}

life update : ohh wire bending!

.assalamualaikum.

ohh wire bending! atau dalam bahasa melayu nya ohh membengkokkan besi? -_-  sekarang ni da masuk tahun 3 dalam fakulti pergigian. bermakna da start seeing patient and treating patient. ofcourse tak mudah sebab kita perlu berurusan dengan manusia.... or people or orang? biasala banyak orang banyak ragam. pepatah melayu yang kata.

selain tu, yang lebih mencabar sanubari adalah hobi baru yang dipaksa secara benci rela ni. bak kata omputih lovehate. ohh sarcasm sangat kita ni.

 model 1 : 2 adam clasp, 1 labial bow

model 2 : 2 adam clasp, 1 anterior adam

elemen-elemen ni adalah untuk orthodontic patient, untuk mereka-mereka yang pakai braces macam saya. peace yo. besi ni stainless steel. so tak karat la bila dalam mulut patient nanti. memang berdarah hidung nak buat elemen-elemen ni. berbirat tangan, merah-merah dan jadi kasar tu normal. one of my classmate siap tercucuk jari time dalam lab lagi. extreme tak extreme? hehe

 close view of labial bow

 adam clasp

anterior adam

sebenarnya ada satu lagi untuk model 2 tu which is t-spring. t-spring ni kecik je. tapi kecik-kecik cili padi. nangis la jugak malam-malam dua tiga hari ni sebab still tak dapat buat lagi. >_<  lepas ni semua elemen ni akan dilekatkan pada acrylic plate. nanti da siap wa kasi tunjuk okayy.

haruslah ada bukti besi besi yang tak jadi. sebagai renungan, tanda kesungguhan dan meraih simpati supervisor. kihkihkih sekian saja berita la ni. esok-esok update lagi. anyeong!


strawberi and karipap

.assalamualaikum.

 
 mia sara nasuha alooo tomey tomeyyy           raykarl iskandar anomnom tomey tomeyyy


haaa ni la dua orang budak comel ni. sorang strawberi, dan sorang lagi karipap. mia sara dan raykarl.suka sangat tengok dorang berdua ni. dah la comel, petah bercakap, bila bercakap pon comel jugak. whuaaa.

 bila salah sorang berlakon dah memang minat dah tengok.first time tengok mia sara time berlakon cerita adam hawa dulu kott. raykarl pulak sebab cerita kat astro ceria. semua muka dia je. hihihi tapi takpe kita sukaaa.

tup tup baru bulan sembilan ni, astro keluarkan cerita yang menggabungkan kecomelan dorang berdua ni. apa lagi bergabung meletup la kite menengoknya. kekeke


serius suka sangat tengok dorang dalam cerita ni. rasa macam tahap comel yang tak dapat dibendung lagi  >_<

tapi kan tapi kan mia sara ni macam nad zainal kan sikit sikit? ehhh suka hati je


demam

.assalamualaikum.


Bukan saya yang demam. tapi nak cerita pasal demam. pernah tak rasa teringin nak tahu kenapa demam boleh berlaku, mengapa, kenapa dan kenapa? mungkin tak pernah la kan. tapi tak kira la nak post juga pasal benda ni. benda ni simple je. jadi macam perkara biasa la kalau seseorang tu terkena demam. tapi kadang-kadang boleh jadi bahaya tau. contohnya bila demam terlalu tinggi terutamanya untuk kanak-II


perkara pertama nak sentuh, kenapa demam boleh berlaku. formula nya simple je. 

badan diserang virus >> tindak balas sistem immune >> cytokine dihasilkan >> set a higher set point untuk suhu badan >> banyak suhu dihasilkan dan kurang suhu dikeluarkan = demam

demam ni sebenarnya bagus sebab salah satu proses melawan jangkitan. so bila demam sikit-sikit dalam masa 3 hari dah ok tu, tak perlulah terburu-buru untuk telan panadol. bak kata professor kitorang, prof Rohi drug is never a magic bullet. maksudnya, tak mungkinlah telan satu pil terus sembuh tanpa apa-apa side effect. semua drug/pill ada kesan sampingannya. cuma, bila kita ambil berdasarkan nasihat doktor or ahli farmasi, kesan sampingan tu masih dalam keadaan terkawal.

