jowo , hiccups tu biasa kann? biasa kalau sedu , kamu kamu semua buat ape? minum air? telan nasi kepal-kepal? letak benang pada dahi? oopps! tu untuk baby je.he tapi sekarang kita berada dalam bulan yang penuh barakah iaitu R.A.M.A.D.H.A.N. ha..manissnya kurma ituu.. okeyh.

tapi time puasa pun boleh sedu juga kan? tapi apa nak buat eh? tahan sampai buka , then time buka minum air laju-laju? alamatnya , pendek ramadhan kita tahun ni.. okeyh sini-sini saye share tips sikit bagi sesiapa terkena sedu di bulan puasa. tapi kene buat laju-laju taw!

langkah pertama
buka lubang hidung besar-besar. bersedia untuk langkah seterusnya.

langkah kedua
tarik nafas dalam-dalam hingga penuh udara dalam dadu dada sepenuh-penuhnya.

langkah ketiga
telan. jangan tanya banyak-banyak , telan je. make sure udara tak terlepas

langkah keempat
tarik nafas lagi , kali ni jumlahnya agak sedikit. berikutan udara dalam dada penuh.

langkah kelima
telan lagi. make sure udara tak terlepas ye. 

langkah enam
ulang hingga sedu hilang. insyaAllaah dalam 30 saat sedu hilang.

ianya berkesan untuk saye , anda bila lagi? selamat mencuba! ^_^/ gaya chef promote resipi

pinjam telinga : boleh cuba juga untuk bulan-bulan lain yang tak puasa.

tengok sini <---

musykil betol puasa hari ni

.salam.


sekarang da hari kedua kita puasa. tapi aku musykil sesangat pasal puasa ni. rasenya da lama aku pendam apa yang terbuku dalam perut hati sanubari ni..hari ni aku da taknak pendam-pendam lagi. apa pun nak jadi , jadilah! aku tak kira!
-betul ke syaitan dirantai masa bulan puasa. tapi rasanya telinga ni terkena je bisikan-bisikan yang tak diingini
-solat tarawikh kalau nak buat sendiri boleh tak?

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

menurut Imam Shafie , maksud syaitan dibelenggu tu , sebenarnya hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu. manakala yang lain masih bebas. menurut Imam Abu hanifah pula , semua syaitan dibelengu. tapi disebabkan syaitan telah menggoda kita selama sebelas bulan , so habit buruk tu susah untuk dibuang. <-- bahasa mudah faham. rujuk sini

okeyh. pasal solat tarawih pula , sebenarnya solat tarawih ni termasuk sunat muakad dibuat secara jemaah. tapi , solat tarawih ni solat sunat kan , so boleh dibuat secara sendiri dan berjemaah. nak buat kat rumah single-single pon bolehh. tapi kalau buat di masjid , lebih lumayan kan.hihi biasanya dibuat 8 , 20 , 36 rakaat ataupun seberapa yg diri kita mampu lah.

fuhh.lega. segala muskil-musykil dah terjawab. baru lena lega  nak puasa hari ni. <-- takde kaitan
 rujuk lagi

jangan kencing berdiri!

.salam.


hari ni hari jumaat kan. so , nak jadi baik cket.haha asal hari jumaat je baru nak jadi baik! haha ok lah tu. daripada takde hari langsung nak buat baik kann. sekurang-kurangnya , ada hari jumaat , ada jugak hari yang kita terasa nak buat baikk kann.. agaknye lah. nak tepek sikit cerita best! jom enjoy!

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang :
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud,

"Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 

tak sangka kann. perkara lazim yang selalu dibuat , yang mak kita marahkan time kecik-kecik dulu , ada betulnya. <-- jgn pandang remeh bebelan emak tau. ada jugak time kecik-kecik dulu , hafal soalan-soalan kubur , sebab takot tak boleh jawab. naifnya kita.. tak tahu , nasib kita dalam kubur ditentukan oleh perbuatan kita masa hidup nii. jom jadi baikk.hee

pinjam telinga : nak jadi baik! ==' 
diculik disini klik
bace lagi best klik

buaya darat dihukum bogel

.salam.


cerita ni saye terbaca kat surat khabar hari tu. seekor seorang buaya darat telah dihukum setimpal. nak tahu hukum ape? dia dihukum bogel. kemaluan dia juga nyaris-nyaris dipotong. gambar bogel dia pun turut dirakam. saye rase hukuman yang dibuat oleh waris-waris mangsa dia ni memang terbaek dan pasti dia serik nak jadi buaya darat lagi.

