}
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

rusuhan di London , ade hikmahnya

.salam.

seperti yang kita tahu , baru-baru ni kecoh tentang rusuhan teruk yang berlaku di London. rakyat Malaysia yang ada keluarga di London , terutamanya keluarga pelajar-pelajar di sana tak senang duduk dan bagai gajah duduk pikirkan keselamatan anak-anak dorang di sana.

apa tak nya , sekarang ni je dah 3 orang lelaki muslim yang dilanggar oleh perusuh sampai mati , tambah pulak kisah Asyraf Haziq Rossli yang patah rahang juga dilanggar perusuh tuh. memang merisaukan semua. tapi ternyata , rusuhan yang merupakan dugaan di bulan puasa ni , ada hikmahnya.

Sikap berani dan pemaaf Asyraf amat mengagumkan warga United Kingdom, malah media turut berulang kali menayangkan kenyataan dikeluarkan Asyraf yang menyatakan beliau tidak pernah marah atau berdendam atas insiden yang menimpa dirinya. 

sifat pemaaf Asyraf ni , telah membuka mata warga London bahawa umat islam bukanlah sinonim dengan kegansan seperti tanggapan banyak pihak.bila kejadian seperti ni berlaku , dorang dapat tengoklah dengan mata sendiri sifat islam tu yang selamat dan lembut.

Paling meruntun hati, apabila Tariq Jahan, yang kehilangan anak lelakinya kerana dilanggar perusuh ketika mengawal premis perniagaan dan rumah merayu orang ramai menerima kematian anaknya sebagai takdir seperti dituntut Islam dan tidak membalas dendam.

sifat Tariq Jahan ni juga patut dicontohi. nyata beliau tabah dengan pemergian anaknya. bahkan merayu masyarakat supaya bersabar dan serahkan hal ni kepada undang-undang. satu lagi simbolik yang ditunjukkan , umat islam lebih mementingkan keamanan. bukannya bertindak melulu menyalahkan banyak pihak dan bukan juga bertindak melulu menghukum dengan tangan sendiri.

baca artikel asal

dikerat 15 , organ disumbat dalam tandas

.salam.

nak share berita yg menyayat hati , berlaku petang semalam. 

AMPANG: Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri tanpa penghuni di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, sejak Sabtu lalu seminggu! terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas unit itu, petang semalam.

Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.

Penghuni yang menginap selang sebuah rumah dari unit terbiar itu, Shahril Abdul Rahman, 30, berkata sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 5.30 petang, dia bersama beberapa kakitangan pihak pengurusan bangunan memasuki unit berkenaan bagi menyiasat punca bau busuk itu.

“Saya terkejut apabila menemui satu kaki manusia dikerat dari paras pinggang sebelum pihak pengurusan menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang berada di tempat kejadian, berkata anggota badan yang ditemui itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat.

Identiti dan jantina mangsa belum dipastikan dan anggota terbabit sudah dihantar ke PPUM bagi tindakan lanjut.
“Anggota badan itu ditemui dibuang di merata-rata tempat dalam unit berkenaan yang lebih kurang 10 tahun tidak dihuni,” katanya.

Menurut Amirrudin, siasatan lanjutan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mangsa serta kejadian sebenar di sebalik penemuan mayat yang dikerat itu.

nauzubillah. doa supaya dapat meninggal dalam keadaan baik :

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
 "Allaahummakhtim lanaa bihusnil khotimah wa laa takhtim a'alainaa bisuuil khotimah"
ya Allaah , akhirilah hidup kami dengan akhir yang baik , dan jangan kau akhiri hidup kami dengan akhir yang buruk.
pinjam telinga :jangan malu berdoa

buaya darat dihukum bogel

.salam.


cerita ni saye terbaca kat surat khabar hari tu. seekor seorang buaya darat telah dihukum setimpal. nak tahu hukum ape? dia dihukum bogel. kemaluan dia juga nyaris-nyaris dipotong. gambar bogel dia pun turut dirakam. saye rase hukuman yang dibuat oleh waris-waris mangsa dia ni memang terbaek dan pasti dia serik nak jadi buaya darat lagi.

keluarga-keluarga mangsa ni bertekad nak cari dan hukum si buaya darat ni sendiri selepas susah mencari bukti untuk dakwa si buaya darat ni. selepas berusaha menjejaki si buaya , mereka telah terserempak dengannya berhampiran hotel di Cheras dan dibawa ke suatu tempat untuk disoal siasat.

semua barang lelaki tersebut diselongkar , termasuk 15 telefon bimbit yang penuh dengan gambar tak elok mangsanya dibuang. kemudian dia dibogelkan. pada mulanya kemaluan si buaya nak dipotong , tapi atas sifat logik dan belas kasihan , niat itu terbatal. selain tu , buaya tersebut pun dah berjanji nak bertaubat.

si buaya ni berusia lingkungan 30-an , sudah ada isteri dan anak dua. tapi masih juga nak menjerat gadis-gadis kat luar sane. dia cari mangsa-mangsa dia melalui facebook. <-- tengok , bahayanya facebook. pada mulanya si buaya ni akan kaburkan mangsa dia dengan wang bertimbun penuh bonet kereta. then , bila keluar dia akan ambil semua barang berharga pada si gadis ni termasuk maruah diri diorang.

