}

SEBENARNYA ROKOK TIDAK MERBAHAYA

Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana 
nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan.
Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih jelasnya dapat dibuktikan dengan penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah ini:


Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama kemana
saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.
A. dr Jon Sumawan (suka main perempuan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..


Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya lalu meng-gosok2kan ketel tersebut. Sejurus kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.


Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit!
Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa
saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan kemauan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih kemauan mengikuti
kegemaran masing-masing.


Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di
seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
selama 10 tahun.
Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.


Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'
Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.


Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'
Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.


Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu
gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.
Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak boleh karena tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.
Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!


Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit kerana hari-hari mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.
Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!


Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar
dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.
Dia berkata: JIN @#$% ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!
kesimpulannya : 'Rokok Tidak akan berbahaya, sepanjang tidak ada mancisnya.. :)

sumber

senyum..tak perlu kata apa-apa..


seram tak?? hahahaha nak join segmen senyum tak perlu kata apa-apa by zippo? 

 saya ajak :

sok-sek sok-sek antara lembu dan babi

.bismillah.

seperti yang kita semua tahu *orang islam islam dah mengharamkan makan khinzir atau babi , seperti dalam ayat 173 surah Al-Baqarah :

"Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi.” 

tapi kita ikot je macam apa yang dah mak ayah kita buat.even , kalau kita mencarut babi pon , mak kite kate dose kann? tu sebenarnya mak kita nak pastikan yang kita rasa jijik kat babi tu. so , memang tak lah kann nak makan babi.he tapi , tak salah rasenye kalau kita cuba amek tahu kenapa kita dilarang makan babi.mungkin ade yang cakap , babi tu pengotorlah! sebab tu tak boleh makan babi. betollah tuh.he

tapi babi tu kotor bukan sebab dia tak mandi..kalau ikotkan kambing pon takot air kann..tapi babi ni tabiat buruk dia , adalah pelahap terlampau. dia akan makan apa je yang dia jumpa. even , dia sanggup makan dead body of her baby. maksudnye mayat anak dia lah tu..dia makan sampah , tahi , binatang yang dah mati dan infected.. senang cerite apa dia jumpa dia mesti sondol punye lahh.

tapi yang lebih tak bagusnye , babi ni dia punye digestive system is the quickest and the poorest. paling cepat? bunyi macam bagus kann?tapi tak sebenarnya. cuba kita bayangkan , suruh adik basuh pinggan , tak sampai 5 saat melampau tuh da siap , comferm-comfermlah tak bersihkannn.. macam tu lah jugak bila sistem pencernaan yang buat keje dalam masa 4 jam dah siap.lebih buruk lagi disebabkan kelemahan sistem pencernaan dia tuh , toxin-toxin dalam badan dan dari makanan tuh tak dibuang sepenuhnya. sebaliknya terkumpul dalam lemak-lemak cik babi ni.

Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'.(Sumber: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997) nampakkan kehodohannya. dalam cik bab ni jugak banyak jenis cacing dalam badan dia , tapeworm , hook worm, dan mcam-macam lagilah. dan telur-telur dia tak akan mati walaupun dimasak.

kalaulah kita nak bandingkan cik bab ini dengan haiwan yang boleh dimakan macam lembu , comfermlah dia kalah ibarat the rock kalah ditangan underthiker betul ke aku eja nihh.. sebab lembu ni makan rumput je manjang..means , bersih sikit lah kan sebab tumbuh-tumbuhan. plus , lembu ni sistem pencernaan dia 24 jam tu yang dok menguyah je tuhh. lembu juga ade empat perut. tak percaya? tgk nih

mula-mula dia makan , masuk dalam perut 1 : rumen. pastu dia keluarkan balik , kunyah-kunyah lagi , barulah masuk perut ke 2 : reticulum > perut ke 3 : omasum > perut ke 4 : abomasum. lebih diyakini kann?? hee kesimpulannya , pilihlah lembu daripada cik bab ye! : )


pinjam telinga : entry terpanjang pule. rajin-rajin bace tau.

bace lagi : sini <== dan sini <==



Blog Walking Besar-besaran by Zippo

.bismillah.

hehe..saye join jugak.. saye malu sebab too new baby kat blog nih.hee biase join segmen if di tag je.gehehe baiklah setelah encik tuan hensem tuan punye blog zippo miller menjemput saye, saye join blogwalking besar-besaran by zippo! 

