}
Showing posts with label ngomel. Show all posts
Showing posts with label ngomel. Show all posts

Ajis oh ajis..

.salam.


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis. Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk aku ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.

diculik disini

perlu ke nak fikir positif?

.salam.

Aminah bukan nama sebenar , sorang yang aku betul-betul kenal. dia ada satu pengalaman yang bagi aku , tak semua penah rasa. adik dia telah meninggal lebih kurang setahun lalu. then , dia cerita kat aku beberapa hari sebelum adik dia meninggal tuh...

adik : kak , tolong ajar aku math ni
aminah : ehh..tak penah penah ko nak suruh aku ajar , tetibe je nihh.haha
adik : ala.. tolong lah ajar , mane tawu nanti tak dapat ko nak ajar aku lagi.
aminah : eh , kenapa pulak. aku nak pegi mane..haha (dalam hati rase suspen , da kesan something was not right here~ )
adik : ......
aminah : ko ade rase perut ko gerak-gerak tak?
adik : takdelah biasa je.
aminah : dahi ko rasa gerak-gerak? macam berdenyut ke..
adik : ada doh.. tapi kadang-kadanglah. tak selalu..

time nih aminah dah berderau darah dah. tapi salah dia time tuh , sebab dia terlalu berfikiran positif dan taknak fikir yang bukan-bukan... seriusly , aminah memang taknak fikir pape time tuh. dalam masa yang sama , tak tahu nak buat apa kalau benda tu benar belaka. perlu ke dia beritahu mak n family dia ? last-last , dia ambil keputusan berdiam diri.



Tanda-Tanda Saat Kematian


100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

kalau korang berada dalam tempat aminah , apa yang korang akan buat?

sila baca

hon itu penting apabila..

.salam.
nak balik kampung ni kene servis kereta , pastikan semua komponennya berada di tempat yang betul. kalau  tak , tak sempurnalah raya tahun ni. tapi apa yang paling penting di mata korang? adakah signalnyakah? atau sterengnyakah? atau bumpernyekah? lain orang , lain pilihan hatinya. tapi bagi aku , hon kereta tu yang paling penting. sebab apa? ini kerana , hon itu penting apabila..

to say a hi
macam biasalah , bila rusa kita masuk kampung , atau balik kampung nak nak time raya ni kann.. time ni lah kita nak bagitahu 1 kampung , abang besar sudah pulang. untuk ngunjung-ngunjung rumah orang kampung yang deretannya bak landasan kereta api malaya , memang tak lah kan. so , bunyikan je hon kereta kasi gegar 1 kampung. tambah pulak bila jumpa kawan lama kat tepi jalan , tak tegur sombong pulak katenyee. tekan je hon kereta tuh.

to thank people
time drive kereta pun kene berbudi bahasa jugak bang.. berbudi bahasa kan budaya kita.. bak kata to' ti. ha.. bila jalan-jalan pusing kampung yang jalannya agak kecil-kecilan nye punn kann , bila orang depan lepak tepi kasik jalan , janganlah semenggahnya mengatakan "pandai pun kasik jalan" , sebaliknya pandai-pandailah bunyikan hon sebagai tanda terima kasih nak kasik kita jalan dulu.

to express ur tensed
haihh.. balik kampung yang berpuluh-puluh kilometernya memanglah tensen makk aii. pinggang lenguh , otak letih , skru longgar , nak pulak orang depan drive ala-ala itik pulang petang. dia tak tahu orang belakang dah macam singa lapar , tunggu masa baikk punye je nak terkam nihh. apo laie , express ur feeling jang , hon lah jadi mangsanya. tekan semahu-mahunya , biar orang tahu garang tak garang aku nihh. hihi

to tackle a chicks
buat si teruna yang sebujang-bujangnya nye tuhh , time raya ni lah nak cari calon menantu buat mak tersayang.fida ibrahim da tak available dah , da rezeki si mamat sepah. aweks-aweks kereta sebelah pun boleh juga bha. nak on signal dua tiga kali ala-ala kenyit-kenyit mata , takut aweks tu tak perasan pulak. so , bunyikan je hon tuh dengan irama yang menarik , comferm aweks tu tertarik punyalah. silap-silap yang bapak aweks pun boleh tertarik sekali.he

walaupun subtitle dia bunyi orang putih , tapi isinya tetap melayu wehh. dengan ini aku isytiharkan hon itu paling penting dalam banyak-banyak komponen kereta. especially , dah nak raya ni kann. korang kata ape pulak?

