}

berus gigi sebenarnya dicipta oleh seorang banduan

assalamualaikum


Best greed as always :) hang percaya ka tak percaya ka berus gigi sebenarnya dicipta oleh seorang banduan yang bernama William Addis. tapi banduan ni bukanlah seorang penjenayah kejam tahap bunuh orang segala, tapi beliau ni dipenjarakan bawah akta hasutan. dalam bahasa senangnya, dia pi ajak orang buat rusuhan ramai-ramai. mungkin menyebabkan kekecohan, so dia ditangkap.

rasa macam tak logik kan, dalam jail bukan ada pape pun so macam mana dia boleh buat toothbrush. interestingly, dia buat toothbrush ni hanya daripada tulang, bulu khinzir dan juga wire. mula-mula dia ukir tulang tu untuk jadi pemegang brush tu. then dia buat lubang untuk masukkan bulu-bulu khinzir tu dan dikemaskan dengan wire. siaapp! bolehla cuba kalau tertinggal toothbrush lepas nih. bhahaha!

tapi kalau ikutkan sejarah, orang zaman dahulu dah lama memberus gigi. orang sekarang je malass.

EGYPTIANS
guna serbuk special dari kuku lembu dan kulit telur

ROMANIANS
menggunakan kayu

GREEKS
menggunakan kain kasar

CHINESE
menggunakan bulu yang dilekatkan pada buluh atau gading


selepas Addis keluar dari penjara dia mula menghasilkan berus gigi secara besar-besaran dan kemudian pada 1983, DuPont company memulakan pembuatan berus gigi menggunakan nylon macam yang ada sekarang. satu lagi info yang menarik, orang-orang eropah bermula kesedaran memberus gigi selepas perang dunia kedua. which is actually habit askar-askar mereka yang sentiasa mementingkan kebersihan gigi.

incik william addis

rasa-rasanya korang ada macam dapat idea bernas tak nak guna apa kalau-kalau toothbrush tertinggal? teheee

gila meroyan

assalamualaikum.


Bila orang-orang bercerita pasal gila meroyan, saya sebenarnya macam kurang percaya and saya fikir gila meroyan tu takde kena mengena pun dengan orang yang baru bersalin. then, bila nampak iklan cerita primadona kat astro, where diorang bercerita pasal gila meroyan ni, so saya mula lah rasa nak tahu. does it really happen kan.

so saya jumpa sedikit info pasal gila meroyan ni  dalam majalah isihat ogos 2010, gila meroyan or postpartum psychosis dalam bahasa perubatan, memang betul-betul berlaku. Malahan, 85 peratus wanita selepas bersalin mengalami gangguan perasaan ni semasa berpantang. tapi kebanyakannya tidak membahayakan dan hanya pada tahap ringan.

basically gila meroyan ni berkaitan dengan gangguan perasaan dan selalunya disebabkan keadaan hormon yang tidak stabil dan ibu keletihan jaga baby yang baru sahaja lahir. mestilah kan, badan pun still tak sihat untuk ganti balik darah hilang time delivery, ditambah lagi perlu jaga baby kecik yang perlu jagaan yang teliti. mesti letihh kann.

so, nasihat dari Sharizen kassim, pengarah urusan ambar kenanga health marketing, ibu bersalin perlu menjaga dan mengelakkan diri daripada berasa risau atau terperanjat. sebab emosi masih lemah. dan jangan juga dengar lagu-lagu sedih atau tengok cerita sedih.ia boleh meruntun jiwa. katanya..

apa yang bahayanya, mereka yang mengalami sakit gila meroyan ni boleh membuat perkara yang boleh mencederakan dirinya, baby dan orang sekeliling. so, kene beri perhatian pada mereka. gila meroyan is really happening. so, nasihat-nasihat orang tua-tua tu janganlah diabaikan. semua yang diorang nasihat tu ada benarnya. mereka kan lebih banyak makan garamm :)

gelandangan

assalamualaikum.


one day, saya teman sorang kawan nak pergi betulkan laptop dia rosak. Then, kitorang plan nak pergi satu kedai yang dekat dengan lowyatt tapi bukan lowyatt. kiranya kedai tu berhampiran la dengan lowyatt tu tapi bukan dalam lowyatt tu.. >_<!

kitorang turun di stesen monorail bukit bintang and then jalan kaki pergi kedai tu. Tup tup hujan lebat gilaaa mencurah-curah. nasib baik aku memang jenis sentiasa bawa payung sebab cikgu cakap sediakan payung sebelum hujan. ahak!

on the way jalan tu, ternampak dua orang budak lelaki kott, tak perasan sangat. kat kaki lima tepi giant sungei wang tu. dalam hati dah terdetik, anak sape la nii..kesiannyaa basah kuyup dahh. then jalan and jalan lagi.. nampak seorang wanita ni, berbaring kat kaki lima tu. omg omg kesiann sangat-sangat sebab air hujan yang lebat tu, yang dah hampir nk jadi banjir tu slumber je berlalu-lalu kat badan dia. dengan anak-anak kecik ada lagi dua tiga orang.

seriusly rasa kesiann gilaa dalam masa yang sama, shocked juga sebab sebelum ni nampak scene macam tu dalam tv jee. Bila tengok dalam tv, cakap dalam hati nak tolong orang macam tu. tapi bila da jumpa betul-betul rasa macam.. what to do.. what to do. what actually i should do. and lama sangat pikir, akhirnya terlepas macam tu saja and end up tak menolong pape pun. Last word that i can say, easier said than do. =='

lebih kurang macam ni. tapi dorang 1 family

gigi palsu yang pertama!

assalamualaikum


Lama gila tak update blog and disebabkan happy gila sebab dapat siapkan my first denture, terupdate pula di critical time nak exam ni..hakhak. seriusly memang banyak lagi tak cover la sebenarnya kann. well, cakap banyak pun tak guna, here are the pics!




sebenarnya almost 4 bulan kitorang belajar buat denture ni, dan sangat-sangat faham kenapa harga dia mahal. sangat memerlukan kerja yang teliti sebab dia sangat sensitive. kalau ada apply salah teknik, conform padahla akibatnyaa.

lebih trill lagi, dua hari before denture ni kene hand in, my lovely denture ni patah sebab terjatuh! well, tangan kecik sangat, cannot grip well.haha tapi disebabkan ada hero malaya kitorang aka en Ramli yang tolong time repair denture ni, sempat juga siap walaupun orang lain semua da hand in awal-awal lagi. soobbs!

seriusly en Ramli memang sangat-sangat membantu kitorang semua. Thankiuuu en. ramli.. hope en. ramli baca la blog aku, tapi sebenarnya memang TAK la kann.haha hope exam ni going well, packed 1 week 7 papers without study week! dentistry is really interesting.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...