.salam.
nak share berita yg menyayat hati , berlaku petang semalam.
Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.
Penghuni yang menginap selang sebuah rumah dari unit terbiar itu, Shahril Abdul Rahman, 30, berkata sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 5.30 petang, dia bersama beberapa kakitangan pihak pengurusan bangunan memasuki unit berkenaan bagi menyiasat punca bau busuk itu.
“Saya terkejut apabila menemui satu kaki manusia dikerat dari paras pinggang sebelum pihak pengurusan menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang berada di tempat kejadian, berkata anggota badan yang ditemui itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat.
Identiti dan jantina mangsa belum dipastikan dan anggota terbabit sudah dihantar ke PPUM bagi tindakan lanjut.
“Anggota badan itu ditemui dibuang di merata-rata tempat dalam unit berkenaan yang lebih kurang 10 tahun tidak dihuni,” katanya.
Menurut Amirrudin, siasatan lanjutan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mangsa serta kejadian sebenar di sebalik penemuan mayat yang dikerat itu.
nauzubillah. doa supaya dapat meninggal dalam keadaan baik :
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
"Allaahummakhtim lanaa bihusnil khotimah wa laa takhtim a'alainaa bisuuil khotimah"
ya Allaah , akhirilah hidup kami dengan akhir yang baik , dan jangan kau akhiri hidup kami dengan akhir yang buruk.
ya Allaah , akhirilah hidup kami dengan akhir yang baik , dan jangan kau akhiri hidup kami dengan akhir yang buruk.
pinjam telinga :jangan malu berdoa
Siapalah yang kejam buat macam tu. Psiko apa, sampai kerat2 letak dlm plastik.
ReplyDeletemasyaAllah.. kejamnya.. sampai macam tu sekali..
ReplyDelete@SimplySeoul
ReplyDeletehem tak taulah. da hilang pedoman agaknye. hope tak jadi kat kite pulak.
errr..mMg dahsyat nih ~
ReplyDeletesekarang org suke men kerat-kerat..bakar-bakar..
ReplyDeletemanusia skrg smakin hilang kewarasan
ReplyDeletekejam tol...meraka berhati binatang...
ReplyDeleteouchh seramnyee
ReplyDelete@aiman
ReplyDeletetu lah.. tak sangke ade org sanggup buat smpai mcm tu sekali.
@stellaizz
ReplyDeleteorg berhati binatang je sanggup buat mcm ni kann..
@kimiez
ReplyDeletecara bunuh skrg makin kejam.. =='
@Saiful Bakhtiar
ReplyDeletedia x berfikir waras, sbb tu snggup buat mcm tuu.