namewee dan nasi lemak 2.0

.salam.


semua orang dah tahu , namewee atau nama sebenarnya Weng Meng Chee penah heboh dan gemparkan Malaysia tanah tumpah darahku dengan isu mempersendakan lagu negaraku. sekarang namewee sedang berusaha menghasilkan filem Nasi Lemak 2.0 pula yang baru sahaja diluluskan.


filem Nasi Lemak 2.0 ni jugak turut dibintangi oleh Afdlin Shauki , Adibah Noor dan Datuk David Arumugam , Reshmonu , Kenny & Chee dan Karen Kong. dan dijangka keluar selepas Hari Raya ni merangkap Hari Kemerdekaan, pada 8th September 2011 di 60 pawagam di seluruh negara.

“Jadi, dia menyuarakan hasrat dan mahu melakukan sesuatu demi kebaikan negara. Dia mahu melakukan perkara positif yang mampu membuatkan semua kaum faham tanpa persepsi atau gambaran kurang tepat terhadap satu sama lain. Saya sendiri melihat skrip dan jalan ceritanya bagus,” Afdlin Shauki

harapnya filem ni tak timbulkan apa-apa kontroversi lagi lah. apa-apa pun mesej yang cuba disampaikan oleh namewee , harapnya disampaikan dengan baik , dan betul-betul sampai pada rakyat Malaysia. peace no war. ^_^v

tekan
tekan lagi

pembohong , jage kau!!

.salam.

semalam komplen pasal sedu, then hari ni saye nak nyatakan ketidakpuashati-an kepada LIERS! bukan lion atau codomolion tak sure ejaan die , tapi LIERS!. disebabkan since form one lagi da stay hostel , macam-macam dah kenal orang , yang suka korek hidung time makan hade , yang suka kentut ala-ala speaker funfair pon hade dan tak kurang juga kaki pembo-Ong!

well , time sekolah dulu memang ada member yang memang dah ngetop sebagai kaki pembohong nihh. yang peliknya , walaupun semua orang dah tahu dia kaki tgn suka bohong , tapi asek je tipah tertipu terkena dgn bohongan dia nihhh. rasanya untuk berhadapan dengan orang macam nih , kita kena prepare siap-siap ilmu nak detect pembohong.

benda pertama ,
perhatikan keadaan badan dia , kebiasaanya pesalah ceitt badan atau muka dia akan nampak tegang sebab rasa pressure takut pembohongan terkantoi. mungkin juga dia akan menggigil sedikit atau berpeluh , muka sedikit pucat.

benda kedua ,
perhati gerak-gerak khas geri dia. kadang-kadang seseorang yang tengah bohong , pergerakan dia agak cliche. haha seperti berselang seli silang kaki dan buka kaki. membetul-betulkan baju atau apa-apa barang di badannya. sentuh-sentuh muka dengan tangan , atau gosok hidung , garu belakang badan atau belakang telinga.

benda ketiga ,
cara bercakap. semasa bercakap , dia sering putar belit cerita dia , banyak merapu dari straight to the point. kadang - kadang selit dengan lawak bodoh dan bila kita tanya soalan , dia ambil masa nak jawab soalan tu.

benda keempat ,
tenug mata. seseorang yang tengah berbohong tak berani tenung mata si tipah kena bohong lama-lama. bila kita tengok mata dia , dia akan cuba alih arah tengok tempat lain atau sesuatu benda untuk lebih fokus menghasilkan bohongan yang bagus.

gagagaga.. taktik pembohong sudah kantoi , maka seeloknya kita praktikkan ilmu detect pembohong nih , supaya kita tak jadi tipah dalam cerita ali setan tuhh.

bisik bisik petang : orang suka bohong ni , low self-esteem agaknya.

oii! sangap ea?

.salam.


amboi amboi , sangap pula dia. aicehh. bukan sangap apa , tapi menguap ye. dalam dunia ni , sapa aje lah yang tak sangap kann. kucing , singa ,  lalat , dan even baby yg berumur 11 minggu pun dah pandai menguap tau. tapi kenapa kita menguap ye tak? kadang tengok member sebelah menguap time meeting pun , jiwa raga terpanggil-panggil nak menguap juga. kenapa ye?

perbuatan kita menguap ni adalah perbuatan diluar kawalan kita. kiranya secara otomatiklah tanpa rela , kita akan menguap. punca sebenar kita menguap ni , tiada sape pun yg tahu. ada yg kata kita menguap sebab badan tak cukup oksigen. salah! Robert Provine dari University of Maryland dah kasik oksigen due puloh kg pun , still tak halang bahan eksperimen dia dari menguap.

