}
Showing posts with label tips tops. Show all posts
Showing posts with label tips tops. Show all posts

tips untuk patah kaki

.assalamualaikum.


Da lama terdetik nak buat entry ni. Tapi baru skrg rajin nak type. Sebelum ni pernah buat do's and dont bila patah kaki sekarang ni tips pula after sembuh patah kaki or after tulang dah cantum semula ok.


Problem yang utama terpaksa dihadapi bila sembuh dari patah kaki ada dua :


Lutut tak boleh bengkok

Jalan tempang


Time patah kaki, biasanya kaki tu mmg akan direhatkan sepenuhnya la kan. Mmg tak lah nak bengkok kan kaki sekerap time sihat. So sendi lutut akan jammed. Untuk kembali membengkok kan kaki seperti normal, dulu saya amalkan :

Tuam sendi lutut dengan air suam sekerap mungkin

Buat fisio sendiri which means bengkok kan lutut tu dengan pressure.


after sembuh, kaki saya cuma boleh bengkok  90º je. So mula-mula mmg solat duduk. Then bila dah selalu buat fisio sendiri boleh bengkok makin banyak. So saya beranikan diri untuk solat sendiri tapi duduk mengikut yang mampu. So solat tu pun jadi fisioterapi juga.hehe 


selain tu, paksa diri untuk guna toilet cangkung. Memang kebasla kaki lepas tu. Tapi berbaloi la. Sekarang da boleh bengkok mcm normal! 180º okayy. Macam orang normal.


Satu lagi problem bila patah kaki, majority after sembuh akan jalan sedikit tempang. terutamanya untuk yang patah tulang peha atau betis. Kononnya sebab kaki dah pendek sebelah. Dok tahu betul ke tak.hihi


 tapi time mula-mula lepas tongkat saya jalan tegak-tegak. Sebab takut sangat jadi awek jalan tempang kann. Bila jalan tu kaki yang sakit tu akan jinjit sedikit kalau tak memang akan jalan senget sebelah.


For me, mungkin those yang jalan sedikit senget sebab diorang terbiasa jalan senget after lepas tongkat. So elakkan lah dari terbiasa jalan senget okay. Sekarang ramai tegur saya jalan elok je. Hehe


miss them and kmj <3

kucing pun datang bulan?

.bismillah.


kucing pun datang bulan? ape kejadahnye ni? biar betul?? haha kucing dan mamalia lain sememangnya datang bulan atau dalam bahase jowonye 'menstruation'. kita ni pon datang bulan sebab kite kan tergolong dalam mamalia atau kita kan mamalia sebab tu kita datang bulan.ahah. tapi binatang-binatang yang mengalami datang bulan yang normal macam manusia hanya gorila , orang utan , bonobo dan simpanse cipanzi kott ==' em , menstruasi yang normal ni biasanya dari 3 hingga 7 hari. tapi ade juga yang lebih dari tuh.

tapi kalau mamalia lain macam kucing pon datang bulan , kenapa kita x pernah pon tengok diorang bleeding or beli kotex , laurier atau carefree kan? err.. sebab diorang mengalami menstruation bukan macam manuskrip manusia. yang pelik bin ajaibnya , time menstruation ni berlaku rahim diorang akan serap dinding rahim supaya tak berlaku pendarahan. tapi ade jugak yang bleeding tapi sangat sikit sampai kita pon x pernah perasaan perasan. diorang juga x de lah tiap bulan menstruate tapi hanya beberapi kali je dalam setahun.

well , manusia menstruate memang normal tapi kucing menstruate pon normal jugak cuma kita je yang x perasan kott. kalau tengok kucing-kucing kampung kita bad mood je tuh. paham-paham je lah ea.. diorang pon datang bulan jugak.haha antara pesanan penaja bile time-time 'sakit' nih , banyak-banyaklah minum air suam , elakkan ais , ataupon boleh cuba petua nih :

     Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian
     perut yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

boleh juga kalau nak cuba pada kucing yang bad mood : D
lagi petua sini <==
baca lagi sini <==

you sihir pergi jaoh-jaoh!

