.salam.
seperti yang kita tahu , baru-baru ni kecoh tentang rusuhan teruk yang berlaku di London. rakyat Malaysia yang ada keluarga di London , terutamanya keluarga pelajar-pelajar di sana tak senang duduk dan bagai gajah duduk pikirkan keselamatan anak-anak dorang di sana.
apa tak nya , sekarang ni je dah 3 orang lelaki muslim yang dilanggar oleh perusuh sampai mati , tambah pulak kisah Asyraf Haziq Rossli yang patah rahang juga dilanggar perusuh tuh. memang merisaukan semua. tapi ternyata , rusuhan yang merupakan dugaan di bulan puasa ni , ada hikmahnya.
Sikap berani dan pemaaf Asyraf amat mengagumkan warga United Kingdom, malah media turut berulang kali menayangkan kenyataan dikeluarkan Asyraf yang menyatakan beliau tidak pernah marah atau berdendam atas insiden yang menimpa dirinya.
sifat pemaaf Asyraf ni , telah membuka mata warga London bahawa umat islam bukanlah sinonim dengan kegansan seperti tanggapan banyak pihak.bila kejadian seperti ni berlaku , dorang dapat tengoklah dengan mata sendiri sifat islam tu yang selamat dan lembut.
Paling meruntun hati, apabila Tariq Jahan, yang kehilangan anak lelakinya kerana dilanggar perusuh ketika mengawal premis perniagaan dan rumah merayu orang ramai menerima kematian anaknya sebagai takdir seperti dituntut Islam dan tidak membalas dendam.
sifat Tariq Jahan ni juga patut dicontohi. nyata beliau tabah dengan pemergian anaknya. bahkan merayu masyarakat supaya bersabar dan serahkan hal ni kepada undang-undang. satu lagi simbolik yang ditunjukkan , umat islam lebih mementingkan keamanan. bukannya bertindak melulu menyalahkan banyak pihak dan bukan juga bertindak melulu menghukum dengan tangan sendiri.
baca artikel asal
alhamdulillah...dengan orang macam ni kiter dapat perbaiki tanggapan orang terhadap agama islam
ReplyDelete@Mr.B[e]ave[R]
ReplyDeleteyup yup..betul.kagum dgn sifat dorang nih.
Bagus...moga ade hati yang terbuka..:)
ReplyDeletemmg ade hikmah disebalik rusuhan tu... biar sume yang bukan beragama ISlam celik dengan sifat2 baik umat Islam kita..
ReplyDeletenice entry!! haha..
ReplyDelete@linda a.k.a ibusumaiyah
ReplyDeleteyup2..insyaAllah :)
@M.E Z.A.F.I.R.A.H
ReplyDeleteyup betol moga dorang tak sangke buruk dah kat kite :)