Rasulullah saw. : Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangan pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). (HR Muslim)

" Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci orang yang menguap. Menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya semampunya. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya." (HR Bukhari)

menguap itu datangnya dari syaitan. syaitan seronok benar tengok orang menguap. nak nak time solat. so , bila menguap tutuplah mulut , dan elak dari keluar bunyi-bunyi hodoh tu. if dalam solat termenguap , tahan semahu-mahunya. kalau terlepas juga , tutup mulut dengan tangan. kalau bace ayat last fatihah yg agak panjang tu , lagi dua patah kalimah da menguap , ulang balik satu ayat tu. supaya tak lari makna ayat tu okeyh.

sumber1, sumber2, sumber3,

pinjam telinga : da berapa kali menguap bace entry ni? hihi

Blogku belum popular

.salam.

err.haha tengok cik meyo join , saye pon join.hee disamping hari ni lom ade entry pape. segmen dari Cik Lulu. jom join ramai-ramai... ^_^v. blog saye memang tak popular ponn. harap faham.hehe sesape nak join bolehh. sebelum berakhirnye malam ni tau!

pemandu

.salam.


pemandu? ade pemandu atau driver? same jeh. saye tak de driver. sekali sekala je ade driver. tu pun time blik kampung naik bas.ahah. ade jugak kann.. tapi bukan nak pertikaikan orang ada driver or tak. tapi nak sedut oksigen sikit , driver macam mana yang lagi ok sebenarnye? driver yang da berumur? atau muda remaja , lelaki ker perempuan ker.

sebenarnya selalu terdengar-dengar cuping telinga nih. orang dok complaint woman is a bad driver! ohhh.. god , tercabar keperempuananku.. <-- acah je..tak penah drive pon sebenarnya. tapi walaupun tak pernah drive , tapi saye sebagai penumpang yang menghargai nyawa sendiri dan orang lain , saya ada hak untuk bercakap tentang ini.. <-- emosi nampak.hehe

Pemandu Wanita
  1. Dikatakan terlalu berhati-hati.
  2. Lembap dan memandu dengan terlalu perlahan.
  3. Terlalu mengikut peraturan.
  4. ‘Buta’ tentang kereta, tahu pakai sahaja!
  5. Tak pandai menjaga kenderaan sebab itu senang rosak.
  6. Gemar menghias kereta dan kadangkala keterlaluan.
  7. Gemar meletakkan segala benda dalam kereta. Contohnya kasut yang berpasang-pasang!
  8. Nama sahaja perempuan, namun dalam kereta bersepah-sepah!
Pemandu Lelaki
  1. Kurang Sabar.
  2. Suka membunyikan hon jika tak puas hati dengan sesuatu situasi.
  3. Panas baran ketika memandu.
  4. Tidak suka mengikut peraturan. Kadangkala tali pinggang keledar pun tak suka pakai!
  5. Sentiasa melabelkan pemandu wanita lembap dan menyusahkan sedangkan kadang kala yang terjadi adalah berpunca daripada kaum sejenis mereka juga!
  6. Menganggap kereta umpama “isteri” dan sanggup berhabisan.
  7. Akan menjaga kereta sebaik mungkin.
well , tu semua pandangan kebanyakan orang terhadap pemandu-pemandu tersebutlah sama ada lelaki atau perempuan. pada saya , lelaki memang lebih cekap drive berbanding perempuan. tapi , perempuan lebih berhati-hati. sape setuju angguk dua kali. tapi fact menyatakan 77 percent lelaki cenderung mati dalam  accident kereta berbanding perempuan. tapi ini mungkin juga sebab kebanyakan yang bawak kereta biasanya lelaki kann.

kesimpulannya , lelaki ker perempuan ker , dua-dua boleh bawak kereta. tak de siapa marah. kalau ada yang tak suke perempuan  bawak kereta , nanti sape nak tolong hantar anak pergi n balik sekolah? awok jugee. kalau ade pulak yang rase lelaki tak sesuai bawak kereta sebab tak sabar , nanti time nak terberanak sape nak tolong hantar? pakcik belakang rumah? dia ponn lelaki jugak.ehe.

video ini hanya untuk tontonan. tiada niat lain ye. peace ^^V.



 

hello friend!