blog saye tak seberapa dan cuma berumur 58 follower kalau kesian buat-buat tak nmpk okeyh semase entry ni dibuat.he pada mulanya buat blog cuma nak cerita hal kita-kita je. means , berkaitan dengan diri sendiri lahh. tapi setelah mendapati rupa-rupanya diriku ini begitu membosankan ibarat gary dalam katun spongebob , mulalah nak try sesuatu yang beroksigen sikit otak nak membacanya.

keterlanjuran pula cuti berlambak yang tiada kesudahannya sejak kebelakangan ni , mulalah rajin nak update blog ye. kebelakangan yang tak berapa nak belakang sekarang ni berapa banyak belakang daa.. , entry-entry blog berkaitan hal-hal sekeliling kita yang kengkadang kita perasan atau tak perasan kott. sendiri pon tak tahu ade kekuatan ke tak nak gebang nih. hehe

okeyh-okeyh jemput ramai-ramai join blog walking besar-besaran by zippo! tak rugi tak.. dan jangan malu-malu macam aku..haha segmen nih tiada tarikh tutup , nak join tiap-tiap bila-bila masa pon bolehhh! lagi cepat lagi bagosss. cara-cara nak join :
  1. buat entry bertajuk: " BLOG WALKING BESAR-BESARAN !! "
  2. Copy and Paste Gambar kat atas ini di dalam Entri anda  :
  3. Letak Link Entri Zippo ni <== didalam entri anda.
  4. Ceritakan serba sedikit kekuatan Blog anda...maksudnya anda pakar dalam entri jenis macam mana?? KIRA MACAM MEMPROMOSIKAN BLOG KORANG LE NI HA 
  5. kalo dah siap dropkan link Entri tersebut di komen Entri Zippo..
  6. Nak Tag Follower-follower anda yang lain pun boleh gak lagi besttttttttt..
  7. Dan sesiapa yang belum Follow Zippo..kene la Follow yek..senang nak tgk Update sagmen ni.
walaupon tak perlu nak tag sesape , tapi saye dengan penuh rase hormat dan berbesar hati menjemput :

kucing pun datang bulan?

.bismillah.


kucing pun datang bulan? ape kejadahnye ni? biar betul?? haha kucing dan mamalia lain sememangnya datang bulan atau dalam bahase jowonye 'menstruation'. kita ni pon datang bulan sebab kite kan tergolong dalam mamalia atau kita kan mamalia sebab tu kita datang bulan.ahah. tapi binatang-binatang yang mengalami datang bulan yang normal macam manusia hanya gorila , orang utan , bonobo dan simpanse cipanzi kott ==' em , menstruasi yang normal ni biasanya dari 3 hingga 7 hari. tapi ade juga yang lebih dari tuh.

tapi kalau mamalia lain macam kucing pon datang bulan , kenapa kita x pernah pon tengok diorang bleeding or beli kotex , laurier atau carefree kan? err.. sebab diorang mengalami menstruation bukan macam manuskrip manusia. yang pelik bin ajaibnya , time menstruation ni berlaku rahim diorang akan serap dinding rahim supaya tak berlaku pendarahan. tapi ade jugak yang bleeding tapi sangat sikit sampai kita pon x pernah perasaan perasan. diorang juga x de lah tiap bulan menstruate tapi hanya beberapi kali je dalam setahun.

well , manusia menstruate memang normal tapi kucing menstruate pon normal jugak cuma kita je yang x perasan kott. kalau tengok kucing-kucing kampung kita bad mood je tuh. paham-paham je lah ea.. diorang pon datang bulan jugak.haha antara pesanan penaja bile time-time 'sakit' nih , banyak-banyaklah minum air suam , elakkan ais , ataupon boleh cuba petua nih :

     Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian
     perut yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

boleh juga kalau nak cuba pada kucing yang bad mood : D
lagi petua sini <==
baca lagi sini <==

isteri aku satu , dua dan tiga..

 .bismillah.

setelah tiga hari aku cuti tanpe post ape-ape kat blog.akhirnya aku jumpa jugak sesuatu yang bersesuaian untuk tajuk ni. sebenarnye ni assignment dari cik meyo untuk aku.haha mula-mula curiga jugak nak buat pasal ni , tapi aku buat juga sebab aku sayangg kau lebih lahh.haha

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)

Dalam ayat kat atas , Allaah swt  membolehkan si suami untuk berkahwin lebih dari satu , tapi Allaah swt turut mengingatkan jika bimbang tidak dapat berlaku adil , maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. setelah itu , Allaah swt juga telah menurunkan ayat 129 , surah Annisa' yang telah mengingatkan diri kita yang sukar berlaku adil.