dipercayai si buaya ni pun ada amalkan ilmu nak mengurat gadis. berdasarkan barang-barang yang ada dalam kereta dia. ape-ape pun , kita sebagai perempuan kena pandai jaga diri. sama ada kat luar sana , ataupun dalam dunia maya ni aicehh. semoga si buaya ni , bertaubat sebenar-benarnya dan jangan ada yang nak jadi buaya darat/komodo/tembaga atau sebagainya. faham? ^_^

nak bace berita penuh? klik

pil gemuk VS pil kurus

.salam.




orang selalu komplen , nak kurus lah. nak gemok lah. akhbar  BERITA MINGGU 17 julai 2011 , yang bertajuk pil gemuk rm5 bawa maut. seorang ibu tunggal lumpuh seluruh badan , dan mengalami pendarahan melalui duburnya , gara-gara telan pil gemuk. wanita tersebut , pada mulanya sakit perut dan suhu badannya makin panas. kira-kira jam 2 pagi , badannya mula lumpuh dan mengaku perut , dada dan tulang belakangnya sakit. kira-kira setengah jam kemudian , si dia telah meninggal dunia. yang menghairankan keluarganya , darah banyak keluar melalui duburnya sehingga terpaksa dipakaikan lampin pakai buang.

pil gemuk mahupun pil kurus banyak membawa kesan negative pada badan kita. walaupun pil gemuk jarang-jarang kita dengar keburukannya , tapi kesah dari Sungai Petani ni salah satu sebab kenapa kita perlu katakan tidak pada pil-pil ini. kalau kita nak tampak segak bergaya dan disukai ramai , kenapa tidak pilih cara yang lebih sehat. kalau nak nampak lebih berisi , kenapa tidak ambil vitamin dan supplement yang boleh menggantikan vitamin-vitamin yang kurang dalam badan kita. barulah sehat namanya..

lagi , kalau nak nampak lebih kurus ala-ala model terkemuka nasha aziz , kenapa tidak kita amalkan gaya sehatt aizat dengan tips kurusnya. selain tu , ada juga alternatif lain seperti membuat pembedahan memasukkan belon silikon dalam perut. teknik ini membantu mengurangkan jumlah makanan yang kita ambil. kalau kurang berminat juga , boleh membuat gastrik banding. proses ni membuatkan kita cepat rasa kenyang kerana laluan perut telah disempitkan. jadi kesan automatiknya , kita akan makan sikit saje.

Jenis ubat kurus dan kesan sampingan




* Diethylpropion

Meningkatkan tekanan darah dan denyut jantung, sukar tidur dan pening.

* Phentermine

Meningkatkan tekanan darah dan denyut jantung, sukar tidur dan pening.

* Orlistat

Kejang pada usus, banyak angin.

* Sibutramine

Meningkatkan kadar tekanan darah, denyut jantung.

Sumber: Institut Diabetes, Pencernaan dan Masalah Ginjal Kebangsaaan, Amerika 2010.

kesimpulannya , jom kita bersyukur dengan seadanya kita , dengan itu kita akan lebih bahagia. ^_^

moreinfo <----

Denda rm50 sebab maki polis?

salam

denda rm50 sebab maki polis? aik jgn slh paham plk ye. bukan saye! haha citer nye mcm nie. semalam dok tgk berita kat tb3, tibe-tibe keluar lah berita gadis didenda rm50 kerana memaki polis.hah! kejadian ni berlaku di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU - Gara-gara memanggil seorang anggota polis bodoh, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dikenakan denda RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir  didakwa mengeluarkan perkataan ”polis bodo” terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 1 petang, 28 Mei lepas di kawasan LTSM dan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1957 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju kurung berwarna biru, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Adila Abd Latif. - Bernama

haha.. itulah kisahnye ye. moralnye disini jgn lh sesuka hati dan limpa memaki pihak berkuasa mahupun sesiapa sahaja. last-last kamu jugak yang malu! siap kuar berite tv3 lagi! malu wehh! da elok dok pakai baju kurung dan tudung. ayu gituhh! tapi tersilap, termaki pulak. mak aihhh!


bayi dicampak dari tingkat lima

salam

     kejadian buang bayi pada masa sekarang ni memang amat berleluasa terutamanya di negara kita tercinta ni. intro serius Sebelum ni, aku x berape nak ambil 'port' pasal benda ni. yelah, hal orang malas nak sibuk-sibuk. Tapi kejadian kat Sentul Utara baru-baru ni di sebuah pangsapuri buatkan aku sentap jugak lah. manekan tidak, baby tu dibuang dari tingkat lima. kita dah la da buat dosa. tapi x patut lah bunuh bayi tu mcm tu kan.

     tambah sedihnya, baby tu dipercayai masih hidup time dibuang tu. isk. sedih betul. baby tu jugak baru sahaja dilahirkan sebab uri dan tali pusat masih ade lagi pada baby tu. kesian betul. selain tu, ade jugak kesan darah pada tangga tingkat lima pangsapuri tu.

     hurm.. nampak sangat orang yang buang baby tu tidak berhati perut ataupun hati dan perut dia hilang sanggup buang baby dia sendiri yang susah payah dikandungkan dan lahirkan. nak melahirkan bukan senang taw. nyawa ibu bagaikan telur di hujung tanduk. malah, jika ibu tu meninggal time lahirkan baby tu, dikira mati syahid. tapi nak buat mcm mana, si dia tidak dapat berfikir dengan waras masa buat benda ni dan semoga dia mendapat hidayah dan sedar akan kesilapan dia..


pics baby yang dicampak di pangsapuri Sentul Utara..

uri dalam plastik merah

kepala baby hancur : (

for more info, silalah pergi ke portal tv3  <==

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...