.salam.

hello. greetings. ^_^v. blog saye ade perubahan cketlah. actually. teruja sekejap dengan dashboard baru kan. cube klik sane klik sinun , tetibe template pon berubah. blog yg lame pon hilang. sobbbs! rupe dia je lah yang hilang. tapi tanah tumpah kuahnya still same lagilah.he tapi rupa baru ni pon ok kott kann? ade komen tak?

isteri aku satu , dua dan tiga..

 .bismillah.

setelah tiga hari aku cuti tanpe post ape-ape kat blog.akhirnya aku jumpa jugak sesuatu yang bersesuaian untuk tajuk ni. sebenarnye ni assignment dari cik meyo untuk aku.haha mula-mula curiga jugak nak buat pasal ni , tapi aku buat juga sebab aku sayangg kau lebih lahh.haha

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)

Dalam ayat kat atas , Allaah swt  membolehkan si suami untuk berkahwin lebih dari satu , tapi Allaah swt turut mengingatkan jika bimbang tidak dapat berlaku adil , maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. setelah itu , Allaah swt juga telah menurunkan ayat 129 , surah Annisa' yang telah mengingatkan diri kita yang sukar berlaku adil.

 "Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isteri, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung, sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

kalau diikutkan ,nabi Muhammad saw pon berkahwin lain setelah kewafatan Khadijah r.a , dan isteri-isteri nabi terdiri daripada janda-janda yang kehilangan suami di medan perang dan sebagainya. malah , ayat ala-ala karangan spm hanya seorang sahaja isteri nabi yang merupakan masih dara iaitu Aisyah r.a bukan macam kita lebih memilih pucuk muda yang muda sebagai isteri baru. sebagai contoh , Nabi berkahwin dengan Ummu Habibah r.a setelah suaminya murtad dan beliau keseorangan jauh dari keluarga kerana berhijrah.

Nabi Muhammad s.a.w  turut mengingatkan suami-suami supaya berlaku adil, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)

harap post kali ni tak nampak sangat macam aku anti-poligami lah ye. bukan macam tu , tapi  perempuan sebagai isteri sayangkan suami mereka dan tak nak para-para sakura suami dihukum gara-gara tidak berlaku adil. poligami memang banyak kelebihannya , seperti dapat bela wanita yang telah kehilangan suami , kurangkan andartu terlampau dan juga bagi memperoleh zuriat jika isteri ade sakit seperti mandul.

tapi mesti layan sama rata ye. hihi hakikatnya walaupun ade satu je isteri tapi kita dah ade empat isteri semasa hidup kita..

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
renung-renugkan dan selamat beramal! cewaaahh..

baca lagi sini dan sini <==

betul ke perempuan mati bersalin akan jadi pontianak?

.assalamualaikum.


ohh panjang tajuk entry hari ni.he hemm..betul ke perempuan yang mati bersalin akan jadi pontianak? sebenarnye soalan ni lebih kepada kanak-kanak comel yang masih naif.pada fikiran aku. tiba-tiba ade member tanya soalan tu pada aku.aiigooo..terkejut den.=='

pontianak or kuntilanak yang kita tahu hantu perempuan yang mati beranak. baju dia selalu kaler putih dengan tompok-tompok merah.aiceh..mcm penah tgk je. tapi yang penting kadang-kadang dia bawak anak.anak dia kott. kalau x pon batu nisan.pontianak ni pon popular di Malaysia dan Indonesia.pada siang hari roh mereka kononnya berada dalam batang pisang.

itu semua tidak penting, yang ingin saya katakan disini seandainya ditakdirkan seorang ibu meninggal semasa melahirkan anaknya ibu tidak akan menjadi pontianak.malahan mereka dijanjikan syurga dan termasuk dalam golongan syuhada' name aku tu.he golongan syuhada' name aku lagi! adalah orang-orang yang mati syahid.

ibu yang melahirkan dijanjikan syurga sebab kehilangan banyak darah, mereka berada di ambang kematian semasa melahirkan. kenapa? kerana mereka paling berisiko menghidapi penyakit embolisme paru-paru angkut menatang ape tuh? ok aku pon baru dengar name penyakit ni.he punca penyakit ini ialah gumpalan darah beku di betis atau pinggul wanita mengandung. ofkos lah disebbkan tekanan dari baby kann..

