}
Showing posts with label cinta islam. Show all posts
Showing posts with label cinta islam. Show all posts

dikerat 15 , organ disumbat dalam tandas

.salam.

nak share berita yg menyayat hati , berlaku petang semalam. 

AMPANG: Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri tanpa penghuni di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, sejak Sabtu lalu seminggu! terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas unit itu, petang semalam.

Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.

Penghuni yang menginap selang sebuah rumah dari unit terbiar itu, Shahril Abdul Rahman, 30, berkata sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 5.30 petang, dia bersama beberapa kakitangan pihak pengurusan bangunan memasuki unit berkenaan bagi menyiasat punca bau busuk itu.

“Saya terkejut apabila menemui satu kaki manusia dikerat dari paras pinggang sebelum pihak pengurusan menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang berada di tempat kejadian, berkata anggota badan yang ditemui itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat.

Identiti dan jantina mangsa belum dipastikan dan anggota terbabit sudah dihantar ke PPUM bagi tindakan lanjut.
“Anggota badan itu ditemui dibuang di merata-rata tempat dalam unit berkenaan yang lebih kurang 10 tahun tidak dihuni,” katanya.

Menurut Amirrudin, siasatan lanjutan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mangsa serta kejadian sebenar di sebalik penemuan mayat yang dikerat itu.

nauzubillah. doa supaya dapat meninggal dalam keadaan baik :

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
 "Allaahummakhtim lanaa bihusnil khotimah wa laa takhtim a'alainaa bisuuil khotimah"
ya Allaah , akhirilah hidup kami dengan akhir yang baik , dan jangan kau akhiri hidup kami dengan akhir yang buruk.
pinjam telinga :jangan malu berdoa

musykil betol puasa hari ni

.salam.


sekarang da hari kedua kita puasa. tapi aku musykil sesangat pasal puasa ni. rasenya da lama aku pendam apa yang terbuku dalam perut hati sanubari ni..hari ni aku da taknak pendam-pendam lagi. apa pun nak jadi , jadilah! aku tak kira!
-betul ke syaitan dirantai masa bulan puasa. tapi rasanya telinga ni terkena je bisikan-bisikan yang tak diingini
-solat tarawikh kalau nak buat sendiri boleh tak?

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

menurut Imam Shafie , maksud syaitan dibelenggu tu , sebenarnya hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu. manakala yang lain masih bebas. menurut Imam Abu hanifah pula , semua syaitan dibelengu. tapi disebabkan syaitan telah menggoda kita selama sebelas bulan , so habit buruk tu susah untuk dibuang. <-- bahasa mudah faham. rujuk sini

okeyh. pasal solat tarawih pula , sebenarnya solat tarawih ni termasuk sunat muakad dibuat secara jemaah. tapi , solat tarawih ni solat sunat kan , so boleh dibuat secara sendiri dan berjemaah. nak buat kat rumah single-single pon bolehh. tapi kalau buat di masjid , lebih lumayan kan.hihi biasanya dibuat 8 , 20 , 36 rakaat ataupun seberapa yg diri kita mampu lah.

fuhh.lega. segala muskil-musykil dah terjawab. baru lena lega  nak puasa hari ni. <-- takde kaitan
 rujuk lagi

jangan kencing berdiri!

.salam.


hari ni hari jumaat kan. so , nak jadi baik cket.haha asal hari jumaat je baru nak jadi baik! haha ok lah tu. daripada takde hari langsung nak buat baik kann. sekurang-kurangnya , ada hari jumaat , ada jugak hari yang kita terasa nak buat baikk kann.. agaknye lah. nak tepek sikit cerita best! jom enjoy!

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang :
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud,

"Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 

tak sangka kann. perkara lazim yang selalu dibuat , yang mak kita marahkan time kecik-kecik dulu , ada betulnya. <-- jgn pandang remeh bebelan emak tau. ada jugak time kecik-kecik dulu , hafal soalan-soalan kubur , sebab takot tak boleh jawab. naifnya kita.. tak tahu , nasib kita dalam kubur ditentukan oleh perbuatan kita masa hidup nii. jom jadi baikk.hee

pinjam telinga : nak jadi baik! ==' 
diculik disini klik
bace lagi best klik

oii! sangap ea?

.salam.


amboi amboi , sangap pula dia. aicehh. bukan sangap apa , tapi menguap ye. dalam dunia ni , sapa aje lah yang tak sangap kann. kucing , singa ,  lalat , dan even baby yg berumur 11 minggu pun dah pandai menguap tau. tapi kenapa kita menguap ye tak? kadang tengok member sebelah menguap time meeting pun , jiwa raga terpanggil-panggil nak menguap juga. kenapa ye?

perbuatan kita menguap ni adalah perbuatan diluar kawalan kita. kiranya secara otomatiklah tanpa rela , kita akan menguap. punca sebenar kita menguap ni , tiada sape pun yg tahu. ada yg kata kita menguap sebab badan tak cukup oksigen. salah! Robert Provine dari University of Maryland dah kasik oksigen due puloh kg pun , still tak halang bahan eksperimen dia dari menguap.