keluarga-keluarga mangsa ni bertekad nak cari dan hukum si buaya darat ni sendiri selepas susah mencari bukti untuk dakwa si buaya darat ni. selepas berusaha menjejaki si buaya , mereka telah terserempak dengannya berhampiran hotel di Cheras dan dibawa ke suatu tempat untuk disoal siasat.

semua barang lelaki tersebut diselongkar , termasuk 15 telefon bimbit yang penuh dengan gambar tak elok mangsanya dibuang. kemudian dia dibogelkan. pada mulanya kemaluan si buaya nak dipotong , tapi atas sifat logik dan belas kasihan , niat itu terbatal. selain tu , buaya tersebut pun dah berjanji nak bertaubat.

si buaya ni berusia lingkungan 30-an , sudah ada isteri dan anak dua. tapi masih juga nak menjerat gadis-gadis kat luar sane. dia cari mangsa-mangsa dia melalui facebook. <-- tengok , bahayanya facebook. pada mulanya si buaya ni akan kaburkan mangsa dia dengan wang bertimbun penuh bonet kereta. then , bila keluar dia akan ambil semua barang berharga pada si gadis ni termasuk maruah diri diorang.

dipercayai si buaya ni pun ada amalkan ilmu nak mengurat gadis. berdasarkan barang-barang yang ada dalam kereta dia. ape-ape pun , kita sebagai perempuan kena pandai jaga diri. sama ada kat luar sana , ataupun dalam dunia maya ni aicehh. semoga si buaya ni , bertaubat sebenar-benarnya dan jangan ada yang nak jadi buaya darat/komodo/tembaga atau sebagainya. faham? ^_^

nak bace berita penuh? klik

oii! sangap ea?

.salam.


amboi amboi , sangap pula dia. aicehh. bukan sangap apa , tapi menguap ye. dalam dunia ni , sapa aje lah yang tak sangap kann. kucing , singa ,  lalat , dan even baby yg berumur 11 minggu pun dah pandai menguap tau. tapi kenapa kita menguap ye tak? kadang tengok member sebelah menguap time meeting pun , jiwa raga terpanggil-panggil nak menguap juga. kenapa ye?

perbuatan kita menguap ni adalah perbuatan diluar kawalan kita. kiranya secara otomatiklah tanpa rela , kita akan menguap. punca sebenar kita menguap ni , tiada sape pun yg tahu. ada yg kata kita menguap sebab badan tak cukup oksigen. salah! Robert Provine dari University of Maryland dah kasik oksigen due puloh kg pun , still tak halang bahan eksperimen dia dari menguap.

Rasulullah saw. : Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangan pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). (HR Muslim)

" Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci orang yang menguap. Menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya semampunya. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya." (HR Bukhari)

menguap itu datangnya dari syaitan. syaitan seronok benar tengok orang menguap. nak nak time solat. so , bila menguap tutuplah mulut , dan elak dari keluar bunyi-bunyi hodoh tu. if dalam solat termenguap , tahan semahu-mahunya. kalau terlepas juga , tutup mulut dengan tangan. kalau bace ayat last fatihah yg agak panjang tu , lagi dua patah kalimah da menguap , ulang balik satu ayat tu. supaya tak lari makna ayat tu okeyh.

sumber1, sumber2, sumber3,

pinjam telinga : da berapa kali menguap bace entry ni? hihi

scoliosis

.salam.


bahu rasa tinggi sebelah? kaki tak sama panjang? pinggul senget sebelah? kamu mungkin menghidapi scoliosis. scoliosis adalah bengkok pada tulang belakang yang boleh dilihat dari depan. tulang belakang membengkok ke kiri atau ke kanan membentuk huruf S atau C. sakit tulang belakang bengkok ni secara umum nya ada tiga. scoliosis : tulang membengkok ke sisi , kyphosis : tulang belakang membengkok ke depan dan lordosis : tulang belakang membengkok ke belakang.

rasa sakit otak kan dengar penyakit-penyakit pelik ni , tapi perkara ni sangat penting terutamanya untuk kita yang rajin on9. apa kaitannya? dalam kita sibuk update blog , BW , buat segmen , mesti da macam-macam pose kita posing kan? kalah amber chia! tersekali pose macam ni dan terasa selesa pulak kan..
well , pose macam ni bukan dose! tapi menyumbang kepada bengkoknya tulang belakang kita , lebih spesifik , scoliosis. posisi badan kita penting. terutamanya masa nak buat sesuatu dalam masa yang lama. seeloknya lepas duduk lebih kurang 45 minit , bangun , dan bawak-bawaklah berjalan. dan paling penting , elak pose macam kat atas tu.