punca kedua, air ketuban atau amniotic fluid yang mungkin memasuki salur darah semasa bersalin.yang ni tidak sebahaya punca pertama yang boleh membuat salur darah tersumbat, tapi tidak kurang juga bahayanya kerana boleh membuatkan saluran paru-paru menyempit dan akhirnya tertutup. well, kalau dah salur paru-paru menyempit, kesannya sesak nafas, tekanan darah turun mendadak, denyutan nadi bertambah laju, muka pucat tidak bermaya dan mungkin tidak sedarkan diri.sebagai langkah keselamatan, kalau ini berlaku di rumah bantuan CPR perlu dilakukan sementara menunggu ambulans datang.

penyakit ni bukan sahaja berlaku pada perempuan mengandung atau bersalin tapi turut berisiko pada seseorang yang mengamalkan pil perancang keluarga, perokok tegar atau tidak tegar, mahupon penghidap penyakit kronik lain yang membuatkan kurang pergerakan seperti kanser atau patah tulang.kesimpulannya, jgn takot nanti jadi pontianak pulak ye.hihih

pinjam telinga: hantu biasanya jelmaan jin dan syaitan tiada kaitan dengan  orang yang dah
                       meninggal dunia.

cikgu shida bukan syaitan!

salam

cikgu shida syaitan? tu lah keyword yang keluar bila kita taip 'cikgu shida' di encik google. sebenarnya itu hanyalah kekeliruan teknologi internet bila kita search di google. bila keyword cikgu shida dan syaitan terdapat dalam sesuatu laman, jadi keyword tu lah yang terkeluar. kita pon cepat-cepat klik nak tgk sape daring sgt nak ckp orang syaitan tuh kann.. sekali bukan tuh yang sebenanye.. kan-kan.. kesimpulan awal : cikgu shida bukan syaitan> full stop.he

berkenaan cikgu shida, sekarang nie ramai juga yang telah meng'kondem' cikgu shida. ade yang kate memalukan etika perguruan dan macam-macam lagi lah. tapi pendapat aku, perbuatan cikgu shida meng'upload' video miming dia ke u-tube tuh bukanlah memalukan atau memburuk-burukkan sesetengah pihak. pada pandangan akulah. cikgu shida cuma nak share hasil creative dia meng'edit' dan miming lagu..

just feel pity on her bila ramai yang membangkang secara terang-terangan. sampaikan aku ade terbace di 1 blog yang mencadangkan JPN Perak mengenakan tindakan kepada cikgu shida kerana memalukan atau meruntuhkan martabat guru di Malaysia. for me, it's unfair~ : (

berita gembira yang aku jumpa time 'terbang-terbang' tadi macam superman pulak haha  cikgu shida telah pon dilamar! oopss! bukan lamaran yang tu lahh.. cikgu shida dilamar untuk berlakon dalam satu telefilem. betol ke tidakk? same-same kita tunggu cikgu shida keluar ke tidak di tv nanti

secret recipe halal lah! x baik tipu!

salam

Baiklah di hari yang berbahagia nie saye terpanggil untuk buat entry pasal rumours ketidakhalalan secret recipe. Salah salah salah.. secret recipe tuh halal lah! x baik tawu buat fitnah macam tuh. marah pulak saye dapat tahu pun lepas saye blogwalking di rakan-rakan blogger yang lain. kire baru tahu la nih! hehe
 
macam biasa lah. nasihat dari nenek, fitnah itu dose ye kawan-kawan.. naseb baik saye belum terjerumus. maksud saye, if saye sampai-sampaikan rumours tu.. saye pon terlibatlah menyebarkan fitnah kan kan.. dalam dunia penuh berteknologi nih bukan mulut sahaje yang perlu dijaga, jari-jari juge perlu dijage. yelah takot-takot tersilap share, tabung dose kite jugak yang penuh.hihi 

demikian kenyataan dari secret recipe 


boleh bace dekat page secret recipe <==
sekian sahaje entry hari ini. kesimpulannye, secret recipe halal! nyum2x~

Apabila lelaki dan perempuan punya perbezaan..

KEADAAN BILA POMPUAN KUAR NGN KWN2
si laki : nk bckp ngn abg ke kwn2?
si ppuan : ngn abg  [walaupun dia kuar ngn kwn2]

KEADAAN BILA LELAKI KUAR NGN KWN2
si ppuan : syg nk ckp ngn abg
si laki : mcg je lah..abg nk berbual ngn kwn2 ni

KEADAAN BILA POMPUAN MAIN GAME
si laki : main jelah game tu smbil ckp dgn abg
si ppuan : ok sayang

KEADAAN BILA LELAKI MAIN GAME
si ppuan : syg ke game?
si laki : syg
si ppuan : jgn main game
si laki : jap syg jap..jap ag abg call syg balik eh..abg main game jap..jap je

KEADAAN BILA BATERI HPONE POMPUAN KONG
si laki : pergilah cas hpone tu cepat
si ppuan : yelah..ngah cas lah ni

KEADAAN BILA BATERI HPONE LELAKI KONG
si ppuan : g lah cas bang..
si laki : charger xmsk ni..jap ag lah abg call syg semula k

KEADAAN BILA POMPUAN TGH MAKAN
si laki : syg mkn apa tu..mkn ngn sape..mkn kat mana?
si ppuan : syg mkn nasi ni..mkn ngn dak umah..mkn kat umah lah..