.Assalamualaikum.

you saka sihir , pergi jaohh jaooohhhhhh! pembetulan.. bukan nak promote cerite kat tv3 okeyh. tapi entry kali ni lebih kepada serba sikit tentang sihirlah ye. benda ni penting. even sekarang ni da zaman canggih secanggih-canggihnya , tapi benda ni tetap boleh terkena pada kita. sebab masih ada ye pengamal ilmu-ilmu yang bersekongkol dengan syetonn ar-rajim. bukan niat nak menakutkan mahupon memberanikan sesiapa tapi sekadar ingatan sesama insan wahh gituu.

well , sihir ni da wujud sejak zaman Nabi Sulaiman a.s lagi berdasarkan surah Al-Baqarah ayat 102. yang mana orang ramai pada masa tu ade belajar sihir daripada syaitan dan apa yang diturunkan kepada dua Malaikat iaitu Harut dan Marut. walhal , keduanya tak ajarkan apa-apa sihir sebelum memberi amaran , “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. tapi masih ada juga yang belajar walaupon dah diberi kad merah amaran.

selain tu , kekuasaan  jin Ifrit yang mampu memindahkan istana Puteri Balqis sepantas sebelum bangunnya Nabi Sulaiman a.s dari duduknya juga bukti yang sihir telah wujud masa tu.sila rujuk surah An Naml , 39. maksudnya , sebelum bangkit dari duduk , istana tu da sampai. gituh le gamaknya.jadi kita kene yakinlah yang sihir tu wujud. tapi , hanya akan berhasil dengan izin Allaah.

antara tanda-tanda terkena sihir :

  1.suka berseorangan 
  2.lemah sendi-sendi utama
  3.terasa miang-miang badan
  4.rase berdebar-debar tanpa sebab
  5.terasa sakit di atas belakang badan
  6.mudah lupa seperti terlupa rakaat sembahyang
  7.bergaduh sebab benda kecil yang dibesar-besarkan
  8.terasa ada benda yang bergerak-gerak dalam badan
  9.menghidapi barah yang sukar diubati dengan ubatan hospital
10.mimpi dipatuk ular or jatuh dari tempat tinggi or ada binatang berbisa nak serang kita
                                   
itu je lah kott. tapi yang penting janganlah bila sakit sikit terus nak jumpa ustaz dan cakap si polan bin si polan tu da hantar 10 ratus sihir guna bullet train pada kita. sebaliknya , pi lah jumpa dokter dulu norr.. ^_^
pinjam telinga : dapat sikit info bile dok depan tv3 pukul 5 pm tadi.gehehe

kuku panjang kaler pink

salam
sekarang ni budaya kita orang melayu memang bukan-bukan. paling tidak diterima akal bila ade hobi simpan kuku panjang 1 pembaris. ala-ala maya karin dalam pontianak harum sundal malam gamaknye..hehe boleh kalau nak simpan kuku panjang, tapi mestilah bersih dari kuman. boleh ke?? hari-hari korek idong, nak cakap kuku hang bersih? pigidah.. sebenarnya ade yang kita kurang tahu keburukannya bila simpan kuku panjang ni. salah satunya bila menggaru , kulit hang boleh calar. nanti da x comey dahh..

selain tu , dalam kuku-kuku kita ni ade sejenis bakteria bernama E-coli. well , pada asalnya E-coli ni tidak berbahaya kepada kita dan juga wujud dalam usus kita. tapi E-coli ni adalah bakteria dan ia boleh bertukar jadi jahat melalui mutation dan masuk ke salur darah kita.macam yang baru-baru kita dengar penyakit berkaitan E-coli tu.. kesan-kesan bila dijangkiti penyakit ni , termasuklah sakit perut yang teruk , muntah-muntah dan cirit birit.

macam mane dia boleh ada dalam kuku kita? biasalah cebok mestilah guna tangan kann.. disebabkan dia ada dalam usus , jadi dia akan berlegar-legar dalam poop poop kita.kalau nak cerita dari segi islam , ibaratnya menyimpan 1 kuku panjang dosanya seperti memelihara sekandang babi.kalau sepuluh-sepuluh kuku panjang , 10 ratus babi lah da kita bela. kesimpulannya , buang hobi nak bela kuku panjang ok?

