}
Showing posts with label sehat. Show all posts
Showing posts with label sehat. Show all posts

adohai sedu kau tak faham bahasa ke?

.salam.

disiang hari selasa yang selesa nih , ditambah lagi di bulan puasa  nafsu diseksa , aku tersedu lagi di bulan puasa. arghh tensen. aku bukan baby lagi asek nak tersedu lagi. walaupun aku dah amalkan teknik berkesan yang diragui ramai nihh. klik. dan ternyata dalam 30 saat sedu yang menyeksa aku hilang , tapi aku tetap tak puas hati jugak.

kenapa aku selalu diserang makhluk tak berdosa bernama sedu nihh. what actually yang menyebabkan sedu ni menyerang? nafsu bulan puasa ku meronta nakk kan jawapan. lantas sepantas kilat aku menyelongkar jaringan sesawang mencari penyebab musuh dalam selimut aku ni. jom tengok ape aku jumpa --->

sedu sebenarnya disebabkan oleh diaphragm. kita beri name panggilan dia. sejenis alat elastik dalam badan membantu pernafasan. bila kita sedut nafas , dia akan merata. bila hembus nafas , dia akan melengkung ke atas. pada keadaan normal , dia lancar dan sesenyap tikus menyorok , tapi bila dalam keadaan dia merajok atau rasa terseksa , dia mula buat perangai.

  
dia akan menyedut nafas dengan rakus , dan merata. udara bergegas masuk ke dalam , dalam keadaan kotak suara tidak bersedia. kotak suara terbuka dan tertutup dengan spontannya. so , akan mengeluarkan bunyi hiccups! nahh. itulah dia sebenarnya. antara sebab dia akan merajok , makan terlalu cepat atau banyak , rensa di perut atau tekak , atau mungkin juga sebab terlalu nervous atau eksaited.

tak sangka disebabkan aku jugalah aku diserang sedu. tu lah , jangan asyik nak salahkan orang lain sahaja. =='

ubat sedu time puasa

.salam.


haha. sedu atau sedan dalam bahasa jowo , hiccups tu biasa kann? biasa kalau sedu , kamu kamu semua buat ape? minum air? telan nasi kepal-kepal? letak benang pada dahi? oopps! tu untuk baby je.he tapi sekarang kita berada dalam bulan yang penuh barakah iaitu R.A.M.A.D.H.A.N. ha..manissnya kurma ituu.. okeyh.

tapi time puasa pun boleh sedu juga kan? tapi apa nak buat eh? tahan sampai buka , then time buka minum air laju-laju? alamatnya , pendek ramadhan kita tahun ni.. okeyh sini-sini saye share tips sikit bagi sesiapa terkena sedu di bulan puasa. tapi kene buat laju-laju taw!

langkah pertama
buka lubang hidung besar-besar. bersedia untuk langkah seterusnya.

langkah kedua
tarik nafas dalam-dalam hingga penuh udara dalam dadu dada sepenuh-penuhnya.

langkah ketiga
telan. jangan tanya banyak-banyak , telan je. make sure udara tak terlepas

langkah keempat
tarik nafas lagi , kali ni jumlahnya agak sedikit. berikutan udara dalam dada penuh.

langkah kelima
telan lagi. make sure udara tak terlepas ye. 

langkah enam
ulang hingga sedu hilang. insyaAllaah dalam 30 saat sedu hilang.

ianya berkesan untuk saye , anda bila lagi? selamat mencuba! ^_^/ gaya chef promote resipi

pinjam telinga : boleh cuba juga untuk bulan-bulan lain yang tak puasa.

tengok sini <---

scoliosis

.salam.


bahu rasa tinggi sebelah? kaki tak sama panjang? pinggul senget sebelah? kamu mungkin menghidapi scoliosis. scoliosis adalah bengkok pada tulang belakang yang boleh dilihat dari depan. tulang belakang membengkok ke kiri atau ke kanan membentuk huruf S atau C. sakit tulang belakang bengkok ni secara umum nya ada tiga. scoliosis : tulang membengkok ke sisi , kyphosis : tulang belakang membengkok ke depan dan lordosis : tulang belakang membengkok ke belakang.