 "Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isteri, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung, sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

kalau diikutkan ,nabi Muhammad saw pon berkahwin lain setelah kewafatan Khadijah r.a , dan isteri-isteri nabi terdiri daripada janda-janda yang kehilangan suami di medan perang dan sebagainya. malah , ayat ala-ala karangan spm hanya seorang sahaja isteri nabi yang merupakan masih dara iaitu Aisyah r.a bukan macam kita lebih memilih pucuk muda yang muda sebagai isteri baru. sebagai contoh , Nabi berkahwin dengan Ummu Habibah r.a setelah suaminya murtad dan beliau keseorangan jauh dari keluarga kerana berhijrah.

Nabi Muhammad s.a.w  turut mengingatkan suami-suami supaya berlaku adil, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)

harap post kali ni tak nampak sangat macam aku anti-poligami lah ye. bukan macam tu , tapi  perempuan sebagai isteri sayangkan suami mereka dan tak nak para-para sakura suami dihukum gara-gara tidak berlaku adil. poligami memang banyak kelebihannya , seperti dapat bela wanita yang telah kehilangan suami , kurangkan andartu terlampau dan juga bagi memperoleh zuriat jika isteri ade sakit seperti mandul.

tapi mesti layan sama rata ye. hihi hakikatnya walaupun ade satu je isteri tapi kita dah ade empat isteri semasa hidup kita..

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
renung-renugkan dan selamat beramal! cewaaahh..

baca lagi sini dan sini <==

you sihir pergi jaoh-jaoh!

.Assalamualaikum.

you saka sihir , pergi jaohh jaooohhhhhh! pembetulan.. bukan nak promote cerite kat tv3 okeyh. tapi entry kali ni lebih kepada serba sikit tentang sihirlah ye. benda ni penting. even sekarang ni da zaman canggih secanggih-canggihnya , tapi benda ni tetap boleh terkena pada kita. sebab masih ada ye pengamal ilmu-ilmu yang bersekongkol dengan syetonn ar-rajim. bukan niat nak menakutkan mahupon memberanikan sesiapa tapi sekadar ingatan sesama insan wahh gituu.

well , sihir ni da wujud sejak zaman Nabi Sulaiman a.s lagi berdasarkan surah Al-Baqarah ayat 102. yang mana orang ramai pada masa tu ade belajar sihir daripada syaitan dan apa yang diturunkan kepada dua Malaikat iaitu Harut dan Marut. walhal , keduanya tak ajarkan apa-apa sihir sebelum memberi amaran , “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. tapi masih ada juga yang belajar walaupon dah diberi kad merah amaran.

selain tu , kekuasaan  jin Ifrit yang mampu memindahkan istana Puteri Balqis sepantas sebelum bangunnya Nabi Sulaiman a.s dari duduknya juga bukti yang sihir telah wujud masa tu.sila rujuk surah An Naml , 39. maksudnya , sebelum bangkit dari duduk , istana tu da sampai. gituh le gamaknya.jadi kita kene yakinlah yang sihir tu wujud. tapi , hanya akan berhasil dengan izin Allaah.

antara tanda-tanda terkena sihir :

  1.suka berseorangan 
  2.lemah sendi-sendi utama
  3.terasa miang-miang badan
  4.rase berdebar-debar tanpa sebab
  5.terasa sakit di atas belakang badan
  6.mudah lupa seperti terlupa rakaat sembahyang
  7.bergaduh sebab benda kecil yang dibesar-besarkan
  8.terasa ada benda yang bergerak-gerak dalam badan
  9.menghidapi barah yang sukar diubati dengan ubatan hospital
10.mimpi dipatuk ular or jatuh dari tempat tinggi or ada binatang berbisa nak serang kita
                                   
itu je lah kott. tapi yang penting janganlah bila sakit sikit terus nak jumpa ustaz dan cakap si polan bin si polan tu da hantar 10 ratus sihir guna bullet train pada kita. sebaliknya , pi lah jumpa dokter dulu norr.. ^_^
pinjam telinga : dapat sikit info bile dok depan tv3 pukul 5 pm tadi.gehehe

kuku panjang kaler pink

salam
sekarang ni budaya kita orang melayu memang bukan-bukan. paling tidak diterima akal bila ade hobi simpan kuku panjang 1 pembaris. ala-ala maya karin dalam pontianak harum sundal malam gamaknye..hehe boleh kalau nak simpan kuku panjang, tapi mestilah bersih dari kuman. boleh ke?? hari-hari korek idong, nak cakap kuku hang bersih? pigidah.. sebenarnya ade yang kita kurang tahu keburukannya bila simpan kuku panjang ni. salah satunya bila menggaru , kulit hang boleh calar. nanti da x comey dahh..