cara panadol atau pil lain bertindak untuk menurunkan suhu badan adalah dengan mengurangkan penghasilan cytokine. tapi cytokine juga penting untuk fisiologi badan yang normal. so daripada kita bergantung pada pill/drug macam panadol, apa kata kita cuba untuk kurangkan suhu badan melalui cara yang lebih selamat.

minum air banyak-banyak 
air yang cukup boleh bantu meneutralkan balik suhu badan. bila banyak minum air, then kita buang air. harap dapat buang bersama suhu yang tinggi dalam badan kita ni. selain tu, lap badan dengan tuala basah pun membantu mengurangkan suhu badan

makan vitamin C
vitamin C penting untuk sistem imunisasi kita. vitamin C dapat menguatkan  imunisasi kita terhadap jangkitan. demam kan berpunca daripada jangkitan juga. remember?


   tapi dua cara ni berkesan untuk demam biasa ok. kalau selepas tiga hari tak kebah juga demam tu, elok lah pergi klinik. takut disebabkan penyakit yang lebih serius. pernah juga dengar tentang mandi ais untuk ubat demam, tapi tak tahu betul ke tidak tentang cara tu. adios~ :)


wordless clueless

.assalamualaikum.


since today is wednesday..


tips untuk patah kaki

.assalamualaikum.


Da lama terdetik nak buat entry ni. Tapi baru skrg rajin nak type. Sebelum ni pernah buat do's and dont bila patah kaki sekarang ni tips pula after sembuh patah kaki or after tulang dah cantum semula ok.


Problem yang utama terpaksa dihadapi bila sembuh dari patah kaki ada dua :


Lutut tak boleh bengkok

Jalan tempang


Time patah kaki, biasanya kaki tu mmg akan direhatkan sepenuhnya la kan. Mmg tak lah nak bengkok kan kaki sekerap time sihat. So sendi lutut akan jammed. Untuk kembali membengkok kan kaki seperti normal, dulu saya amalkan :

Tuam sendi lutut dengan air suam sekerap mungkin

Buat fisio sendiri which means bengkok kan lutut tu dengan pressure.


after sembuh, kaki saya cuma boleh bengkok  90º je. So mula-mula mmg solat duduk. Then bila dah selalu buat fisio sendiri boleh bengkok makin banyak. So saya beranikan diri untuk solat sendiri tapi duduk mengikut yang mampu. So solat tu pun jadi fisioterapi juga.hehe 


selain tu, paksa diri untuk guna toilet cangkung. Memang kebasla kaki lepas tu. Tapi berbaloi la. Sekarang da boleh bengkok mcm normal! 180º okayy. Macam orang normal.


Satu lagi problem bila patah kaki, majority after sembuh akan jalan sedikit tempang. terutamanya untuk yang patah tulang peha atau betis. Kononnya sebab kaki dah pendek sebelah. Dok tahu betul ke tak.hihi


 tapi time mula-mula lepas tongkat saya jalan tegak-tegak. Sebab takut sangat jadi awek jalan tempang kann. Bila jalan tu kaki yang sakit tu akan jinjit sedikit kalau tak memang akan jalan senget sebelah.


For me, mungkin those yang jalan sedikit senget sebab diorang terbiasa jalan senget after lepas tongkat. So elakkan lah dari terbiasa jalan senget okay. Sekarang ramai tegur saya jalan elok je. Hehe


miss them and kmj <3

doc patahkan tangan patient

.assalamualaikum.


Osteoporosis atau dalam bahasa melayu tulang reput. biasanya penyakit ni dikaitkan dengan warga mas kan. Tapi penting untuk kita cegah dari awal. Of course dengan jadikan susu sebagai diet harian.



normal and osteoporosis
Googled


Saya memang peminat susu so takde masalah untuk saya ambik susu setiap hari. Weee :D tapi bagi yang tak minat susu, dont worry, be happy sebab korang boleh je ambik calcium dari sumber makanan yang lain.