rasa sakit otak kan dengar penyakit-penyakit pelik ni , tapi perkara ni sangat penting terutamanya untuk kita yang rajin on9. apa kaitannya? dalam kita sibuk update blog , BW , buat segmen , mesti da macam-macam pose kita posing kan? kalah amber chia! tersekali pose macam ni dan terasa selesa pulak kan..
well , pose macam ni bukan dose! tapi menyumbang kepada bengkoknya tulang belakang kita , lebih spesifik , scoliosis. posisi badan kita penting. terutamanya masa nak buat sesuatu dalam masa yang lama. seeloknya lepas duduk lebih kurang 45 minit , bangun , dan bawak-bawaklah berjalan. dan paling penting , elak pose macam kat atas tu.

actually punca scoliosis ni masih belum diketahui. ada yang kata disebabkan keturunan. tapi belum pasti lagi. tapi yang penting scoliosis kebanyakannya berlaku pada gurl/woman. nisbahnya ialah 9:1. kenapa? masih tiada siapa pun yang tahu.

scoliosis boleh menjadi lebih teruk :
-rosak paru-paru dan jantung : kalau tulang belakang bengkok lebih 70 degree , tulang rusuk akan tekan jantung dan paru-paru. so , akan sukar bernafas dan mudah penat. akan lebih terdedah pada pneumonia dan jangkitan paru-paru.
-sakit tulang belakang : jika tak dirawat akan sakit sendi. lebih teruk bila umur 50/60 tahun ke atas.
-imej tak menarik : bila makin teruk , posisi badan akan nampak pelik. mula rasa malu dan kurang yakin in public.
-kemurungan : mostly akan murung dan berasa sedih terlampau.

hakikatnya saye terkena dah penyakit ni dan baru tahu tadi time buat medical check up. tapi belum teruk lagi. saye tengok bahu ayah senget sebelah mungkin warisi ayah kott. <--- tak malu cakap ayah sendiri!! erk. so , beringatlah sebelum kena tau.

pinjam telinga : kadang nikmat datang , kadang ujian pula datang. yg penting redha. ye tak?

makanan pedas bunuh kanser oii!

.salam.

rasanya agak berapa purnama hari juga tak buat entry yang bisa buat otak sesak kann. he okeyh kali ni muncul dengan semangat baru aicehh nak beri oksigen buat sesiapa pembaca blog. sebagai wakil family yg peminat makanan pedas tegar , comform hari-hari makan lauk yg pedasan sahaja. rasa pedas ni actually bukan rasa. tapi suatu tindak balas yang disebabkan oleh capsaicin yg buat taste bud <---struktur pada lidah kita rasa sakit atau rasa terbakar. tapi secara fizikalnya , tidaklah buat taste bud luka ye.

yang menariknya , rasa pedas ni hanya boleh dirasa oleh mamalia saja. sebab tu lah burung boleh selamba je makan cili kann. then , jadi penyebar benih pulak tuh. ajaib betul. rasa pedas juga lebih terasa impaknya bila ada air atau mucus. tang tu yg bila minum air 20 gelas pon tak hilang juga pedasnya tuh. secara logiknya , sebab capsaicin dalam cili tuh adalah terdiri daripada lemak , lemak tak larut dalam air , tapi larut dalam bahan yg terdiri dari lemak juga. pernah dengar water-soluble n fat-soluble? capsaicin adalah fat-soluble.

kebanyakan orang telah kata tidak pada makanan pedas kan , mostly tak biasa makan pedas dan tak tahan pedas. ada juga yang cakap nanti boleh sakit perut dan menyakitkan taste bud dan sel-sel lain juga. well , tu semua memang betul. tak salah pun. tapi cili atau rasa pedas ni ada juga kebaikannya dan yg paling penting boleh membunuh sel kanser. capsaicin yg ada dalam cili boleh menyerang mitochondria <---sumber tenaga pada sel kanser tanpa mencederakan sel sehat yang lain bagoss kan?