macam biaselah. mesti ade pesanan dari penaja kann.. untuk elakkan dijangkiti penyakit dari E-coli , basuh tangan dengan sabun selepas ke tandas. ingat E-coli banyak dalam poop poop. lagipon sape yang nak termakan poop poop kann.he ketika mandi-manda atau berenang di tempat awam seperti pantai , jangan telan air tu ye.biasalah , dari budak-budak hinggalah ke kakak , abang , dan atok budak pon boleh buang air dalam tu. paling penting pastikan sayur dibasuh sebersihnya dan daging terutamanya daging lembu dimasak semasak-masaknya. kalau tengok dia pink lagi , pegi piattt telinga sape yang masak tuh. nak tahu sebab ape? sebab E-coli warne PINK!
sumber 1
sumber 2

saye takot eskalator

salam
 Dengan rasa jujur dan luhurnya saye umumkan, saye takot eskalator! bhahaha lawak kan? ==' tapi nak buat macam mane, setiap kali aku naik eskalator mesti teragak-agak macam cuak je tengok gigi tajam die tuh. kadang-kadang terase agak kampungan, aiyooo..naik eskalator pon takot-takot ke?? kat rumah x de eskalator ke? memang tak de ponn.. ==' tapi biase aku control lah.. aku kan macho gagaga.. tapi biasa kalau perasan, itupon kalau ade yang perasan lahh.. aku akan naik lambat 1 tangga dari orang sebelah aku. heh kantoi sudah.he

aku ponn konfius kenape aku macam nie. nak kate mase kecik mak aku jarang ajak naik eskalator tak jugak. 80 ratus eskalator dah aku naik, nak kate eskalator penah geget aku, baru 2 kali die geget aku dalam mimpi.. hemm musykil3.. yang lagi pelik, da besaw gajah macam ni pon still takot-takot lagi..gajah kenit kot aku nie..
well..well..well..tapi ke'freaky'an aku ni terbukti kewajarannya bila macam-macam  incident-excident yang banyak aku jumpa berkaitan escalator nih. ternyata, escalator adalah makhluk yang garang lagi ganasss.. 

terbaru kes yang berlaku di Muar kampung aku tuh! seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun putus 2 jari kanan dan kiri selepas terjatuh dan tersepit di eskalator. eskalator tuh sebenarnya berhenti secara tiba-tiba dan membuatkan sepupunya dan kanak-kanak tu terjatuh. kemudian jari budak lelaki tu terpaksa direntap dan menyebabkan jari budak tu putus.adess. kesian budak tuh. T_T yang lagi sedihnya, cubaan menyambungkan jari budak tu di HUKM tidak berjaya.. lagi info klik sini <==
kesian budak nih
 lain-lain kes eskalator mengganas :
eskalator baham kaki budak klik sini <==

eskalator mengamuk baling kereta klik sini <==
ala..yg kat KB Mall tuh

tengok dia baling kene dia balik padan muke
eskalator geget kaki pulak klik sini <==
gambar dari posted@www.isuhangat.net
sekarang wajar jugaklah aku cuak naik eskalator kan..kan.. pesanan penaja, elak pakai kasut getah di eskalator. gunalah di toilet sahaja. means, kalau pakai kasut getah hati-hati banyak lah ye.. kalu ade lif, naiklah lif lebih selamat kott.naik lif lagi cepat nak ke tempat yang ingin dituju ye tak? kalau nak naik eskalator dengan kanak-kanak, dukunglah mereka ye. yelahh. mereka agak aktif dan teruja kann.agak bahaya disitu. sekian terima kasih. ^_^

with love,

berat badan naik bila umur meningkat?

salam

setiap hari umur makin meningkat. tik tok tik tok no more TEENS! ohh.. takpee. maknenya semakin dewasa. selalu dikaitkan makin meningkat umur, semakin naik berat badan. kononnya disebabkan hormon dan segala bagai. so let us talk about BERAT BADAN DAN CARA TERBAIK KURANGKAN BERAT BADAN huhu mula bersemangat? bagus!

Tahukah kamu dan kamu , bila umur meningkat , kadar metabolisme badan makin menurun dalam masa yang sama kadar penghasilan hormon juga berkurang. Oleh itu , pengumpulan lemak juga akan beroperasi secara bombastiknya.justeru , marilah bersama-sama mengamalkan gaya hidup sehat! yeaayy..!

apa yang lebih merungsingkan ialah lemak tepu yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit lain termasuk pembunuh utama rakyat Malaysia iaitu SAKIT JANTUNG. lemak yang membahayakan bukan merupakan spare-spare tayar yang berada di bawah perut tetapi lemak tepu yang bersembunyi di atas perut tau nama fofularnye ialah buncet. ini kerana lemak tepu ini lebih berkuasa untuk menekan salur darah dan seterusnya membuat jantung kita cedera a.k.a sakit jantung.