Sebagai contoh :

Keju atau makanan yang berasaskan keju

Ikan sardin atau ikan lain yang boleh dimakan tulangnya

Yogurt

sayuran berwarna hijau gelap macam bayam

Cereal of course

or roti yang berasaskan bijirin


Tiba tiba je nak bising pasal osteoporosis kann. Bukan apa, one of my neighbour haritu masuk hospital sebab jatuh kat bilik air. So tangan dia patah sebelah. U know what the cause of it? Osteoporosis of course.


Then kat wad one of the doc try to help her get up from the bed. The doc pegang tangan dia yang tak patah tu. Then accidentally i dont know how, tangan yang tu pula patah! Im not sure nak cakap salah doc or makcik tu. Yang pasti osteoporosis lah yang semestinya dipersalahkan.

So minum susu selalu okayy. Rasa macam minah joyah je ni. Okbai.

entry yang diminta-minta

.assalamualaikum.


Disebabkan atas permintaan ramai, ku gagahkan jua jari jemari ciput dan mulus aku ni menaip entry nih. ( cehcehcehh..haha ) tak payah nak permintaan ramai sangat la kan. sebenarnya aku je yang eksaited terlebih nihh. ok now lets the pics explain.


see see? (sambil buat muka annoying) 


yes. im wearing braces.. n saya pilih purple sebab light pink takde.. :'(

Ramai kengkawan gengster saya tanya, dah ambil pics before and after ke belom. then semestinya, of course la dahh! its a big thing kott. after 1-2 years rasanya, gigi saya akan nampak tersusun lah kan. haruslah ada bukti! hehe

Ramai juga yang tanya, sakit ke tak pakai braces? so far, takdelah rasa sakit cuma rasa macam gigi longgar. homaigod so funny. selain tu, rasa annoying sangat time makan sebab mesti makanan terperangkap (??) in between bracket tu. and..rasa macam tak berdaya nak kunyah something yang keras. tapi saya makan je. bak kata mak, telan je macam ular. huah huah huah.

oklah.bai. a few hours before result keluar. geram sebab lambat sangat result keluar tapi dalam masa yang sama, taknak hadap situation tu. urrghhh. confusion, confusion. ok bai lagi sekali.



gigi palsu dah siap!

.assalamualaikum.


Da lama tak update blog. seriously rasa kekok.. aww. entry ni kira sambungan la dari entry lepas yang berzaman tu kann. hihi gigi palsu yang saya buat tu dah siaap! here are the pics!

tadaaa!

this one is the complete denture yang buat last sem :)

niat di hati nak update every step untuk buat denture ni. apakan daya, masa mencumburui.. cehh. haha
pelbagai dugaan nak buat denture ni taw. bukan senang. yang paling mencabar di antara yang mencabar adalah time buat wire bending. berdarah tangan kata kauu. jangan main-main.




haruslah ada bukti kan

 ini la wire bending yang disebut sebut tu mihmih

dan ni la yang mencederakan tangan aku. please be nice to me next time ok!

selesai sudah sem kali ni. sekarang tengah tunggu result je. harap semuanya baik belaka. amiinn :)

gigi palsu!

.assalamualaikum.


rasanya it is good to share apa yang dental sudent belajar, since ramai orang asyik tanya dental student buat apa je, tampal gigi dan cabut gigi saja ke? well, soalan tu memang lumrah. we digest it already.hehe 

tapi disebabkan baru saja tahun kedua, so process untuk buat gigi palsu ni agak lama untuk siap sebab kami budak baru belajar. ambil galah, tolong jolokkan. no laa. actually sebab kami belajar step by step.

kalau ikut jadual, gigi palsu or yang kitorang selalu panggil denture ni,bakal siap dengan jayanya by the end of this semester. memandangkan sekarang ni baru sahaja minggu ke empat, baru saja siap blue tray dan block undercut.



ini adalah study model kitorang. disebabkan kami belum ada patient lagi, so belajar buat gigi palsu daripada study model ni. mengikut kes ni, patient hilang gigi depan dan tepi. so kitorang kene buat gigi yang missing tu lah.


yang putih-putih tu adalah plaster of paris. diletakkan di situ untuk tutup undercut yang ada. supaya tak cederakan gusi patient masa nak pakai atau cabut gigi palsu tu.