selain tu , dalam kuku-kuku kita ni ade sejenis bakteria bernama E-coli. well , pada asalnya E-coli ni tidak berbahaya kepada kita dan juga wujud dalam usus kita. tapi E-coli ni adalah bakteria dan ia boleh bertukar jadi jahat melalui mutation dan masuk ke salur darah kita.macam yang baru-baru kita dengar penyakit berkaitan E-coli tu.. kesan-kesan bila dijangkiti penyakit ni , termasuklah sakit perut yang teruk , muntah-muntah dan cirit birit.

macam mane dia boleh ada dalam kuku kita? biasalah cebok mestilah guna tangan kann.. disebabkan dia ada dalam usus , jadi dia akan berlegar-legar dalam poop poop kita.kalau nak cerita dari segi islam , ibaratnya menyimpan 1 kuku panjang dosanya seperti memelihara sekandang babi.kalau sepuluh-sepuluh kuku panjang , 10 ratus babi lah da kita bela. kesimpulannya , buang hobi nak bela kuku panjang ok?

macam biaselah. mesti ade pesanan dari penaja kann.. untuk elakkan dijangkiti penyakit dari E-coli , basuh tangan dengan sabun selepas ke tandas. ingat E-coli banyak dalam poop poop. lagipon sape yang nak termakan poop poop kann.he ketika mandi-manda atau berenang di tempat awam seperti pantai , jangan telan air tu ye.biasalah , dari budak-budak hinggalah ke kakak , abang , dan atok budak pon boleh buang air dalam tu. paling penting pastikan sayur dibasuh sebersihnya dan daging terutamanya daging lembu dimasak semasak-masaknya. kalau tengok dia pink lagi , pegi piattt telinga sape yang masak tuh. nak tahu sebab ape? sebab E-coli warne PINK!
sumber 1
sumber 2

Random Giveaway by Eila Ratu

salam


saye join lagi. kali nie random giveaway dari eila ratu. sekali lagi di tag oleh cik meyo : ) jemput-jemputlah join hadiahnye berupa barangan wanita.hehe kepada sesiapa yang nak join, sila klik sini <==
sekarang saye tag :
cik yasmin
cik needy
 
with love,

how smart is your right foot?

salam

This is hysterical. You have to try this. It is absolutely true. I guess there are some things that the brain cannot handle..

You have to try this please, it takes 2 seconds. I could not believe this! It is from an orthopaedic surgeon…………

This will confuse your mind and you will keep trying over and over again to see if you can outsmart your foot, but you can't. It is pre-programmed in your brain!

1. While sitting at your desk in front of your computer,lift your right foot off the floor and make clockwise circles.

2. Now, while doing this, draw the number '6′ in the air with your right hand. Your foot will change direction.

I told you so! And there's nothing you can do about it! You and I both know how stupid it is, but before the day is done you are going to try it again, if you've not already done so.

Tell your friends to frustrate them too.

sumber
 
with love,

saye takot eskalator

salam
 Dengan rasa jujur dan luhurnya saye umumkan, saye takot eskalator! bhahaha lawak kan? ==' tapi nak buat macam mane, setiap kali aku naik eskalator mesti teragak-agak macam cuak je tengok gigi tajam die tuh. kadang-kadang terase agak kampungan, aiyooo..naik eskalator pon takot-takot ke?? kat rumah x de eskalator ke? memang tak de ponn.. ==' tapi biase aku control lah.. aku kan macho gagaga.. tapi biasa kalau perasan, itupon kalau ade yang perasan lahh.. aku akan naik lambat 1 tangga dari orang sebelah aku. heh kantoi sudah.he

aku ponn konfius kenape aku macam nie. nak kate mase kecik mak aku jarang ajak naik eskalator tak jugak. 80 ratus eskalator dah aku naik, nak kate eskalator penah geget aku, baru 2 kali die geget aku dalam mimpi.. hemm musykil3.. yang lagi pelik, da besaw gajah macam ni pon still takot-takot lagi..gajah kenit kot aku nie..
well..well..well..tapi ke'freaky'an aku ni terbukti kewajarannya bila macam-macam  incident-excident yang banyak aku jumpa berkaitan escalator nih. ternyata, escalator adalah makhluk yang garang lagi ganasss.. 