actually punca scoliosis ni masih belum diketahui. ada yang kata disebabkan keturunan. tapi belum pasti lagi. tapi yang penting scoliosis kebanyakannya berlaku pada gurl/woman. nisbahnya ialah 9:1. kenapa? masih tiada siapa pun yang tahu.

scoliosis boleh menjadi lebih teruk :
-rosak paru-paru dan jantung : kalau tulang belakang bengkok lebih 70 degree , tulang rusuk akan tekan jantung dan paru-paru. so , akan sukar bernafas dan mudah penat. akan lebih terdedah pada pneumonia dan jangkitan paru-paru.
-sakit tulang belakang : jika tak dirawat akan sakit sendi. lebih teruk bila umur 50/60 tahun ke atas.
-imej tak menarik : bila makin teruk , posisi badan akan nampak pelik. mula rasa malu dan kurang yakin in public.
-kemurungan : mostly akan murung dan berasa sedih terlampau.

hakikatnya saye terkena dah penyakit ni dan baru tahu tadi time buat medical check up. tapi belum teruk lagi. saye tengok bahu ayah senget sebelah mungkin warisi ayah kott. <--- tak malu cakap ayah sendiri!! erk. so , beringatlah sebelum kena tau.

pinjam telinga : kadang nikmat datang , kadang ujian pula datang. yg penting redha. ye tak?

makanan pedas bunuh kanser oii!

.salam.

rasanya agak berapa purnama hari juga tak buat entry yang bisa buat otak sesak kann. he okeyh kali ni muncul dengan semangat baru aicehh nak beri oksigen buat sesiapa pembaca blog. sebagai wakil family yg peminat makanan pedas tegar , comform hari-hari makan lauk yg pedasan sahaja. rasa pedas ni actually bukan rasa. tapi suatu tindak balas yang disebabkan oleh capsaicin yg buat taste bud <---struktur pada lidah kita rasa sakit atau rasa terbakar. tapi secara fizikalnya , tidaklah buat taste bud luka ye.

yang menariknya , rasa pedas ni hanya boleh dirasa oleh mamalia saja. sebab tu lah burung boleh selamba je makan cili kann. then , jadi penyebar benih pulak tuh. ajaib betul. rasa pedas juga lebih terasa impaknya bila ada air atau mucus. tang tu yg bila minum air 20 gelas pon tak hilang juga pedasnya tuh. secara logiknya , sebab capsaicin dalam cili tuh adalah terdiri daripada lemak , lemak tak larut dalam air , tapi larut dalam bahan yg terdiri dari lemak juga. pernah dengar water-soluble n fat-soluble? capsaicin adalah fat-soluble.

kebanyakan orang telah kata tidak pada makanan pedas kan , mostly tak biasa makan pedas dan tak tahan pedas. ada juga yang cakap nanti boleh sakit perut dan menyakitkan taste bud dan sel-sel lain juga. well , tu semua memang betul. tak salah pun. tapi cili atau rasa pedas ni ada juga kebaikannya dan yg paling penting boleh membunuh sel kanser. capsaicin yg ada dalam cili boleh menyerang mitochondria <---sumber tenaga pada sel kanser tanpa mencederakan sel sehat yang lain bagoss kan?

lain-lain kebagusan capsaicin pula :
-mencairkan mucus apabila hidung tersumbat
-mengelakkan darah tersumbat dalam urat. darah tersumbat boleh buat tekanan darah tinggi dan sakit jantung
-menambah nafsu makan. capsaicin bantu penghasilan endorphin <--- hormon untuk rasa nikmat dan happy
-ubat perut kembung
-bakar kalori sehingga 25%

dengan itu , jangan takut makan pedas , dan sediakanlah susu atau yogurt di sebelah ketika makan makanan pedas , ia yang boleh melarutkan capsaicin.


banyak lagi info disini 

hutang sampai mati!