inilah blue tray yang diperkatakan di atas. hehe dibuat untuk ambil bentuk gigi patient sebagai rujukan masa proses buat gigi palsu. it is blue in colour. tapi ada juga yang warna pink, tapi bau dia kurang enak sikit.


yang ni special kes. sebelah kiri adalah nashitah punya. nashitah, pemegang (yang panjang tu) awak bengkok. ganas sungguh mu ni. hihi

bagus rasanya dapat tahu sesuatu yang baru kan. rasa macam dapat makan lolypop. kalau naktahu lebih2, boleh je tanya. manalah tahu ada yang nak belajar buat sendiri kat rumah kann. ngee

nota kaki : study model nashitah punya, 2nd pic saya punya, blue tray pun. dan ditangkap oleh fon fazlin. =)

cinta vitamin c!

.assalamualaikum.


entry sebelum sebelum ni, rahsia kecantikan Adira aku ada cerita tentang kebaikan vitamin c secara umum dan aku rasa ia menjawab serba sikit kenapa people being crazy with vitamin c supplement sekarang ni. hihiks. sekarang masa untuk kotakan janji, nak cerita pula sebab-sebab tambahan kenapa kita kena cinta pada vitamin c. :)

kebaikan vitamin c :

antioxidant

menghasilkan collagen

sistem imunisasi

melindungi jantung

kebaikan vitamin c yang utama, membantu menghasilkan collagen untuk kulit baru dah cover. sini. sekarang nak cerita serba sikit pasal kelebihan yang lain tu ok.

kebaikan vitamin c sebagai antioxidant berkaitan dengan kebolehan dia melindungi jantung. macam mana tu kann? haa. (monolog dalaman). dalam kehidupan kita seharian ni, untuk terus hidup badan kita menjalankan macam-macam process. salah satunya yang kita tak boleh lari, process oxidation.

dari process ni, akan terhasil lah free radical. free radical ni berbahaya, sifat dia reactive atau dalam bahasa pasar nya, nakal. haha dia boleh menyebabkan kerosakan tissue badan, boleh mempercepat process penuaan dan juga menyebabkan cancer. sound so evil kann.

 salur darah menyempit disebabkan plaque 

apa vitamin c buat bila jumpa free radical ni, dia akan bertindak sebagai reducing agent, sort of macam meneutralkan balik free radical menjadi less reactive dan kurang nakal. vitamin c juga menghalang process oxidation yang menyumbang kepada banyaknya free radical.

 macam mana pula dia berkait dengan melindungi jantung? macam yang aku mention sebelum ni, free radical boleh menyebabkan kerosakan tissue badan. kebiasaan tissue yang berisiko untuk rosak adalah salur darah jantung. sebab aliran darah yang deras dan dengan adanya free radical menyumbang kepada risiko rosaknya tissue disitu.


apabila berlaku tissue damage pada artery, menyebabkan terhasilnya plaque yang akan menyempitkan saluran darah. ini yang akan menyebabkan rasa sakit, dan akibat jangka masa panjang, dapat sakit jantung bila salur darah dah tersumbat disebabkan plaque. jantung juga kurang mendapat bekalan darah.

so, say no no pada free radical and yes yes pada vitamin c okeh. amalkan gaya hidup sihat! u are what u eat! :)

nota kaki : lama bebenor janjinyaa. maapleee.

rahsia kecantikan adira?

.assalamualaikum.


gambar adira dulu dan sekarang.

 ramai orang tertanya-tanya apa lah rahsia adira sampai kulit diaa boleh jadi flawless macam sekarang ni kann. kalau tengok masa dia buat persembahan time AJL haritu, bersinar-sinar jee. silau rasanyaa. hak hak.
nak tahu apa rahsia dia? ada gossip kata dia suntik vitamin c? gossip lah katakan..  

katanya Adira menggunakan produk beutskin essence. produk ni macam supplement yang memberikan vitamin c kepada badan kita uolls. tapi dalam bentuk tablet lah bukan melalui suntikan okeh. Adira da jadi duta pun untuk produk ni.