terbaru kes yang berlaku di Muar kampung aku tuh! seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun putus 2 jari kanan dan kiri selepas terjatuh dan tersepit di eskalator. eskalator tuh sebenarnya berhenti secara tiba-tiba dan membuatkan sepupunya dan kanak-kanak tu terjatuh. kemudian jari budak lelaki tu terpaksa direntap dan menyebabkan jari budak tu putus.adess. kesian budak tuh. T_T yang lagi sedihnya, cubaan menyambungkan jari budak tu di HUKM tidak berjaya.. lagi info klik sini <==
kesian budak nih
 lain-lain kes eskalator mengganas :
eskalator baham kaki budak klik sini <==

eskalator mengamuk baling kereta klik sini <==
ala..yg kat KB Mall tuh

tengok dia baling kene dia balik padan muke
eskalator geget kaki pulak klik sini <==
gambar dari posted@www.isuhangat.net
sekarang wajar jugaklah aku cuak naik eskalator kan..kan.. pesanan penaja, elak pakai kasut getah di eskalator. gunalah di toilet sahaja. means, kalau pakai kasut getah hati-hati banyak lah ye.. kalu ade lif, naiklah lif lebih selamat kott.naik lif lagi cepat nak ke tempat yang ingin dituju ye tak? kalau nak naik eskalator dengan kanak-kanak, dukunglah mereka ye. yelahh. mereka agak aktif dan teruja kann.agak bahaya disitu. sekian terima kasih. ^_^

with love,

saye ditag-mega bloglist umar faruq!

salam

saya ditag jiran saye yasminn untuk join segmen mega bloglist umar faruq. well, sebagai seorang jiran yang perihatin, saye join! jom3..join segmen nie untuk naikkan trafik korang jugak. care-carenye :

  1. Buat entri bertajuk : "Mega Bloglist Umar Faruq" dan linkkan ke entri beLiau..
  2. Letak header blog BeLiau.. 
  3. Paste link entri korang tu kat bahagian komen BeLiau paling lewat 26 June 2011.. 
jomlah joinn! saye dah! kamu bila lagi? macam iklan tuala wanita pulak.erk.he

saye ajak:

betul ke perempuan mati bersalin akan jadi pontianak?

.assalamualaikum.


ohh panjang tajuk entry hari ni.he hemm..betul ke perempuan yang mati bersalin akan jadi pontianak? sebenarnye soalan ni lebih kepada kanak-kanak comel yang masih naif.pada fikiran aku. tiba-tiba ade member tanya soalan tu pada aku.aiigooo..terkejut den.=='

pontianak or kuntilanak yang kita tahu hantu perempuan yang mati beranak. baju dia selalu kaler putih dengan tompok-tompok merah.aiceh..mcm penah tgk je. tapi yang penting kadang-kadang dia bawak anak.anak dia kott. kalau x pon batu nisan.pontianak ni pon popular di Malaysia dan Indonesia.pada siang hari roh mereka kononnya berada dalam batang pisang.

itu semua tidak penting, yang ingin saya katakan disini seandainya ditakdirkan seorang ibu meninggal semasa melahirkan anaknya ibu tidak akan menjadi pontianak.malahan mereka dijanjikan syurga dan termasuk dalam golongan syuhada' name aku tu.he golongan syuhada' name aku lagi! adalah orang-orang yang mati syahid.

ibu yang melahirkan dijanjikan syurga sebab kehilangan banyak darah, mereka berada di ambang kematian semasa melahirkan. kenapa? kerana mereka paling berisiko menghidapi penyakit embolisme paru-paru angkut menatang ape tuh? ok aku pon baru dengar name penyakit ni.he punca penyakit ini ialah gumpalan darah beku di betis atau pinggul wanita mengandung. ofkos lah disebbkan tekanan dari baby kann..