KEADAAN BILA LELAKI TGH MAKAN
si ppuan : abg mkn apa tu..mkn ngn sape..mkn kat mana?
si laki : abg nk mkn ni..jap ag abg cal syg semula k

KEADAAN BILA POMPUAN NGAH TONTON TV
si laki : syg g lah masuk bilik jap..ckp ngn abg..
si ppuan : ok abg [ sambil bngun utk ke bilik ]

KEADAAN BILA LELAKI NGAH TONTON TV
si ppuan : abg bngun lah msk bilik..syg nk ckp ngn abg ni
si laki : jap lah..abg tgk tv dlu ngn mak ni..nanti abg cal syg semula

MORAL OF STORY is .........


-hangpa pikiaq la sendiri~ hee
kredit to nadiah omar~

14hb febuari?? apakah???

salam.
14hb Febuari seperti yg di war-war kn  merupakan hari memperingati kekasih. (Actually, agak lmbt kn nk story pasal Valentine Day nie, tp x pela.. still febuari sempat lg kowt..hee) tapi, sebenarnye ade sejarah disebalik hari ne yg menyebabkan tarikh nie terpilih ntok diingati.. n FYI, ia bukan kisah romeo n juliet or what so ever, tp mengenai sorang paderi yg tlh 'kononnye' berjasa ntok prg Rom pd masa 2.. disebabkn aku pown bwu je trpkir nk twu kisah sbena ttg sejarh hari nie, so here aku nk share something yg aku jumpe..

"Dalam sejarah Rom, 14 Februari merupakan tarikh cuti khas untuk menperingati Juno, Permaisuri Tuhan-Tuhan Roman. Keesokan hari tersebut, Jamuan Lupercalia pula akan diadakan bagi menyambut hari cuti yang penuh bermakna itu.
Pada masa ini, semua lelaki dan perempuan diasingkan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai satu upacara yang bermula menjelang hari sambutan Perayaan Lupercalia. Pada asasnya, semua nama perempuan akan ditulis di atas sehelai kertas dan kesemua helaian kertas tersebut akan diletakkan di dalam beberapa buah baling khas. Kemudian, setiap lelaki akan cabut sehelai nama dari mana-mana balang dan mereka akan terus menjadi pasangan sepanjang Perayaan itu. Selepas menjadi pasangan, mereka sudah semestinya akan terus berhubung antara satu sama lain sehinggalah sampai satu masa, mereka akan jatuh cinta dan berkahwin.
Raja Rom pada ketika itu, Raja Claudius II, juga dikenali sebagai Raja Kejam Claudius, sedang menghadapi masalah yang besar untuk mengambil pemuda-pemuda lelaki Rom untuk dijadikan sebagai askar. Dia percaya bahawa semua lelaki Rom enggan meninggalkan kekasih mereka serta membatalkan segala pertunangan dan perkahwinan yang telah dijadualkan di seluruh negara. Oleh itu, seorang paderi Rom yang bernama St. Valentine telah bertindak mengahwinkan ramai pasangan kekasih secara rahsia. Namun yang demikian, akhirnya dia ditangkap, ditahan dan dihukum dengan berat. Dia telah dibelasah sehingga mati dan kepalanya dipancung pada 14 Februari sekitar tahun 270.
Jamuan Lupercalia wujud bagi melambangkan ketidakpercayaan terhadap Tuhan. Pegawai-pegawai gereja dan paderi-paderi dari zaman Awal Kristian telah mengubahsuai Perayaan Lupercalia dengan mengubah salah satu daripada adat resamnya, iaitu tidak meletakkan nama-nama perempuan di dalam kesemua balang tersebut. Mereka menukar kesemua nama tersebut dengan nama-nama orang yang telah berkorban demi agama mereka. Mereka sebulat suara memilih nama serta hari pengorbanan St. Valentine sebagai "Valentine's Day" bagi menggantikan perayaan untuk jamuan itu."