selain itu, jika ukur lilit peha + betis lebih kecil daripada ukuran perut , maka anda berisiko tinggi untuk mendapat hipertensi dan juga sakit jantung. maka , balik rumah , dan cepat-cepatlah ukur ya. jangan runsing dan jangan risau ada 3 pesanan penaja iaitu : berlari atau berjoging. senaman kardio memang lebih berkesan. bangkit tubi , sebenarnye tidak mengempiskan perut sebaliknya meregangkan otot perut. katanyaa.

pesanan kedua : bersenamlah ketika cuaca sejuk. ramai yang berfikir atau terfikir , semasa waktu panas paling sesuai kita bersenam. lagi banyak peluh lagi sehat! anda salah! bersenam pada waktu panas membuatkan badan dehydrasi dan itu tidak baik. sebaliknya bersenamlah pada waktu sejuk seperti waktu pagi kerana badan akan membakar lebih banyak lemak untuk memanaskan badan. logik bukan?

Pesanan ketiga : ambil lebih banyak kalsium. kalsium bukan hanya untuk warga emas atau pesakit patah tulang sahaja. kalsium bagus untuk tulang dan membuatkan lemak ditarik oleh tulang. bagus bukan? jadi lemak tidak akan terkumpul. kalsium juga lebih baik diambil dalam bentuk makanan atau minuman berbanding pil. jadi , yang tak suka susu mulalah berjinak-jinak ya..sekian. sumber dari rancangan di KBSW tapi tak tahu ape tajuk dia. : )


kawan hang busuk? hang busuk ke tidak?

salam

bangge je muke die

ececehh..tajuk entry aku ade loghat utara.. orang utarakah aku??  hee. oklahh.. dok pusing-pusing keliling rumah naik kapal terbang tadi tipu je aku terjumpe lah artikel bau badan. artikel tuh kata bau badan lelaki lebih serius dari perempuan? betul ke? betol kott. hee sebab perempuan kan wangi.haha 

berbalik ke tajuk enry aku lah ye. first sekali kalau x nak bau badan berjaya memengsankan lima ekor kucing jantan kenapa jantan? aku pon x tahu kamu , kamu dan kamu haruslah mandi 2-3 kali sehari+sabun antiseptik biasalah. kalau x mandi confermlah bau semacam kan.. nak nak kalau dah postpone 2-3 hari.. mak aiihhh cepat-cepatlah qada' mandi ye.. sabun antiseptik juga penting untuk membunuh bakteria punca bau bususk!

seterusnya , seperti yang kita semua tahu punca bau badan juga datangnya dari peluh.. jadi pakailah pakaian yang agak longgar supaya kulit kita boleh bernafas..jadi kuranglah peluh kan.. pemilihan jenis pakaian juga perlu kita titikpeluhkan titikberatkan. pilih jenis baju seperti cotton or kapas atau sutera=lelaki jgnlah ye.. dan secara logiknye , kalau baju tuh da kotor cepat-cepatlah tukar. pi pakai lagi memanglah berbau kan kan..

dan lagi...gunakan deodorant yang anti bau atau pon yang bukan bau je kuat dan wangi! tapi juga mampu membunuh kuman ye anak-anak.. selain itu, makanan juga main peranan tahu, mak aku kata kalau makan bawang banyak nanti bau badan tahu.. jadi, kurangkan makan bawang putih , dan juga daging , dan juga kafein , dan juga kekacang..

bagi si perokok juga harus ingat ye.. bau rokok tuh bukan saja melekat pada bau mulut , tapi juga bau badan tahu..issskk3.. dont dont dont isap rokok tahu.. bau rokok menyumbang kepada badan yang berbau.. tu jelah.. malas dah nie.. k papaii..

Do's and Don't Bile Patah Kaki?