punca kedua, air ketuban atau amniotic fluid yang mungkin memasuki salur darah semasa bersalin.yang ni tidak sebahaya punca pertama yang boleh membuat salur darah tersumbat, tapi tidak kurang juga bahayanya kerana boleh membuatkan saluran paru-paru menyempit dan akhirnya tertutup. well, kalau dah salur paru-paru menyempit, kesannya sesak nafas, tekanan darah turun mendadak, denyutan nadi bertambah laju, muka pucat tidak bermaya dan mungkin tidak sedarkan diri.sebagai langkah keselamatan, kalau ini berlaku di rumah bantuan CPR perlu dilakukan sementara menunggu ambulans datang.

penyakit ni bukan sahaja berlaku pada perempuan mengandung atau bersalin tapi turut berisiko pada seseorang yang mengamalkan pil perancang keluarga, perokok tegar atau tidak tegar, mahupon penghidap penyakit kronik lain yang membuatkan kurang pergerakan seperti kanser atau patah tulang.kesimpulannya, jgn takot nanti jadi pontianak pulak ye.hihih

pinjam telinga: hantu biasanya jelmaan jin dan syaitan tiada kaitan dengan  orang yang dah
                       meninggal dunia.

berat badan naik bila umur meningkat?

salam

setiap hari umur makin meningkat. tik tok tik tok no more TEENS! ohh.. takpee. maknenya semakin dewasa. selalu dikaitkan makin meningkat umur, semakin naik berat badan. kononnya disebabkan hormon dan segala bagai. so let us talk about BERAT BADAN DAN CARA TERBAIK KURANGKAN BERAT BADAN huhu mula bersemangat? bagus!

Tahukah kamu dan kamu , bila umur meningkat , kadar metabolisme badan makin menurun dalam masa yang sama kadar penghasilan hormon juga berkurang. Oleh itu , pengumpulan lemak juga akan beroperasi secara bombastiknya.justeru , marilah bersama-sama mengamalkan gaya hidup sehat! yeaayy..!

apa yang lebih merungsingkan ialah lemak tepu yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit lain termasuk pembunuh utama rakyat Malaysia iaitu SAKIT JANTUNG. lemak yang membahayakan bukan merupakan spare-spare tayar yang berada di bawah perut tetapi lemak tepu yang bersembunyi di atas perut tau nama fofularnye ialah buncet. ini kerana lemak tepu ini lebih berkuasa untuk menekan salur darah dan seterusnya membuat jantung kita cedera a.k.a sakit jantung.

selain itu, jika ukur lilit peha + betis lebih kecil daripada ukuran perut , maka anda berisiko tinggi untuk mendapat hipertensi dan juga sakit jantung. maka , balik rumah , dan cepat-cepatlah ukur ya. jangan runsing dan jangan risau ada 3 pesanan penaja iaitu : berlari atau berjoging. senaman kardio memang lebih berkesan. bangkit tubi , sebenarnye tidak mengempiskan perut sebaliknya meregangkan otot perut. katanyaa.

pesanan kedua : bersenamlah ketika cuaca sejuk. ramai yang berfikir atau terfikir , semasa waktu panas paling sesuai kita bersenam. lagi banyak peluh lagi sehat! anda salah! bersenam pada waktu panas membuatkan badan dehydrasi dan itu tidak baik. sebaliknya bersenamlah pada waktu sejuk seperti waktu pagi kerana badan akan membakar lebih banyak lemak untuk memanaskan badan. logik bukan?

Pesanan ketiga : ambil lebih banyak kalsium. kalsium bukan hanya untuk warga emas atau pesakit patah tulang sahaja. kalsium bagus untuk tulang dan membuatkan lemak ditarik oleh tulang. bagus bukan? jadi lemak tidak akan terkumpul. kalsium juga lebih baik diambil dalam bentuk makanan atau minuman berbanding pil. jadi , yang tak suka susu mulalah berjinak-jinak ya..sekian. sumber dari rancangan di KBSW tapi tak tahu ape tajuk dia. : )


cerita lawak : perbezaan antara girlfriend dan isteri

¤ isteri macam tv, ‘girlfriend’ macam handphone. 
Dirumah tengok tv, pergi keluar bawak handphone

¤ Takde duit jual tv, ada duit beli handphone baru

¤ Kadang-kadang seronok tengok tv, 
tapi selalunya masa banyak habis main handphone

¤Tv percuma sepanjang hayat, tapi handphone kalau tak bayar servis line, 
talian akan ditamatkan serta merta.

¤ Tv saiznya besar, berat dan buruk, tapi Hp ‘cute’, comel, ramping dan banyak butang boleh picit dan boleh dibawa kemana-mana pada bila-bila masa saja.