tadaaa.

tapi itu semua bukan main things aku buat post ni, apatah lagi nak mem'promote' produk ni okeh. 
jom tengok apa kepentingan vitamin c :

antioxidant

menghasilkan collagen

sistem imunisasi

melindungi jantung


dalam konteks penjagaan kulit, vitamin c penting dalam menghasilkan collagen. vitamin c akan membantu mencantumkan collagen-collagen membentuk struktur triple helix. so bila banyak penghasilan collagen, kita akan dapat kulit yang lebih sihat setiap hari. basically macam tu lah okeh. untuk kebaikan vitamin c yang lain, next post lah inshaAllah i will share it.

triple helix collagen

kenapa kita kene ambil vitamin c? sebab badan kita tak membuat vitamin c sendiri. tak macam vitamin k yang boleh dibuat oleh bacteria baik dalam badan. selain tu, badan kita juga tak simpan vitamin c yang diambil. so, kita kene dapatkan supplement vitamin c secara berterusan.

tak semestinya perlu beli produk-produk mahal, kita boleh memperbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin c seperti :

fruits
-nenas
-orange
-anggur
-mangga
-betik

vegetables
-broccoli
-potato
-kobis
-tomato
-kebanyakan sayuran hijau

thats all thank you :)

nota kaki: apa-apa pun aku rasa adira lebih cantik kalau dia bela rambut panjang macam dulu. tak gituw? hak hak

berus gigi sebenarnya dicipta oleh seorang banduan

assalamualaikum


Best greed as always :) hang percaya ka tak percaya ka berus gigi sebenarnya dicipta oleh seorang banduan yang bernama William Addis. tapi banduan ni bukanlah seorang penjenayah kejam tahap bunuh orang segala, tapi beliau ni dipenjarakan bawah akta hasutan. dalam bahasa senangnya, dia pi ajak orang buat rusuhan ramai-ramai. mungkin menyebabkan kekecohan, so dia ditangkap.

rasa macam tak logik kan, dalam jail bukan ada pape pun so macam mana dia boleh buat toothbrush. interestingly, dia buat toothbrush ni hanya daripada tulang, bulu khinzir dan juga wire. mula-mula dia ukir tulang tu untuk jadi pemegang brush tu. then dia buat lubang untuk masukkan bulu-bulu khinzir tu dan dikemaskan dengan wire. siaapp! bolehla cuba kalau tertinggal toothbrush lepas nih. bhahaha!

tapi kalau ikutkan sejarah, orang zaman dahulu dah lama memberus gigi. orang sekarang je malass.

EGYPTIANS
guna serbuk special dari kuku lembu dan kulit telur

ROMANIANS
menggunakan kayu

GREEKS
menggunakan kain kasar

CHINESE
menggunakan bulu yang dilekatkan pada buluh atau gading


selepas Addis keluar dari penjara dia mula menghasilkan berus gigi secara besar-besaran dan kemudian pada 1983, DuPont company memulakan pembuatan berus gigi menggunakan nylon macam yang ada sekarang. satu lagi info yang menarik, orang-orang eropah bermula kesedaran memberus gigi selepas perang dunia kedua. which is actually habit askar-askar mereka yang sentiasa mementingkan kebersihan gigi.

incik william addis

rasa-rasanya korang ada macam dapat idea bernas tak nak guna apa kalau-kalau toothbrush tertinggal? teheee

gila meroyan

assalamualaikum.


Bila orang-orang bercerita pasal gila meroyan, saya sebenarnya macam kurang percaya and saya fikir gila meroyan tu takde kena mengena pun dengan orang yang baru bersalin. then, bila nampak iklan cerita primadona kat astro, where diorang bercerita pasal gila meroyan ni, so saya mula lah rasa nak tahu. does it really happen kan.

so saya jumpa sedikit info pasal gila meroyan ni  dalam majalah isihat ogos 2010, gila meroyan or postpartum psychosis dalam bahasa perubatan, memang betul-betul berlaku. Malahan, 85 peratus wanita selepas bersalin mengalami gangguan perasaan ni semasa berpantang. tapi kebanyakannya tidak membahayakan dan hanya pada tahap ringan.

