}

nak raye dah! soobbbs!

.salam.

hari raya dah dekat , tinggal empat hari je lagi. ni bermakna , selepas hari ni saye makin buzy lah. selain buat persiapan raya , ditambah juga persiapan nak pergi belajar balik. soobbbs! sebelum ni pun , aktif berblog sebab cuti terlampau lebih kurang lima bulan. selepas ni , tak tahu lah macam mana gayanya.

time raya ofkos lah buzy , raye sane raye sini + saudara datang rumah laptop tolak tepi. then lepas raya nak pi masuk u pulak. minggu penyesuaian pelajar ofkos seminggu dia kebas. then kene konsenterate kuliah pulak.

takpe. nanti kalau aku free , aku hupdate kau ok belogku. tapi takdelah hari-hari dapat hupdate macam sekarang. sekadar blogberjalan bolehla agaknya. aguuuuu (sila nanges)

bisik : cik bella , cik bella , posmen dah balik kampung lah! kalau sudi ambillah kad raye tak seberapa dari sue ni.huhuhuhu

kad raya

kad raye oh kad raye

.salam.

pejam celik , pejam tak celik-celik , lebih kurang 5 hari lagi nak raye dah. adala jugaks saye tunggu abg-abg posmen dtg rumah. mane tahu pakwe lame nak kasik kad raye kann. tapi hampeh. kecewa hati terseksa je..

tapi ape yang menarik , bila sekarang da zaman berteknologi canggih nih. orang kan da ciput je yang beli kad raye , so sekarang ni ada keluar kad raya dua dalam satu. kad raya tuh disertakan dengan kisah-kisah nabi.  memang terbaiklah. takdelah rase pembaziran amalan syaitan sangat kann kalau terhingin nak beli kad raya..

kalau nak beri pada jejiran pun , rasa kad tuh boleh digunakan selamanya. takdelah habis raya nanti duduk dalam tong sampah.. selain tuh , bolehla letak atas meja buat hiasan. agak-agak tetamu yang datang letih tunggu air tak sampai-sampai , boleh jugak menimba ilmu kejap.hee

nak tengok pic kad raya yang disebut-sebutkan tuh? tekan sini

bisik-bisik : sempat lagi ke kalau nak beli kad raya nih..?

Edisi Ziarah Raya Blogger

.assalam.



lantaran di tag oleh brader khairull dean , saye join segmen dari blognizamlaa.
untung-untung , boleh dpt duit raye nanti.. almaklumlah , dah besau kempunan duit raye.hihi
nak join sila picit gambar.  sekarang saye tag :
amri dellan
luqie ishak

Ajis oh ajis..

.salam.


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis. Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk aku ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.

diculik disini

KAMI BLOGGER PRIHATIN!

.salam.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang
yang mati syahid antara kalian?”

Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati
syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.”

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab:



“Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”

(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
 
mari bersama menderma untuk rakyat somalia. untuk menderma , sila ke laman ini :

:http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...