¤ Kos penyelengaraan tv murah aje, lagipun jarang rosak, tapi Hp.. mak oii.. mahalnya selalu meragam plak tu.

¤ Yang sadisnya Tv ada remote control, tapi Hp takde

¤ Cuma satu je kelebihan Tv, takde virus. Tapi Hp… sekali kena virus habislah!

JADI…. JANGAN PENING KEPALA, PILIHLAH TV ANDA. KALAU BOLEH YANG PLASMALAH YA…..

KUANG…. KUANG…. KUANG…


p/s : gold coin to lawaknakal.blogspot

rabun-rabun meraban..

salam

semalam saye keluar bersame rakan-rakan saye..oohh! rindu dengan mereka >_< tapi kitorang keluar 3 orang je.. yang lain sibuk dengan kerja bagai.. tapi 3 orang pon cukup happening! hehe. pusing-pusing window shopping je kat wetex parade kat muar tuh. tapi yang penting, karok! haha mesti x lepas. x lupe jgak sempat buat kad bsn baru.. ohh lega. da nazak sgt kad aku tuh.. lepas baik je dari sakit nie n dapat kaki blk, dapat keluar dgn kawan-kawan balik mcm dulu memanglah melegakan..hee

time pusing-pusing tuh terpikir pulak nak test mata kat kedai cermin mata.. free je kan.. ape slhnye.. kesiann tgk muke salesgirl tuh bosan jeh ghupenyee..hee tuh yang murah hati nak kasi die kerja cket tuh.he cek punye cek, buukkk! aku rabunlah.. : ( special kes nye, sebelah kanan rabun silau n sebelah kiri rabun jauh..

ohh risau aku.. sekarang tengah mempertimbangkan nak pakai spect ke x? duuuhhh. takot x selesa je nanti.. tapi rabun silau membahayekan ehh.. then, dy kate aku ade lazy eyes coz mata kiri aku terlalu banyak digunakan sebab rabun silau di mata kanan yang agak teruk. emm..somebody..any advice for me? newbie for spectacle..

some pics yang sempat di'snap=snap' semalam..

result cek mata.. : (



karok! ohh

cikgu pon join..huhu

sempat pose sorang-sorang

love

peace..

hensem x?


fira and zaza

kenapa aku berblog?

salam

hye semua..setelah mendpt suprise tag dari cik meyo! kawan saye tuh.. thanx meya! dan setelah membuat pertimbangan setimbang-timbangnya, saye membuat keputusan untuk join segmen cik nelly! ye tahniah cik nelly..huhu cik nelly nie buat segmen nie sempena birthday die 17th jun nie.. dan dah tentulah tarikh tutupnye juge 17th jun nie ye..hee. ok proceed..kenapa aku berblog adelah kerana..

1.suke suki
2.blog boleh jadi tempat lepas geram+perasaan yang tidak sehat
3.mengatasi ke'boringan' terlampau di rumah apabila cuti berlambak datang bertandang
4.boleh jalan-jalan di blog orang sambil cuci-cuci otak
5.boleh mengetahui hal-hal semasa melalui blog-blog panas ala-ala melodi..huhu

saye bagi 5 sebab! bak kate cik meyo ponn, nombor ganjil lagi afdhal! huhu tuh je lah alasan yang wajar saye utarakan.. >_< pape pon, hepy becoming birthday cik nelly! dan sekarang saye tag tiga orang jiran saye.. ^_^


klik sini <== utk join segmen cik nelly

kawan hang busuk? hang busuk ke tidak?

salam

bangge je muke die

ececehh..tajuk entry aku ade loghat utara.. orang utarakah aku??  hee. oklahh.. dok pusing-pusing keliling rumah naik kapal terbang tadi tipu je aku terjumpe lah artikel bau badan. artikel tuh kata bau badan lelaki lebih serius dari perempuan? betul ke? betol kott. hee sebab perempuan kan wangi.haha 

berbalik ke tajuk enry aku lah ye. first sekali kalau x nak bau badan berjaya memengsankan lima ekor kucing jantan kenapa jantan? aku pon x tahu kamu , kamu dan kamu haruslah mandi 2-3 kali sehari+sabun antiseptik biasalah. kalau x mandi confermlah bau semacam kan.. nak nak kalau dah postpone 2-3 hari.. mak aiihhh cepat-cepatlah qada' mandi ye.. sabun antiseptik juga penting untuk membunuh bakteria punca bau bususk!