lain-lain kebagusan capsaicin pula :
-mencairkan mucus apabila hidung tersumbat
-mengelakkan darah tersumbat dalam urat. darah tersumbat boleh buat tekanan darah tinggi dan sakit jantung
-menambah nafsu makan. capsaicin bantu penghasilan endorphin <--- hormon untuk rasa nikmat dan happy
-ubat perut kembung
-bakar kalori sehingga 25%

dengan itu , jangan takut makan pedas , dan sediakanlah susu atau yogurt di sebelah ketika makan makanan pedas , ia yang boleh melarutkan capsaicin.


banyak lagi info disini 

pil gemuk VS pil kurus

.salam.




orang selalu komplen , nak kurus lah. nak gemok lah. akhbar  BERITA MINGGU 17 julai 2011 , yang bertajuk pil gemuk rm5 bawa maut. seorang ibu tunggal lumpuh seluruh badan , dan mengalami pendarahan melalui duburnya , gara-gara telan pil gemuk. wanita tersebut , pada mulanya sakit perut dan suhu badannya makin panas. kira-kira jam 2 pagi , badannya mula lumpuh dan mengaku perut , dada dan tulang belakangnya sakit. kira-kira setengah jam kemudian , si dia telah meninggal dunia. yang menghairankan keluarganya , darah banyak keluar melalui duburnya sehingga terpaksa dipakaikan lampin pakai buang.

pil gemuk mahupun pil kurus banyak membawa kesan negative pada badan kita. walaupun pil gemuk jarang-jarang kita dengar keburukannya , tapi kesah dari Sungai Petani ni salah satu sebab kenapa kita perlu katakan tidak pada pil-pil ini. kalau kita nak tampak segak bergaya dan disukai ramai , kenapa tidak pilih cara yang lebih sehat. kalau nak nampak lebih berisi , kenapa tidak ambil vitamin dan supplement yang boleh menggantikan vitamin-vitamin yang kurang dalam badan kita. barulah sehat namanya..

lagi , kalau nak nampak lebih kurus ala-ala model terkemuka nasha aziz , kenapa tidak kita amalkan gaya sehatt aizat dengan tips kurusnya. selain tu , ada juga alternatif lain seperti membuat pembedahan memasukkan belon silikon dalam perut. teknik ini membantu mengurangkan jumlah makanan yang kita ambil. kalau kurang berminat juga , boleh membuat gastrik banding. proses ni membuatkan kita cepat rasa kenyang kerana laluan perut telah disempitkan. jadi kesan automatiknya , kita akan makan sikit saje.

Jenis ubat kurus dan kesan sampingan




* Diethylpropion

Meningkatkan tekanan darah dan denyut jantung, sukar tidur dan pening.

* Phentermine

Meningkatkan tekanan darah dan denyut jantung, sukar tidur dan pening.

* Orlistat

Kejang pada usus, banyak angin.

* Sibutramine

Meningkatkan kadar tekanan darah, denyut jantung.

Sumber: Institut Diabetes, Pencernaan dan Masalah Ginjal Kebangsaaan, Amerika 2010.

kesimpulannya , jom kita bersyukur dengan seadanya kita , dengan itu kita akan lebih bahagia. ^_^

moreinfo <----

cara Aizat Amdan kuruskan badan

.salam.


hye. first of all tips ni diambil straight dont belok belok dari page Aizat Amdan sendiri yehh. thankiu aizat. jom like page aizat ramai-ramai dekat sini ---> Aizat amdan. pic kat atas tuh pun diambil dari profile pic Aizat sekarang nihh.he semua orang tahu sebelum ni aizat dalam Af agak berisi kann. then , keluar je Af terus jadi slim. sangat mengagumkanlahh! jom kita skodeng ramai-ramai rahsia Aizat turunkan berat badan dari 112 kg ke 75kg dalam masa 3 bulan. whooaa.

Tips:
1. Set jangkamasa nak kurus & target weight. ( Target saya: 75kg- 3 bln). Saya (Aizat) dulu 112kg.
2. Stop makan nasi, air bergas & fast food utk 3 bln ttu. Makan tiap2 4 jam..apa2 makanan yg kurang lemak, minyak dan kurang gula. Aizat dulu banyak makan benda-benda organik. Basically makanan PROSES aizat avoid.
3. Exercise 30 minit tiap2 hari..jogging,... swim,futsal, etc..ni tak boleh miss selama 3 bln. 
4. Yang paling penting is self will and determination! Jangan mudah give up.