Rasulullah saw. : Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangan pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). (HR Muslim)

" Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci orang yang menguap. Menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya semampunya. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya." (HR Bukhari)

menguap itu datangnya dari syaitan. syaitan seronok benar tengok orang menguap. nak nak time solat. so , bila menguap tutuplah mulut , dan elak dari keluar bunyi-bunyi hodoh tu. if dalam solat termenguap , tahan semahu-mahunya. kalau terlepas juga , tutup mulut dengan tangan. kalau bace ayat last fatihah yg agak panjang tu , lagi dua patah kalimah da menguap , ulang balik satu ayat tu. supaya tak lari makna ayat tu okeyh.

sumber1, sumber2, sumber3,

pinjam telinga : da berapa kali menguap bace entry ni? hihi

riya' itu takbur , takbur itu ujub ke?


.salam.







riya' , ujub dan takbur.  well , sebelum ni yang kita biasa dengar , riya' dan takbur. ujub tu jarang-jarang lah kita dengar kann. dan bagi saye sendiri secara cincainye saye anggap riya' dan takbur tu same je , maksudnye membanggakan diri. dan orang yang membanggakan diri ni , bagi saye agak annoying lah. terutamanya kalau yang jenis menunjuk-nunjuk dan asek cerita pasal kelebihan diri sendiri jeh. kadang-kadang sampai ke tahap menipu supaya orang menganggap dia lebih baik dari orang lain.

“… maka sejahat-jahat oleh tempat ketetapan sekalian yang membesarkan diri, iaitu api neraka Jahannam” ( Az – Zumar :72 )

tapi sebenarnye , riya' , ujub dan takbur ni terdiri daripada tiga benda yang berbeza tau. takbur itu meninggi atas yang lain dengan bahawa melihat ia bagi dirinya kemuliaan atas orang yang lain. ok tak faham. dalam bahasa yang mudah faham nye , seseorang tu rase yang diri dia lebih baik dari orang lain. dari apa-apa segi lah. takbur tu wujud , cukup bila perasaan macam tuh ada dalam hati dia. even dia tak keji orang lain dan cakap dia lebih bagus pun , tapi dalam hati dia dah ada perasaan macam tu , dah dikira takbur. senang cerita , perasan bagoss lah.

ujub pulak , membilang besar ia akan dirinya atau satu kelakuan daripada segala kelakuannya, seperti ilmunya dan ibadahnya. means , dia membangga-bangga dengan perbuatannya. sebagai contoh ujub ,Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya. ujub ni kita tak sedar. biasanya berpunca dari dalam hati. seeloknya kita bersyukur dengan kelebihan yang telah Allah berikan ke kita.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

dan yang paling bahaya sekali ialah riya'.riya' ni merupakan syirik kecil. riya' itu menuntut pangkat didalam hati manusia dengan ibadah dan pekerjaan kebajikan , atau menghendaki oleh seseorang dengan ibadahnya akan manfaat riya’ seperti harta dan puji. maksudnye apa yang dilakukan tak ikhlas bahkan semata-mata nak kan ganjaran seperti pujian dari orang lain.

6 tanda riya' :

1).Riya’ dengan tubuh badan,seperti menzahirkan ia akan kurus dan pucat badannya supaya disangka akan dia mengerjakan ibadah pada malam dan puasa pada siang.

2).Riya’ dengan kelakuan,seperti menundukkan kepala dan memejamkan mata supaya disangka akan dia memikirkan kelakuan akhirat.

3).Riya’ dengan pakaian,seperti memakai ia akan kain yang keras-keras dan yang bertampung-tampung supaya disangka akan dia daripada ahli tasawwuf.

4).Riya’ dengan perkataan,seperti riya’ orang yang berpidato dan memberi nasihat dengan Al-Quran dan hadith, dan perkataan salaf serta sunyi hatinya daripada ikhlas dan benar.Dan seperti menggerakkan bibir dengan zikir di hadapan orang lain.

5).Riya’ dengan pekerjaan, seperti memanjangkan berdiri dan rukuk dan sujud di dalam sembahyang di hadapan orang lain.

6).Riya’ dengan banyak murid dan banyak berjumpa dengan guru-guru.
Maka sekalian yang demikian itu haram,bahkan dosa besar.

riya' yang lebih besar :

1).Riya’ munafik dengan menzahirkan iman pada ketika hatinya kafir.Maka ini lebih besar daripada syirik yang nyata.