seterusnya , seperti yang kita semua tahu punca bau badan juga datangnya dari peluh.. jadi pakailah pakaian yang agak longgar supaya kulit kita boleh bernafas..jadi kuranglah peluh kan.. pemilihan jenis pakaian juga perlu kita titikpeluhkan titikberatkan. pilih jenis baju seperti cotton or kapas atau sutera=lelaki jgnlah ye.. dan secara logiknye , kalau baju tuh da kotor cepat-cepatlah tukar. pi pakai lagi memanglah berbau kan kan..

dan lagi...gunakan deodorant yang anti bau atau pon yang bukan bau je kuat dan wangi! tapi juga mampu membunuh kuman ye anak-anak.. selain itu, makanan juga main peranan tahu, mak aku kata kalau makan bawang banyak nanti bau badan tahu.. jadi, kurangkan makan bawang putih , dan juga daging , dan juga kafein , dan juga kekacang..

bagi si perokok juga harus ingat ye.. bau rokok tuh bukan saja melekat pada bau mulut , tapi juga bau badan tahu..issskk3.. dont dont dont isap rokok tahu.. bau rokok menyumbang kepada badan yang berbau.. tu jelah.. malas dah nie.. k papaii..

cikgu shida bukan syaitan!

salam

cikgu shida syaitan? tu lah keyword yang keluar bila kita taip 'cikgu shida' di encik google. sebenarnya itu hanyalah kekeliruan teknologi internet bila kita search di google. bila keyword cikgu shida dan syaitan terdapat dalam sesuatu laman, jadi keyword tu lah yang terkeluar. kita pon cepat-cepat klik nak tgk sape daring sgt nak ckp orang syaitan tuh kann.. sekali bukan tuh yang sebenanye.. kan-kan.. kesimpulan awal : cikgu shida bukan syaitan> full stop.he

berkenaan cikgu shida, sekarang nie ramai juga yang telah meng'kondem' cikgu shida. ade yang kate memalukan etika perguruan dan macam-macam lagi lah. tapi pendapat aku, perbuatan cikgu shida meng'upload' video miming dia ke u-tube tuh bukanlah memalukan atau memburuk-burukkan sesetengah pihak. pada pandangan akulah. cikgu shida cuma nak share hasil creative dia meng'edit' dan miming lagu..

just feel pity on her bila ramai yang membangkang secara terang-terangan. sampaikan aku ade terbace di 1 blog yang mencadangkan JPN Perak mengenakan tindakan kepada cikgu shida kerana memalukan atau meruntuhkan martabat guru di Malaysia. for me, it's unfair~ : (

berita gembira yang aku jumpa time 'terbang-terbang' tadi macam superman pulak haha  cikgu shida telah pon dilamar! oopss! bukan lamaran yang tu lahh.. cikgu shida dilamar untuk berlakon dalam satu telefilem. betol ke tidakk? same-same kita tunggu cikgu shida keluar ke tidak di tv nanti

fwd:melayu oh melayu by luqie ishak

salam

Actually baru lepas singgah kat blog kawen kawan saye .::Gile ke haa????::. at http://luqmaneshak.blogspot.com/
sangat tertarik dengan entry dy bertajuk melayu oh melayu~ cube pakat mai tgk nih klik sini

amacam? da bace? pendapat korang? haha jom dok pikir ramai-ramai ape kejadahnye..

Denda rm50 sebab maki polis?

salam

denda rm50 sebab maki polis? aik jgn slh paham plk ye. bukan saye! haha citer nye mcm nie. semalam dok tgk berita kat tb3, tibe-tibe keluar lah berita gadis didenda rm50 kerana memaki polis.hah! kejadian ni berlaku di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU - Gara-gara memanggil seorang anggota polis bodoh, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dikenakan denda RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir  didakwa mengeluarkan perkataan ”polis bodo” terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 1 petang, 28 Mei lepas di kawasan LTSM dan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1957 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju kurung berwarna biru, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Adila Abd Latif. - Bernama

haha.. itulah kisahnye ye. moralnye disini jgn lh sesuka hati dan limpa memaki pihak berkuasa mahupun sesiapa sahaja. last-last kamu jugak yang malu! siap kuar berite tv3 lagi! malu wehh! da elok dok pakai baju kurung dan tudung. ayu gituhh! tapi tersilap, termaki pulak. mak aihhh!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...