Aizat juga memberi kata-kata semangat untuk menurunkan berat badan <(^_^)/

Will Smith pernah quote:

"When you run, you have this little voice in your head that tells you “I’m too tired, I have to stop running. If I only walk for a second I will regain my composure and can run again. I wish I could just sit down” (paraphrased in my own words). He says that if you can conquer this voice when running, you can conquer this voice in anything that you do in life."

Maknanya, berlari akan mengajar kita supaya tidak mudah 'give up'

Selalu bila jogging, Aizat akan challenge diri Aizat untuk sampai ke destinasi walaupun badan dah menjerit "PENAT! PENAT!" Its normal but think positive and counter. Make sure you reach your destination/goal. Kalau tak berjaya hari ini! cuba hari esok! Secara automatik dalam kehidupan pun serba sedikit dapat membantu Aizat not to give up and reach my dreams. Saya harap pesanan ini diambil dengan positive! : )

macam tu lah pesanan Aizat untuk kita okeyh. pada yang nak kuruskan berat badan , mesti fokus! dan cuba amalkan cara Aizat ni. best of luck! ^_^v

pinjam telinga : Aizat sedang buat road tour di borneo. pada semua yang ada di sana , jangan lepaskan peluang untuk jumpa Aizat okeyh : )

top five beauty secret

.salam.

err. tajuk jeh english version tau. isinye bahase melayu je. i feel stupid talk in englishh.oopps! <---lawok jeh. well , sebagai perempuan haruslah menjaga keterampilan supaya menarik dan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. err.hehe tapi sekarang lelaki pon perlu dan mula menjaga penampilan. bagoss. semua ni hanya untuk keselesaan dan bagi menambahkan keyakinan seseorang tulah secara amnya.

kadang-kadang kita sanggup buat apa sahaja untuk nampak cantik , botox , botol , cucuk vitamin c , susuk dan pelbagai lagi. secara tak langsung , syarikat-syarikat kosmetik pon tak lupa berusaha pelbagai cara untuk memberikan kepuasan kepada penggunanya.huhu tapi jarang-jarang kita cuba ambil tahu , apa yang sebenarnya ada dalam produk tu yang boleh buatkan kulit kita bagai telur dikupas , mata pula bagai bintang dilangit , dan bibir bak delima merkah kann. jom kita tengok apa bahan-bahan semulajadi yang mostly digunakan dalam produk kecantikan kite. : )

bahan pertama : lendir siput asli
aha..bukan siput orang asli tau tapi lendir tu yang asli diambil dari siput. kelebihan lendir siput adelah dapat mengurangkan kedutan dan menggantikan sel sel mati. ini kerana lendir siput ade Allantoin yang membantu penghasilan sel baru.

bahan kedua : sperm
seminal fluid atau air mani dikatakan membantu mengekalkan struktur kulit untuk sentiasa sehat , lembut dan gebu. bahkan dipercayai lebih baik dari vitamin E. tapi masih dikaji lagi.


bahan ketiga : lendiran lebah
lendiran lebah ni termasuklah madu , dan ini bahan yang paling ok lahh. da banyak digunakan di China. khasiatnya dapat menghilangkan kedutan , bahan awet muda dan berupaya mengekalkan kulit yang sehat.
bahan keempat : racun ular
racun ular nampak berbahaya tapi tak sangka boleh menggantikan botox. racun boleh melumpuhkan otot dibawah kulit sama dengan botox tapi lebih natural lah. kesannya kulit nampak tegang lah. biasanya terdapat dalam serum yang digunakan untuk krim mata. bahaya kalau nak cari sendiri nihh.


bahan kelima : placenta atau uri
uri ni bahan semulajadi dari badan. so , kuranglah side effect kalau diguna oleh manusia. bahan semulajadi lah katakann. tambahan pula uri ni penuh dengan nutrient dan sebagainya memang syokklah. dipercayai juga mempunyai bahan anti-penuaan yang kuat. tapi biasanya uri lembu yang digunakan berbanding uri manusia.


pinjam telinga : biasanya produk luar negara yang guna nihh. dapat ni pon time joging cari pasal placenta semalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...