ha.. itulah kisahnye... bukan ade ctew yg romantik pown disebalik sejarah tarikh nie, tapi hari ntok Tuhan dowg.. and then, jamuan Lupercalia 2 plk melambangkan ketidakpercayaan dowg terhadap Tuhn.. Astaghfirullah~ skrg da twu, tarikh nie tidak elok lah kn. n name Valentine's Day 2 pulak dtg dari name paderi dowg.. St Valentine.. humm.. so pade yg mempunyai kekasih, x perlulah raikan tarikh nie ye..( peringatan ntok aku jgk.haha) so, dulu x twu, tp skrg da twu kn2.. he so sampai-sampaiknlah.. ^.^v

awak.. rapat-rapat dgn sye... syg awk!

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy  cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~

p/s: totally copied from fb.he thnx 2 ; nursyuhada fatihah

ketibaan dajjal?

salam.
dalam dunia akhir zaman nie, mmg x blh kite sangkal lgi hari kiamat sudah hampir.
semasa zaman rasulullah, baginda ada mengibaratkan hari kiamat itu, jarknya dengan zamannya adalah antara jari tengah dan jari manis. hem.. ape tah lgi zaman kte nie..kn?

jd.. kite mestilah sentiasa waspada, dlam mempersiapkan diri untuk mengahdapi hari tersebut.
namun, sebelum berlakunya hari kiamat, akan berlaku ketibaan dajjal laknatullah yang akan memesongkan akidah umat islam.dia akan mengaku dirinya tuhan. dan setelah dia mengaku sebagai tuhan, akan jelas tertulis di dahinya huruf `kaf'' ''fa'' dan ''ra'' yang membawa maksud kafir. umat islam juga blh melihat perkataan ini selagi mereka tidk terpesong.

hemm.. bagi menambahkan kewaspadaan kita terhadap kedatangan dajjal dan mempersiapkan diri kita,
jadi sudikanlah tgk video kt bwh nie yang menerangkan serba sedikit pasal dajjal laknatullah nie.he
sudi2 knlah...he


pikir pikirkan lah..

Assalamualaikum wrh wbr.......kisah benar.Sebarkan lah, untukpengetahuan muslimin dan muslimah..... Farhan (Kisah Perjalanannya MasukIslam)

Disarankan utk share dan bace smpi habis,terutamanya pelajar2 IPT. Allahuakbar!3x

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal sayasewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Sayadilahirkan dibumi Sabah dalam keluargaKristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yangmenjaga 15 buah gereja disatu kawasan diSabah . Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadiseorang paderi. Sejak mula PBS bawah DatukJoseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapatsokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalamberbagai program. Selalunya program khidmatmasyarakat. Pihak gereja selalunyamembekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==.Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orangkampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanyamasalah mereka dan bantu mereka. berbagaimasalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duitsecara spontan. Ada kami hantar keperluanharian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka.Hasilnya dengan beberapa kali kunjungansusulan,kami berjaya mengkristiankan mereka.Paling berbaloi kami mengkristian remajaIslam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorangIslam yang dimurtadkan. Bayangkanpendapatan saya ketika masih dialampersekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakanmengambil m/pelajaran Agama Islam yangboleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanyam/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Sayamendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 sayabelajar di sekolah asrama penuh. Saya terusambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam danmemmudahkan saya menyebarkan agamakristian. Saya mempunyai beberapa soalan yangsaya kira tidak mampu dihuraikan oleh orangIslam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enambawah, saya bersemuka dengan Ustaz yangmengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu sayaada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuaidikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberaparakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgusaya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atasnama Islam,agama cikgu dan bukan atas namaKristian,agama saya". saya kemukakanbeberapa persoalan, antaranya;-Mengapa orang Islam sembah kaabahSebenarnya semua agama sama sahaja.Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islamadalah agama langit. Mengapa diakhir zaman,Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadimembebaskan kezaliman dan kekacauan danbukannya Nabi Muhammad. Mengapa dalamsejarah dan hingga kini orang Islam sukapeperangan. Injil sekarang dikatakandiseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawabpertanyaan saya dankawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dankawan-kawan mati akal.Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalanyang tidak mampu saya menjawab secaratepat. Apakah boleh manusia(paderi)mengampunkan dosa manusia lain. Persoalanketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 konsepketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya denganbeberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan.Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya danbertemu bapa saya seorang ketua paderi.Ternyata bapa saya juga tidak mampumenjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahisaya kerana bawa 'orang malaya' datangkerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.Disampingmengulangkaji saya gemar berdialog denganustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaztu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orangberjubah. Seorang berjubah hitam membawasalib. Seorang berjubah putih membawa benderabertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yangmeminta saya membuat pilihan. Yang berjubahhitam dan berjubah putih saling menarik sayamengikuti mereka. Saya meronta-ronta.