.salam.


hello. kejap celik kejam celik , dah 18hb sya'ban. 11 or 12 hari lagi bulan puasa pun sampai. oh em gee. baju raye dah borong ke belum? aishh. silap pulak , dah ganti puasa ke belom? haa.. baru betol.hehe kalau tak sempat bayar tahun ni , alamatnya fidyah lah nanti plus kena ganti jugak kann. dah berganda nanti.. even if kita dah tak de nanti pun , waris-waris kena bayar fidyah for "hutang" yang kita inggalkan ni taw. jangan ingat boleh lepass tangan je.. masa dah time ni! cepat-cepat , masih belum terlambat nihh.

Membayar fidyah ertinya memberi orang miskin makanan sebanyak satu mud untuk satu hari tidak berpuasa pada bulan Ramadhan. Jika tidak berpuasa sehari, fidyahnya satu mud. Jika dua hari, fidyahnya dua mud, dan seterusnya.




Mud adalah ukuran isipadu (bukan berat) yang setara dengan isipadu 544 gram gandum (al-qamhu). [Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 62].

fidyah ni biasanya dibayar mengikut makanan asasi sesuatu tempat tu lah. kalau macam kita nih , beras ok? tapi biasanya kita bayar dalam bentuk duit pada pusat zakat la ehh. then , nanti diorang akan sampaikan dalam bentuk beras. jangan risau.

tapi dalam syok berpuasa , biasalah mane tahu ada yang nak puasa sunat pulak dalam sya'ban ni. oopps! no no no.. after nisfu sya'ban tak sah puasa sunat taw. tapi ada beberapa pengecualian :
- puasa qadha`.
- puasa kaffarah.
- puasa nazar.
- puasa yang sudah menjadi wirid atau adat atau kebiasaan.
- puasa sunat yang disambungkan atau dihubungkan dengan hari di nisfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'ban.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa." (Hadis riwayat Abu Daud. Dihasankan oleh Albani )

so , if kita memang dari awal sya'ban da berniat nak puasa sebulan tuh , kira ok la ehh. lulus! tapi kalau sesaje tiba-tiba terajin macam semut nak puasa pula , x lulus!

pil gemuk VS pil kurus

.salam.




orang selalu komplen , nak kurus lah. nak gemok lah. akhbar  BERITA MINGGU 17 julai 2011 , yang bertajuk pil gemuk rm5 bawa maut. seorang ibu tunggal lumpuh seluruh badan , dan mengalami pendarahan melalui duburnya , gara-gara telan pil gemuk. wanita tersebut , pada mulanya sakit perut dan suhu badannya makin panas. kira-kira jam 2 pagi , badannya mula lumpuh dan mengaku perut , dada dan tulang belakangnya sakit. kira-kira setengah jam kemudian , si dia telah meninggal dunia. yang menghairankan keluarganya , darah banyak keluar melalui duburnya sehingga terpaksa dipakaikan lampin pakai buang.

pil gemuk mahupun pil kurus banyak membawa kesan negative pada badan kita. walaupun pil gemuk jarang-jarang kita dengar keburukannya , tapi kesah dari Sungai Petani ni salah satu sebab kenapa kita perlu katakan tidak pada pil-pil ini. kalau kita nak tampak segak bergaya dan disukai ramai , kenapa tidak pilih cara yang lebih sehat. kalau nak nampak lebih berisi , kenapa tidak ambil vitamin dan supplement yang boleh menggantikan vitamin-vitamin yang kurang dalam badan kita. barulah sehat namanya..

lagi , kalau nak nampak lebih kurus ala-ala model terkemuka nasha aziz , kenapa tidak kita amalkan gaya sehatt aizat dengan tips kurusnya. selain tu , ada juga alternatif lain seperti membuat pembedahan memasukkan belon silikon dalam perut. teknik ini membantu mengurangkan jumlah makanan yang kita ambil. kalau kurang berminat juga , boleh membuat gastrik banding. proses ni membuatkan kita cepat rasa kenyang kerana laluan perut telah disempitkan. jadi kesan automatiknya , kita akan makan sikit saje.

Jenis ubat kurus dan kesan sampingan




* Diethylpropion

Meningkatkan tekanan darah dan denyut jantung, sukar tidur dan pening.

* Phentermine

Meningkatkan tekanan darah dan denyut jantung, sukar tidur dan pening.

* Orlistat

Kejang pada usus, banyak angin.

* Sibutramine

Meningkatkan kadar tekanan darah, denyut jantung.