basically gila meroyan ni berkaitan dengan gangguan perasaan dan selalunya disebabkan keadaan hormon yang tidak stabil dan ibu keletihan jaga baby yang baru sahaja lahir. mestilah kan, badan pun still tak sihat untuk ganti balik darah hilang time delivery, ditambah lagi perlu jaga baby kecik yang perlu jagaan yang teliti. mesti letihh kann.

so, nasihat dari Sharizen kassim, pengarah urusan ambar kenanga health marketing, ibu bersalin perlu menjaga dan mengelakkan diri daripada berasa risau atau terperanjat. sebab emosi masih lemah. dan jangan juga dengar lagu-lagu sedih atau tengok cerita sedih.ia boleh meruntun jiwa. katanya..

apa yang bahayanya, mereka yang mengalami sakit gila meroyan ni boleh membuat perkara yang boleh mencederakan dirinya, baby dan orang sekeliling. so, kene beri perhatian pada mereka. gila meroyan is really happening. so, nasihat-nasihat orang tua-tua tu janganlah diabaikan. semua yang diorang nasihat tu ada benarnya. mereka kan lebih banyak makan garamm :)

gelandangan

assalamualaikum.


one day, saya teman sorang kawan nak pergi betulkan laptop dia rosak. Then, kitorang plan nak pergi satu kedai yang dekat dengan lowyatt tapi bukan lowyatt. kiranya kedai tu berhampiran la dengan lowyatt tu tapi bukan dalam lowyatt tu.. >_<!

kitorang turun di stesen monorail bukit bintang and then jalan kaki pergi kedai tu. Tup tup hujan lebat gilaaa mencurah-curah. nasib baik aku memang jenis sentiasa bawa payung sebab cikgu cakap sediakan payung sebelum hujan. ahak!

on the way jalan tu, ternampak dua orang budak lelaki kott, tak perasan sangat. kat kaki lima tepi giant sungei wang tu. dalam hati dah terdetik, anak sape la nii..kesiannyaa basah kuyup dahh. then jalan and jalan lagi.. nampak seorang wanita ni, berbaring kat kaki lima tu. omg omg kesiann sangat-sangat sebab air hujan yang lebat tu, yang dah hampir nk jadi banjir tu slumber je berlalu-lalu kat badan dia. dengan anak-anak kecik ada lagi dua tiga orang.

seriusly rasa kesiann gilaa dalam masa yang sama, shocked juga sebab sebelum ni nampak scene macam tu dalam tv jee. Bila tengok dalam tv, cakap dalam hati nak tolong orang macam tu. tapi bila da jumpa betul-betul rasa macam.. what to do.. what to do. what actually i should do. and lama sangat pikir, akhirnya terlepas macam tu saja and end up tak menolong pape pun. Last word that i can say, easier said than do. =='

lebih kurang macam ni. tapi dorang 1 family

gigi palsu yang pertama!

assalamualaikum


Lama gila tak update blog and disebabkan happy gila sebab dapat siapkan my first denture, terupdate pula di critical time nak exam ni..hakhak. seriusly memang banyak lagi tak cover la sebenarnya kann. well, cakap banyak pun tak guna, here are the pics!




sebenarnya almost 4 bulan kitorang belajar buat denture ni, dan sangat-sangat faham kenapa harga dia mahal. sangat memerlukan kerja yang teliti sebab dia sangat sensitive. kalau ada apply salah teknik, conform padahla akibatnyaa.

lebih trill lagi, dua hari before denture ni kene hand in, my lovely denture ni patah sebab terjatuh! well, tangan kecik sangat, cannot grip well.haha tapi disebabkan ada hero malaya kitorang aka en Ramli yang tolong time repair denture ni, sempat juga siap walaupun orang lain semua da hand in awal-awal lagi. soobbs!

seriusly en Ramli memang sangat-sangat membantu kitorang semua. Thankiuuu en. ramli.. hope en. ramli baca la blog aku, tapi sebenarnya memang TAK la kann.haha hope exam ni going well, packed 1 week 7 papers without study week! dentistry is really interesting.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...