Disamping itu saya dapati yang berjubah hitamsemakin tengelam dan yang berjubah putihsemakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta,saya terjaga. Saya mendengar suara azan danustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,"mengapa Johanis....awak mengigau...."


Saya pegang tangan ustaz itu, sayakatakan,"Cikgu Islamkansaya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untukdia uruskan denganpihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun diIslamkan oleh Ustazitu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah.Sampai di rumah, saya lihat pakaian sayabertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telahtahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dankeluar semula denganmengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emakmenerkam dan pelurusenapang meletup keatas. Saya segerameninggalkan rumah sehelaisepinggang. Tinggalkan keluarga saya.Tinggalkan sekolah. Sayabersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum sayadibawa oleh ustaz pulang ke semenanjungsebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di KualaLumpur. Secara kebetulan rakan sayaNazri,vokalis kumpulan Raihan juga memelukIslam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2lagu dalam album pertama kumpulan Raihanadalah saduran lagu koir yang kami nyanyikandalam gereja sewaktu di Sabah dulu..wallahua'alam

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pulaMaahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerjadengan Jabatan Agama Islam. Saya banyakmasuk kawasan di Negeri Sembilan, Melakadan Pahang. Tak sampai setahun saya letakjawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwahini nak berdakwahpun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadipendakwah bebas. Saya ingin membilas dosalalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kinisaya mahu berjuang untuk mengIslamkanseramai mungkin dengan kualiti bukan kuatitisaja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepasmeninggalkan rumah dan belajar di PERKIMsaya selalu telefon ayah,emak dan adik beradiksaya. Saya katakan jangan bencikan saya. Sayasayang ayah. Saya sayang emak. saya sayangadik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayahemak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya,saya hantarkan buku-buku yang sesuaimenerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon.7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. sayamenangis kerana rindukan ayah,emak dan adikberadik. Akhirnya, sewaktu saya di MaahadTahfiz, bagaikan halilintar saya mendapatberita........ Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu.Saya menangis danmenangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur.Air mata saya menjaditerlalu murah....saya terus menangis...sayapejamkan mata...sayabayangkan ayah dihadapan...saya peluk erattubuh ayah dan kami menangis bersama........YaAllah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memelukIslam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalaudari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihatumat Islam hari iniberpecah. Kita berpecah kerana kitameninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kitaambil sebahagian dan kita tinggalkansebahagian. Kita ambil contah pelaksanaanhukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalannak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kitacari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilahsikap umat Islam. Saya pernah berdialog denganbeberapa orang pensyarah universiti tentang isuHudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"Youapa tahu... Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.Kalau ini sikap pendakwah saya tak akanmasuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana sayatahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajakmenghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masaKristian dulu. Saya berdialog tentang Islam.Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwahini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancamoleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umatIslam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran JabatanAgama,mana permit polis, sapa benarkanpungut derma dll. Saya tak gentar berdialogdengan puak Kristian,kerana saya adapengalaman tapi sukarnya bila Umat Islamsendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usahayang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah inimendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajarIslam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yangpura-pura masukIslam....dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya palingbimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orangIslam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kitaterminum 'Holy Water'.Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampioleh paderi termasukPope John Paul yang jemput Perdana Menterikitadulu (wallahua'alam). Kalau terminum,cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x,Yasin 1x, 3 qul 1x,dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dansebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapatdiselamatkan. insyaAllah.

tolong fowardkan ... demi islam... demi agamayangtercinta...insyaallah...Pak Syeikh- Moga Allah beri taufik wal hidayahpada umat Islam semua agar saling bergandingbahu membendung ramai melayu Islam menjadimurtad. kalau di barat Pendakwah Islam disanaberjaya menarik Cat Steven memeluk Islam,apakah usaha umat Islam di Malaysia.BiarbanyakGereja. Kalau mereka tahu akan kebenaran Islamlambat laun gereja tersebut akan kosong jugakmacam dibarat banyak gereja yang kosong,.Alih2ramai yang masuk Islam dan gereja tersebutbertukar menjadi masjid...



wallahua'alam

p/s: hanya sedikit usaha ntok menguatkan islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...