salam
     Do's and Don't bile patah kaki?? aku rase tajuk nie paling sesuai untuk aku jadikan entry di belog aku. haha sebab?? sebab aku pernah patah kaki la! ==' Emm.. patah kaki  x de lah sakit sgt sebenarnye.. cume agak leceh untuk menjaga kaki itu supaya cepat pulih..
     Pada pendapat akulah, first sekali bile anda sedar yang kaki anda telah patah akibat aksi ganas anda di jalan raya, hehe dengan keadaan yang separa sedar di atas kapet tar (jalan raya le tuh) jangan gerakkan kaki anda. ooppss2!.. saye faham anda kaget dan tidak keruan bile kaki anda kebas dan x boleh digerakkan... kan..kan..? sabar2.. nanti akan ade perwira yang akan selamtkan anda.. kalau da 3 minit x de orang tolong, pandai2 la jerit help.. help.. hehe
    Ok.. nanti kalau dah tibe dekat hospital, kalau ade luke-luke dan anda dalam keadaan yang sedar sesedar-sedarnye, sila minta ubat tahan sakit atau ubat tido terus kat nurse tuh.. haha aksi-aksi mencuci luka adalah  no 1 dalam ranking sakit yang terseksa di hospital ok!
     Kemudian bila dokte kate je nak simen, katakan tidak! sebab.. nanti kalau kaki anda disimen dan dibuka setelah beberapa bulan, kaki anda akan melecet! dan itu sangat-sangat tidak menyenangkan. sebaliknya, bandage je dan pakai penahan kaki yang plastik tuh.. penah tgk x? tanye je kat dokte tuh.haha kite ade hak.. kan..kan..
     next.. ikutlah arahan ahli fisioterapi anda ye.. jangan jejakkan kaki time mule-mule pkai tgkat sampai dokte benarkan baru boleh. paham! ini penting ye! kalau x, nanti jadi mcm saye, setahun bru blh lepas tgkt! mawu?? dan penting juge untuk tidak belajar pakai tongkat dengan orang yang tidak berpengalaman seperti abg,akak mahupun pakcik sebelah ayah jiran anda... 
     selain itu, minumlah susu 3 gelas sehari! especially untuk orang-orang yang dah 20 tahun ke atas ye. dan susu yang boleh disyorkan adalah susu ANLENE. Ianya baik untuk tulang bukan untuk warge emas aje ye.. hummm lagi ape ye.. Akhir sekali, time nak tidur letak bantal pada sebelah kaki yang patah tuh ye.. terutama untuk kami-kami yang tidur lasak..he supaye mudah sikit nak cantum lau x byk gerak kan..
      Ok lah.. tuh je kott..tapi biasanya kalau patah peha or betis 6++ bulan baru baek.. kalau patah pergelangan kaki or kat tapak kaki ke.. 2 bulan je da ok dah InsyaAllaah.. paling penting berdoa supaya Allah memulihkan kembali kesihatan kite ^_^ tapi kalau nak cepat, saye syorkan cepat-cepat pegi urut! tapi dengan orang yang betol-betol pandai urutlah! nanti salah urut lagi susah makk!! he kalau area muar or tangkak, boleh pegi umah en.salleh di Teluk Rimba. tapi ini pendapat akulah. pendapat korang cane pulak??
gambar hiasan
     

6 tanda girl minat pada si ensem boy!

sila abaikan yang ayat last tu ye..hehe

one - Cari cara mendekati
          Bila girl tertarik dengan seseorang, girl akan cuba cari cara untuk mendekati orang yang diorang minati.Sebagai contoh, cari jalan untuk sengaja bertembung dengan korang, menegur korang di depan kawan-kawan ataupun cuba untuk keluar bersama korang.. hehe Ini tandanya, dia mahu tapi malu.. ^_^

two - Gerak geri yang aneh
         Apabila berhadapan dengan korang girl akan jadi seperti bukan dirinya. Bermakna, girl akan cuba untuk menjaga cara dia bercakap, senyuman dan juga penampilan girl supaya tidak kelihatan hodoh di depan korang.. Selain itu, girl mungkin akan membuat gerak geri yang mencurigakan seperti mendengar apa yang  korang cakap dengan tekun dan berpura-pura berminat.huhu Selain itu juga, girl mungkin akan usik-usik rambut ataupun tiru perlakuan korang seperti meletakkan tangan di atas meja or pape je la..

three - Sanggup luangkan masa
          Kalau kita x suka pada seseorang, jadi kita akan melarikan diri atu menolak untuk keluar bersama. Tapi, kalau girl suka pada korang dia akan sudi meluangkan masa bersama tanpa sebarng alasan.. 

four - Ingin tahu semuanya
          Bila girl suka pada korang, dia akan tanya macam-macam pasal korang dengan tujuan ingin tahu dan mengenali korang. Dia ingin tahu semuanya termasuklah hal keluarga, apa yang anda sukai seperti makanan, muzik dan juga filem..

