}
Showing posts with label terpelanjat boboi. Show all posts
Showing posts with label terpelanjat boboi. Show all posts

MAAL HIJRAH!

.salam.

rase mcm da seribu tahun imran ajmain aku tak hupdate blog. tapi takpe akhirnya aku hupdate jugak. thanx to all yg ade read my blog n bloggers yg still follow my blog. InshaAllah i'll follow u oll back :) salam maal hijrah to all muslims! just check out this cute amazing kids got from utube.hehe


hon itu penting apabila..

.salam.
nak balik kampung ni kene servis kereta , pastikan semua komponennya berada di tempat yang betul. kalau  tak , tak sempurnalah raya tahun ni. tapi apa yang paling penting di mata korang? adakah signalnyakah? atau sterengnyakah? atau bumpernyekah? lain orang , lain pilihan hatinya. tapi bagi aku , hon kereta tu yang paling penting. sebab apa? ini kerana , hon itu penting apabila..

to say a hi
macam biasalah , bila rusa kita masuk kampung , atau balik kampung nak nak time raya ni kann.. time ni lah kita nak bagitahu 1 kampung , abang besar sudah pulang. untuk ngunjung-ngunjung rumah orang kampung yang deretannya bak landasan kereta api malaya , memang tak lah kan. so , bunyikan je hon kereta kasi gegar 1 kampung. tambah pulak bila jumpa kawan lama kat tepi jalan , tak tegur sombong pulak katenyee. tekan je hon kereta tuh.

to thank people
time drive kereta pun kene berbudi bahasa jugak bang.. berbudi bahasa kan budaya kita.. bak kata to' ti. ha.. bila jalan-jalan pusing kampung yang jalannya agak kecil-kecilan nye punn kann , bila orang depan lepak tepi kasik jalan , janganlah semenggahnya mengatakan "pandai pun kasik jalan" , sebaliknya pandai-pandailah bunyikan hon sebagai tanda terima kasih nak kasik kita jalan dulu.

to express ur tensed
haihh.. balik kampung yang berpuluh-puluh kilometernya memanglah tensen makk aii. pinggang lenguh , otak letih , skru longgar , nak pulak orang depan drive ala-ala itik pulang petang. dia tak tahu orang belakang dah macam singa lapar , tunggu masa baikk punye je nak terkam nihh. apo laie , express ur feeling jang , hon lah jadi mangsanya. tekan semahu-mahunya , biar orang tahu garang tak garang aku nihh. hihi

to tackle a chicks
buat si teruna yang sebujang-bujangnya nye tuhh , time raya ni lah nak cari calon menantu buat mak tersayang.fida ibrahim da tak available dah , da rezeki si mamat sepah. aweks-aweks kereta sebelah pun boleh juga bha. nak on signal dua tiga kali ala-ala kenyit-kenyit mata , takut aweks tu tak perasan pulak. so , bunyikan je hon tuh dengan irama yang menarik , comferm aweks tu tertarik punyalah. silap-silap yang bapak aweks pun boleh tertarik sekali.he

walaupun subtitle dia bunyi orang putih , tapi isinya tetap melayu wehh. dengan ini aku isytiharkan hon itu paling penting dalam banyak-banyak komponen kereta. especially , dah nak raya ni kann. korang kata ape pulak?

dialog dua hantu

.salam.

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

sumber

namewee dan nasi lemak 2.0

.salam.


semua orang dah tahu , namewee atau nama sebenarnya Weng Meng Chee penah heboh dan gemparkan Malaysia tanah tumpah darahku dengan isu mempersendakan lagu negaraku. sekarang namewee sedang berusaha menghasilkan filem Nasi Lemak 2.0 pula yang baru sahaja diluluskan.


filem Nasi Lemak 2.0 ni jugak turut dibintangi oleh Afdlin Shauki , Adibah Noor dan Datuk David Arumugam , Reshmonu , Kenny & Chee dan Karen Kong. dan dijangka keluar selepas Hari Raya ni merangkap Hari Kemerdekaan, pada 8th September 2011 di 60 pawagam di seluruh negara.

“Jadi, dia menyuarakan hasrat dan mahu melakukan sesuatu demi kebaikan negara. Dia mahu melakukan perkara positif yang mampu membuatkan semua kaum faham tanpa persepsi atau gambaran kurang tepat terhadap satu sama lain. Saya sendiri melihat skrip dan jalan ceritanya bagus,” Afdlin Shauki

harapnya filem ni tak timbulkan apa-apa kontroversi lagi lah. apa-apa pun mesej yang cuba disampaikan oleh namewee , harapnya disampaikan dengan baik , dan betul-betul sampai pada rakyat Malaysia. peace no war. ^_^v

tekan
tekan lagi

oh bulan!

.salam.

hari ni agak teruja nak update berikutan idea muncul mlm td.hee senyum puas. setelah 24 jam beberapa jam menelaah aicehh masa untuk pos pon tiba.

“Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah” – (Al-Quranul Karim. Al-Qamar: 1)

pada suatu masa dahulu sebelum nabi saw berhijrah ke madinah , beberapa orang musyrikin telah memperlekehkan nabi saw dengan meminta nabi saw membelah bulan bagi membuktikan kerasulan baginda. lalu nabi saw berdoa kepada Allah supaya membantu baginda. lalu Allah mengarahkan nabi menunjukkan telunjuknya kearah bulan , lalu bulan pun terbelah. kemudian sebahagian daripada mereka telah beriman. baca kisah penuh.

bulan dah terbelah , dah lama tertulis dalam AlQuran , namun pada 1969 manusia dapat tahu tentangnya. itupun selepas NASA membelanjakan 100 juta dollar untuk urusan ke bulan. satu garisan panjang yang beratus kilometer di sekeliling bulan ditemui.

garisan tu dipanggil rilles. rilles kelihatan seperti sungai yang dah kering. mungkin terbentuk selepas gempa bumi di bulan. atau patut pggl gempa bulan? lava yang dipanggil maria dah menutupi 'sungai' itu seperti air sungai yang mengalir. dan terbentuklah seperti gambar ini --->

perkara-perkara macam ni penting untuk iman kita kann ^_^ .bila bulan pun sudah terbelah , kiamat pun dah dekat. bila lah kita nak berubah..

ini kisah menarik , sila tekan.
sumber boleh tekan juga

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...