Sumber: Institut Diabetes, Pencernaan dan Masalah Ginjal Kebangsaaan, Amerika 2010.

kesimpulannya , jom kita bersyukur dengan seadanya kita , dengan itu kita akan lebih bahagia. ^_^

moreinfo <----

riya' itu takbur , takbur itu ujub ke?


.salam.







riya' , ujub dan takbur.  well , sebelum ni yang kita biasa dengar , riya' dan takbur. ujub tu jarang-jarang lah kita dengar kann. dan bagi saye sendiri secara cincainye saye anggap riya' dan takbur tu same je , maksudnye membanggakan diri. dan orang yang membanggakan diri ni , bagi saye agak annoying lah. terutamanya kalau yang jenis menunjuk-nunjuk dan asek cerita pasal kelebihan diri sendiri jeh. kadang-kadang sampai ke tahap menipu supaya orang menganggap dia lebih baik dari orang lain.

“… maka sejahat-jahat oleh tempat ketetapan sekalian yang membesarkan diri, iaitu api neraka Jahannam” ( Az – Zumar :72 )

tapi sebenarnye , riya' , ujub dan takbur ni terdiri daripada tiga benda yang berbeza tau. takbur itu meninggi atas yang lain dengan bahawa melihat ia bagi dirinya kemuliaan atas orang yang lain. ok tak faham. dalam bahasa yang mudah faham nye , seseorang tu rase yang diri dia lebih baik dari orang lain. dari apa-apa segi lah. takbur tu wujud , cukup bila perasaan macam tuh ada dalam hati dia. even dia tak keji orang lain dan cakap dia lebih bagus pun , tapi dalam hati dia dah ada perasaan macam tu , dah dikira takbur. senang cerita , perasan bagoss lah.

ujub pulak , membilang besar ia akan dirinya atau satu kelakuan daripada segala kelakuannya, seperti ilmunya dan ibadahnya. means , dia membangga-bangga dengan perbuatannya. sebagai contoh ujub ,Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya. ujub ni kita tak sedar. biasanya berpunca dari dalam hati. seeloknya kita bersyukur dengan kelebihan yang telah Allah berikan ke kita.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

dan yang paling bahaya sekali ialah riya'.riya' ni merupakan syirik kecil. riya' itu menuntut pangkat didalam hati manusia dengan ibadah dan pekerjaan kebajikan , atau menghendaki oleh seseorang dengan ibadahnya akan manfaat riya’ seperti harta dan puji. maksudnye apa yang dilakukan tak ikhlas bahkan semata-mata nak kan ganjaran seperti pujian dari orang lain.

6 tanda riya' :

1).Riya’ dengan tubuh badan,seperti menzahirkan ia akan kurus dan pucat badannya supaya disangka akan dia mengerjakan ibadah pada malam dan puasa pada siang.

2).Riya’ dengan kelakuan,seperti menundukkan kepala dan memejamkan mata supaya disangka akan dia memikirkan kelakuan akhirat.

3).Riya’ dengan pakaian,seperti memakai ia akan kain yang keras-keras dan yang bertampung-tampung supaya disangka akan dia daripada ahli tasawwuf.

4).Riya’ dengan perkataan,seperti riya’ orang yang berpidato dan memberi nasihat dengan Al-Quran dan hadith, dan perkataan salaf serta sunyi hatinya daripada ikhlas dan benar.Dan seperti menggerakkan bibir dengan zikir di hadapan orang lain.

5).Riya’ dengan pekerjaan, seperti memanjangkan berdiri dan rukuk dan sujud di dalam sembahyang di hadapan orang lain.

6).Riya’ dengan banyak murid dan banyak berjumpa dengan guru-guru.
Maka sekalian yang demikian itu haram,bahkan dosa besar.

riya' yang lebih besar :

1).Riya’ munafik dengan menzahirkan iman pada ketika hatinya kafir.Maka ini lebih besar daripada syirik yang nyata.

2).Riya’ dengan ibadah yang wajib, seperti mereka yang sembahyang zohor ia dihadapan orang lain.Dan jika ia bersunyi seorang diri nescaya tiada ia sembahyang.

3).Iaitu yang lebih kecil bahawa tiada riya’ ia dengan fardu,bahkan riya’ ia dengan ibadah yang sunat.Dan apabila ada ia pada tempat yang sunyi nescaya tiada mengerjakan ia akan ibadah yang sunat itu.

jom same-same ikhlas dlm ibadah. dan BERSIH dari riya' , ujub dan takbur. ^_^

jom bace lagi <--- dan tambah ilmu <----

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...