five - Cemburu
         huhu.. girl mestilah cemburu nak nak kalau melibatkan korang yang dia suke. Walaupun korang cume bercakap dengan member tapi tetap dia cemburu. Walaupun girl 2 x cakap, tapi dalam hati or kalau tengok muka pon buleh tahu kan2.. jadi kalau korang pon minat kat girl 2 juga, x perlulah bual-bual mesra dengan member perempuan korang..

six - Merancang masa depan
        ha.. ini adalah langkah yang da serius.. bila girl da betol-betol suke pada korang, dia akan mula bercakap tentang masa depan, macam pasal perancangan mase depan nak kerja ape dan sebagainye.. yang last nie kalau dah serius lahh..hee

Enam tanda nie bukan auta ye tapi fakta semata. rujukan adalah majalah mingguan wanita..huhu (mak i punye ok.. ) Tapi benda-benda nie semua adalah subjektif mungkin juga berubah mengikut cara masing-masing.. ^.^v

suka.sayang.cinta

salam.. ^^v
setelah lama meninggalkan blog aku yang usang. akhirnya aku gagah juga untuk menekan-nekan butang kecil di netbook yang x seberapa ni.hee syabas kepada aku.First sekali aku nak panjat kesyukuran atas nikmat yang dah Tuhan kasik kat aku selama ni. tapi aku bukan nak gebang pasal 2.he berkaitan dengan tajuk entry aku suka.sayang.cinta hehe saje besarkan. baru thrill cket~ Bukan ape, saje nak share atau dalam bahasa ibunda, kongsi.

ape beza antara suka, sayang and cinta? biasala.. berlaku kat sume orang bile da ade pakwe/makwe tapi tibe2 suke kat orang lain. sebenarnye bukan suke, tapi tertarik. tapi bile da lama-lama tibe2 rase sayang pulak.haa macam mane?? ahhaa....

kite kene lah tanye kat diri sendiri bile bende mcm nie brlaku pd kite. sama ade kte suke, sayang or cinta kat orang 2... bile dah suke pd 2 org  yg brlainan, semak2 blk perasaan kite pd mereka.he

sekrg cube bace ape yg aku jumpe nie.. ayat die agak brbunga telinge mendengarnye, tapi cukup jelas utk terangkan mslh yang membelenggu insan-insan yg susah nak memilih! hee

Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."


Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

 da bace?? mcm mane? berbulu telinge?? hee x pe 2 buat sementara je.. jap lagi ok lah 2..
sekrg da paham ape beza suka sayang dan cinta?? da tahu dah nak pilih yang mane?? hehe bijak-bijak lah memilih ye~~

pesanan Rasulullah sebelum tidur ^^v

salam.
ini cubaan ketiga untk post mende nie...aishh. await susa sgt nk post mende nih? hemm.
back to the point, cuma nk share tazkirah yang dibaca kt FB.hehe
menurut note yg dibaca, Rasulullah saw tlh brpesan kpd aishah, sblum tidur hendaklah ia melakukan 4 perkara, iaitu:
1.khatam Al quran
2.membuat para nabi memberi syafaat kpdamu
3.membuat para muslim meredhaimu
4.menunaikan haji di mekah

lantaran itu, Aishah tlh brtanya kpd Rasulullah saw, mana mungkin kita nak melakukan senua itu dlm 1 masa yg singkat. Kemudian Rasulullah bersabda:

oleh itu, hendaklah kita mengamalkan 4 perkara ini,
1.membaca surah al-ikhlas sebanyak 3 kali yg pahalanya, sama denga pahala berkhatam alquran,
2.berselawat keatas junjungan besar, nabi Muhammad saw dan para nabi sebelumnya
3.memohon keampunan bagi seluruh umat islam dengan beristighfar,
``astaghfirullah Alazim,wa la haula wala quata illa billa hil a`liyul A`zim..''
4.banyakkan bertasbih,bertahmid, dan bertakbir
``subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar''

dengan amalan seperti saranan Rasulullah saw ini, kita dpt menambah amal,walau hanya dalam masa yg singkat. malahan, pahalanya bersamaan dengan ganjaran pahala amalan yg kadangkala kita rasa tidak mampu melakukannya. =)
jangan jadi cam dak kecik 2, terbongkang jek tdo! heheh.

renung-renungkan dan selamat beeramal! hehe

kisah lelaki kacak


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yangbermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawaAl-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacitalagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.

Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberisyafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Allahu 'Alam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...