}
Showing posts with label lovely dentistry. Show all posts
Showing posts with label lovely dentistry. Show all posts

life update : ohh wire bending!

.assalamualaikum.

ohh wire bending! atau dalam bahasa melayu nya ohh membengkokkan besi? -_-  sekarang ni da masuk tahun 3 dalam fakulti pergigian. bermakna da start seeing patient and treating patient. ofcourse tak mudah sebab kita perlu berurusan dengan manusia.... or people or orang? biasala banyak orang banyak ragam. pepatah melayu yang kata.

selain tu, yang lebih mencabar sanubari adalah hobi baru yang dipaksa secara benci rela ni. bak kata omputih lovehate. ohh sarcasm sangat kita ni.

 model 1 : 2 adam clasp, 1 labial bow

model 2 : 2 adam clasp, 1 anterior adam

elemen-elemen ni adalah untuk orthodontic patient, untuk mereka-mereka yang pakai braces macam saya. peace yo. besi ni stainless steel. so tak karat la bila dalam mulut patient nanti. memang berdarah hidung nak buat elemen-elemen ni. berbirat tangan, merah-merah dan jadi kasar tu normal. one of my classmate siap tercucuk jari time dalam lab lagi. extreme tak extreme? hehe

 close view of labial bow

 adam clasp

anterior adam

sebenarnya ada satu lagi untuk model 2 tu which is t-spring. t-spring ni kecik je. tapi kecik-kecik cili padi. nangis la jugak malam-malam dua tiga hari ni sebab still tak dapat buat lagi. >_<  lepas ni semua elemen ni akan dilekatkan pada acrylic plate. nanti da siap wa kasi tunjuk okayy.

haruslah ada bukti besi besi yang tak jadi. sebagai renungan, tanda kesungguhan dan meraih simpati supervisor. kihkihkih sekian saja berita la ni. esok-esok update lagi. anyeong!


berus gigi sebenarnya dicipta oleh seorang banduan

assalamualaikum


Best greed as always :) hang percaya ka tak percaya ka berus gigi sebenarnya dicipta oleh seorang banduan yang bernama William Addis. tapi banduan ni bukanlah seorang penjenayah kejam tahap bunuh orang segala, tapi beliau ni dipenjarakan bawah akta hasutan. dalam bahasa senangnya, dia pi ajak orang buat rusuhan ramai-ramai. mungkin menyebabkan kekecohan, so dia ditangkap.

rasa macam tak logik kan, dalam jail bukan ada pape pun so macam mana dia boleh buat toothbrush. interestingly, dia buat toothbrush ni hanya daripada tulang, bulu khinzir dan juga wire. mula-mula dia ukir tulang tu untuk jadi pemegang brush tu. then dia buat lubang untuk masukkan bulu-bulu khinzir tu dan dikemaskan dengan wire. siaapp! bolehla cuba kalau tertinggal toothbrush lepas nih. bhahaha!

tapi kalau ikutkan sejarah, orang zaman dahulu dah lama memberus gigi. orang sekarang je malass.

EGYPTIANS
guna serbuk special dari kuku lembu dan kulit telur

ROMANIANS
menggunakan kayu

GREEKS
menggunakan kain kasar

CHINESE
menggunakan bulu yang dilekatkan pada buluh atau gading


selepas Addis keluar dari penjara dia mula menghasilkan berus gigi secara besar-besaran dan kemudian pada 1983, DuPont company memulakan pembuatan berus gigi menggunakan nylon macam yang ada sekarang. satu lagi info yang menarik, orang-orang eropah bermula kesedaran memberus gigi selepas perang dunia kedua. which is actually habit askar-askar mereka yang sentiasa mementingkan kebersihan gigi.

incik william addis

rasa-rasanya korang ada macam dapat idea bernas tak nak guna apa kalau-kalau toothbrush tertinggal? teheee

gigi palsu yang pertama!

assalamualaikum


Lama gila tak update blog and disebabkan happy gila sebab dapat siapkan my first denture, terupdate pula di critical time nak exam ni..hakhak. seriusly memang banyak lagi tak cover la sebenarnya kann. well, cakap banyak pun tak guna, here are the pics!




sebenarnya almost 4 bulan kitorang belajar buat denture ni, dan sangat-sangat faham kenapa harga dia mahal. sangat memerlukan kerja yang teliti sebab dia sangat sensitive. kalau ada apply salah teknik, conform padahla akibatnyaa.

lebih trill lagi, dua hari before denture ni kene hand in, my lovely denture ni patah sebab terjatuh! well, tangan kecik sangat, cannot grip well.haha tapi disebabkan ada hero malaya kitorang aka en Ramli yang tolong time repair denture ni, sempat juga siap walaupun orang lain semua da hand in awal-awal lagi. soobbs!

seriusly en Ramli memang sangat-sangat membantu kitorang semua. Thankiuuu en. ramli.. hope en. ramli baca la blog aku, tapi sebenarnya memang TAK la kann.haha hope exam ni going well, packed 1 week 7 papers without study week! dentistry is really interesting.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...