2).Riya’ dengan ibadah yang wajib, seperti mereka yang sembahyang zohor ia dihadapan orang lain.Dan jika ia bersunyi seorang diri nescaya tiada ia sembahyang.

3).Iaitu yang lebih kecil bahawa tiada riya’ ia dengan fardu,bahkan riya’ ia dengan ibadah yang sunat.Dan apabila ada ia pada tempat yang sunyi nescaya tiada mengerjakan ia akan ibadah yang sunat itu.

jom same-same ikhlas dlm ibadah. dan BERSIH dari riya' , ujub dan takbur. ^_^

jom bace lagi <--- dan tambah ilmu <----

surat buat gadisku..

Segala pujian ku panjatkan kepada Yang Maha Kuasa dan dengan namaNya ku mulai suratku ini. Selawat dan salam ku hulurkan kepada Junjungan Besar Baginda Rasulullah, keluarga dan sahabatnya. Dan dengan panduannya ku atur risalah ini…Khas Untukmu Wahai Gadisku!!!




Sesungguhnya aku tidak tahu benar tentang dirimu wahai Gadisku.. Aku sedar tentang ilmuku tentang tubuhmu tidak lebih daripada pakaian pembalut tubuhmu. Jauh, jauh sekali untuk aku memahami tubuh batinmu yang berupa emosi, fitrah, akal dan jiwa halusmu. Ku akur kekuranganku tentangmu. Maka di awal suratku ini, ku susun sepuluh jari meminta maaf darimu…kalau-kalau penaku terlanjur melukai hatimu atau mencemarkan kesucian fitrahmu atau meleset dari hakikat dirimu.



Aku tahu, sewajarnya orang yang sehormon denganmu yang menulis tentang dirimu. Bukan aku!!!! Orang yang berlainan hormon. Biarpun demikian, aku gagahi jua jari-jariku untuk mencoretkan secebis bingkisan buatmu kerana aku pun tahu yang engkau begitu kepingin menatap coretanku. sementelahan pula aku bukan menyingkap tabir jasadmu, bukan mencungkil rahsia dirimu, apalagi mengoreksi lahir batinmu. Apalah salahku, kalau aku aturkan kata-kataku disini untuk memaparkan cetusan perasaan dan pendapatku yang sering tenggelam timbul dalam benakku. dan kalau sesekali aku tersinggung tentang dirimu berdasarkan nas Tuhanku dan Tuhanmu atau nabiku dan nabimu, kau tentu menerima, bukan?



Wahai Gadisku,



Ketika aku mengingati kalimah berikut ini…………….(wahai sekalian manusia, takutlah kamu akan Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari tubuh yang satu) An-Nisa’ ayat 1. Atau………..(sesungguhnya wanita itu saudara seibu sebapa kaum lelaki) Wanita: Dr Mustafa Assiba’iy m/s 15, riwayat Ahmad……..seringkali aku merungut tentang kejahatan sebahagian lelaki. Mereka tidak ubah seperti binatang atau lebih sesat. Aku tertanya-tanya kemana perginya perasaan simpati mereka terhadap saudara sendiri? Apakah mereka lupa bahawa orang yang tidak bersimpati itu tidak akan dikasihi? Apakah mereka telah ketandusan sifat kemanusiaan mereka atau memang mereka kehilangan sifat itu?……………………Ah, aku cukup jengkel tentang mereka!



Adakalanya aku juga terfikir kenapa perempuan seringkali menjadi mangsa lelaki? dan bukan lelaki menjadi mangsa perempuan? Atau………..lelaki juga menjadi mangsa???????????? Mangsa runtuhan nafsu! Mangsa pengongkolan adat! Mangsa penyakit sosial! Mangsa perempuan jalang! Dan mangsa penipuan dan godaan syaitan! Aku kesal…



Wahai Gadisku



Aku turut bimbang, kau yang ku cintai juga menerima angka giliran pemangsa-pemangsa itu. Umpama ramai gadis-gadis kini yang mula berjinak-jinak dengan jerat pemangsa, akhirnya mereka menjadi mangsa! Paling tidaknya mangsa cinta! Peringkat awalnya hanya mahu main-main cinta kononnya mahu mengecapi nikmat cinta. kemudian terseret ke alam percintaan dan kesudahannya ketagih cinta!!! Sesudah sekian lama, cinta itu menjadi barah yang tidak mampu dirawat lagi. Akhirnya ia terlantar di wad “pesakit cinta”. Aku teringat ungkapan Bapak Hamka dalam sebuah bukunya…………….”cinta itu suatu penyakit tetapi orang yang ditimpanya tidak mahu lagi sembuh! Ganjil bukan?”



Bukan juga kalimat itu. Orang yang diserang demam cinta atau dijangkiti penyakit cinta jangan di usik-usik. Tak usah dirawat-rawat. Nanti orang yang merawat menjadi mangsa korban orang yang sakit cinta. Kenapa? Kerana orang yang ditimpa penyakit cinta merasa segar dengan lamunan cintanya, nikmat dengan khayalan cintanya! Apabila kesegaran dan kenikmatan diceroboh, tentu saja ia akan bangkit mempertahankannya. “MEMPERTAHANKAN HAK PERIBADI” katanya. Padahal kalau dihitung masa bercintanya yang menelan usia bertahun-tahun atau puluhan tahun, tentu kita insaf betapa banyaknya umur muda yang kaya dengan kekuatan minda dan tenaga akan lenyap dalam api cinta yang membakar. Kesiannya! Kesiannya orang itu!!! Dia terpaksa memasuki alam dewasa dengan kekayaan api cinta tetapi kehilangan erti dewasa. Dia hidup dengan bara-bara cinta bersama kekosongan ilmu didada!!!!!!!!!!!



Inilah yang aku takut!!!! Inilah yang aku bimbang!!!!!!!!!!



Jangan-jangan kita juga menjadi mangsa cinta!!!!!!!!!!!!!!



Apatah lagi apabila aku terkenangkan peringatan Tuhan kita Yang Maha Agong di dalam surah Az-Zukhruf (perhiasan) ayat 67 yang bermaksud: “Teman-teman akrab pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa”…….jangan-jangan dikau yang ku cintai di alam ini tanpa restu Tuhan menjadi musuh di akhirat kelak. dan aku yang kau senangi di dunia ini menjadi kejahatanmu di hari kiamat nanti. Oh! Alangkah ruginya jika bercinta sementara merana selama-lamanya!!!



Dan kepahitan yang paling awal ketika itu ialah keterlanjuran yang tidak mampu dikawal iaitu ketika nafsu berkuasa. Saat itu, akal akan kalah dan terpinggir. Aku bimbang dan aku takut kalau-kalau gadisku rebah dalam pelariannya lalu disambar helang kelaparan……….maka ia akan kalah dan gugur di atas kelemahannya sebagai perempuan atau di atas kesilapannya membuka gawang!



Sekali ia kalah dan gugur itu mengandungi 3 kali kalah dan gugur. Kekalahan dirinya sendiri sebagai wanita bermaruah buat selama-lamanya, kekalahan ibu bapanya yang melahir dan membesarkannya dengan keringat dan darah, dan kekalahan zuriatnya untuk menjadi penyambung generasi yang berhemah.



Aku takut cinta bisa memusnahkan harga dirimu dan nilai keperempuananmu sebelum memusnahkan jasadmu dan jiwamu di akhirat.



Wahai Gadisku



Biarlah kita bercinta tanpa berkenalan dan bertemu. semoga kita menjadi dua sejoli di syurga Allah. Biarlah aku tidak pernah mengenali dan melihatmu untuk menghidupkan cinta kita asal saja kita boleh bersama di bawah payunng Allah disaat tiada lagi payung lain selain payungNya.



Bukankah kau juga mahukan nikmat cinta yang abadi? Nikmat sejati? Semoga nikmat cinta kita yang tidak kesampaian hari ini menjadi kenyataan di akhirat nanti.



Biarlah aku menyintaimu tanpa mengetahui namamu siapa. Biarlah aku menyayangimu tanpa mengenali rupa wajahmu. Dan biarlah kau juga seumpamaku………….



Dalam pada itu, aku amat senang mencipta namamu dan melukiskan rangka rupa parasmu. Aku amat senang menamakan kau Fatimah Az-Zahra atau Maryam al-Butuul atau Nasibah atau Rabi’ah Adawiyyah atau Zainab al-Ghazali atau Hamidah qutb dan seumpamanya. Nama-nama seperti ini cukup indah padaku seindah “rupa paras” nya yang menawan.



Biarku petik secebis “rupa paras” mereka itu untuk modelmu.



Nama Rabi’ah Adawiyah sesungguhnya amat cocok dengan ‘rupa paras’ berikut ini:



Suatu hari, Hasan al-Basri bersama 2 sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabi’ah Adawiyah menyambut hasrat mereka dengan baik tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan al-Basri menjawab : “Nafsu lelaki ada satu manakala nafsu perempuan sembilan nafsu”. Lalu Rabi’ah menjawab ” Jika benar demikian,kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian? Mendengan jawapan paku buah keras itu, Hasan al-Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut.



namun begitu aku mengharapkan cinta yang kita kecapi ini dapat kekuatan dan seterusnya dapat membina mahligai rumah tangga yang bahagia di samping dengan kerehdaan daripada Allah tuhan yang maha Esa. jesteru itu ku memohon kepada mu wahai gadisku agar percintaan kta ini tidak berhenti begitu saja....ku harapkan dapat menjadi pasangan suami isteri suatu hari nanti dengan izin Allah dan sampai ke syurga bersama....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...